LELAKI RAKAM ANAK DARA BERKEMBAN DIPENJARA 6 HARI DAN DENDA RM1,400
Tweet
MELAKA 11 Feb. - Tindakan seorang bapa yang merakam aksi anak perempuannya sedang berkemban pada bulan lalu, membawa padah apabila dia dihukum penjara enam hari dan denda RM1,400 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Lelaki berusia 40 tahun itu dijatuhi hukuman tersebut setelah mengaku bersalah memiliki sebuah telefon bimbit jenis Sony Ericsson model W5801 yang mengandungi rakaman video lucah di sebuah rumah di Jalan Pulau Gadong di sini pada pukul 2.30 pagi, 24 Januari lalu.
Tertuduh yang merupakan pekerja kilang didakwa mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.
Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam bela, Ishak Kari memohon hukuman ringan atas alasan dia telah insaf dan hanya bekerja di kilang dengan pendapatan kurang daripada RM1,000 sebulan.
Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam yang mengendalikan pendakwaan bagaimanapun memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh selain memohon telefon bimbit milik tertuduh dilupuskan.
Majistret Syajaratudur Abd. Rahman kemudian memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 5 Februari lalu dan tempoh pemenjaraan boleh ditambah lagi tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda.
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian pengadu iaitu isteri tertuduh telah mengambil telefon bimbit milik tertuduh yang ketika itu berada di tangan anaknya yang berusia empat tahun.
Bagaimanapun, isteri tertuduh telah terlihat rakaman video anaknya itu yang sedang berkemban dan menggosok gigi termasuk rakaman anak perempuannya itu sedang tidur.
Bimbang sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku, isteri tertuduh membuat laporan di balai polis dan tertuduh ditangkap dalam satu operasi Op Cantas di rumahnya, 5 Februari lalu.
Utusan
Pekerja kilang yang dijatuhi hukuman penjara enam hari dan denda atas pertuduhan memiliki rakaman video lucah di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka, semalam.

1 Merujuk kepada perkara diatas :
numpang share gan.
vimax asli
video bokep pelajar
pembesar alat vital pria
download bokep
Catat Ulasan