GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 11 Februari 2014

Pengasas Facebook paling pemurah

Mark Zuckerberg

SEATTLE: Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg dan isterinya, Priscilla Chan, adalah antara dermawan Amerika Syarikat paling pemurah pada 2013, dengan sumbangan 18 juta stok saham rangkaian media sosial itu, bernilai lebih AS$970 juta (RM3.2 bilion) kepada Silicon Valley Disember lalu. 

Laporan The Chronicle of Philanthropy semalam menyatakan sumbangan Zuckerberg adalah pemberian kebajikan terbesar dalam rekod awam pada 2013 dan meletakkan pasangan muda itu di tempat teratas senarai 50 orang paling pemurah di Amerika pada 2013 majalah berkenaan. 

Lima puluh pemberi utama membuat sumbangan berjumlah AS$7.7 bilion (RM25 bilion) tahun lalu, termasuk janji sebanyak AS$2.9 bilion (RM9.67 bilion). 

Editor majalah itu berkata, fakta paling penting daripada senarai adalah jumlah wang yang diperoleh daripada penyumbang masih hidup, berjumlah hampir sama dengan dengan dua tahun terdahulu digabungkan. 

Petanda ekonomi baik 

“Ia adalah petanda pasti ekonomi semakin baik dan orang ramai semakin kurang berhati-hati,” kata Stacy Palmer. 

Sebahagian penderma terbesar negara itu tiada dalam senarai 2013, bukan disebabkan mereka tidak lagi bermurah hati tetapi kerana sumbangan pada 2013 merangkumi seperti dijanjikan tahun sebelumnya. 
Sebagai contoh, pengasas bersama Mircosoft, Bill Gates dan isterinya, Melinda, memberikan sumbangan kepada yayasan mereka lebih sedikit daripada AS$181.3 juta (RM604 juta) tahun lalu, tetapi menunaikan janji menyumbang kira-kira AS$3.3 bilion (RM11 bilion) yang dibuat pada 2004. 

Pengasas CNN, Ted Turner dan pengerusi Berkshire Hathaway, Warren Buffett, juga memberikan sumbangan besar sebagai menunaikan janji yang dibuat sebelumnya. 

Ia memerlukan sumbangan sekurang-kurangnya AS$37.5 juta (RM124 juta) untuk memasuki senarai tahun ini. Empat puluh dua daripada 50 penyumbang utama menderma sebanyak AS$50 juta (RM166 juta) atau lebih. 

Tiga puluh daripada mereka memberi sumbangan kepada kolej dan universiti, tetapi Palmer menyatakan kebanyakan sumbangan kepada kolej disalurkan kepada penyelidikan dan sains tahun ini, bukan kepada pembangunan, seperti tahun lalu. 

Sepuluh daripada 50 penyumbang memasuki senarai kerana wasiat selepas kematian mereka, termasuk penderma kedua terbesar 2013, George Mitchell, yang mengumpul kekayaan hasil pembabitan dalam tenaga dan hartanah. 

Beli geran 

Di tempat ketiga ialah pengerusi Nike, Philip Knight dan isterinya, Penelope, dari Oregon yang memberi geran AS$500 juta (RM1.6 bilion) kepada penyelidikan barah Yayasan Kesihatan & Sains Universiti Oregon. 


Sementara di tangga keempat senarai dermawan ialah bekas Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg, yang menyumbang AS$452 juta (RM1.5 bilion) kepada seni, pendidikan, persekitaran, kesihatan awam dan perkara lain. 


–AP(BH)


1 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP