GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 4 Februari 2014

Pegawai T-Team Buat Laporan Polis Pemain dan Pegawai Ditumbuk ditendang di bahagian kemaluan

Stefano (kanan) didakwa telah ditendang di bahagian kemaluan dan Elvaldo Goncalves pula dipercayai ditumbuk di muka tiba di balai polis di Kuala Terengganu untuk membuat laporan polis pada Ahad.
PETALING JAYA: Seorang staf pasukan T-Team membuat laporan polis berikutan seorang pegawai dan pemain pasukan itu yang didakwa telah ditumbuk dan ditendang di terowong ke bilik persalinan Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Johor Bahru pada Sabtu.
Laporan polis itu dibuat di Kuala Terengganu pada Ahad selepas pasukan T-Team tiba dari Johor tanpa menamatkan perlawanan menentang skuad JDT dalam pusingan kedua Piala FA.
Mengikut laporan polis yang dibuat, pegawai pasukan terbabit mendakwa kejadian berlaku pada pukul 9.40 semasa pemain sedang menuju ke bilik persalinan sebaik sahaja tamat separuh masa pertama.
Menurut laporan polis itu, seorang pemain import T-Team, Elvaldo Rodriguez Goncalves Cardoso telah ditumbuk di muka.
"Manakala seorang jurulatih kecergasan iaitu Stefano Impagliazzo telah disepak di kemaluannya.
"Akibat kejadian itu, Elvaldo mengalami pendarahan di hidung dan Stefano mengalami kesakitan di kemaluannya," dakwa pegawai yang membuat laporan polis itu.
Dalam perlawanan pusingan kedua Piala FA Sabtu lalu, JDT sedang mendahului 2-1 pada separuh masa pertama apabila pasukan T-Team membuat keputusan enggan meneruskan permainan ekoran kekecohan yang berlaku di terowong ke bilik persalinan itu.
T-Team kemudian bertindak meninggalkan stadium untuk terus pulang ke Kuala Terengganu.
Pegawai yang membuat laporan polis itu menjelaskan tujuannya hanyalah untuk menjaga keselamatan dan kepentingan pemain dan pasukan T-Team.
Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu dilaporkan telah merujuk kes tersebut kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Bahagian Undang-Undang (D5) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Sementara Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pula akan bersidang Khamis ini untuk membincangkan insiden tersebut.
Sumber mStar Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP