GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 3 Februari 2014

Video Teresa Kok Akan Disiasat - Polis

Teresa Kok
KUANTAN: Polis akan menyiasat klip video berbaur sindiran sempena Tahun Baharu Cina yang didakwa membabitkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, yang tersebar luas dalam laman 'Youtube' sejak Isnin lepas.
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata pihaknya akan menyiasat sama ada kandungan klip video bertajuk 'Onederful Malaysia CNY 2014 Video Clip' berbaur fitnah, hasutan atau sebaliknya.
"Kita akan siasat perkara ini bila ada laporan rasmi mengenainya diterima dan kita akan mengambil tindakan (jika didapati bersalah)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi dialog bersama penduduk Kampung Seri Jaya Gading sempena Op Selamat IV Tahun Baharu Cina di sini, Ahad.
Walaupun rakyat mempunyai kebebasan bersuara, Salleh berkata rakyat perlu mengelak daripada menimbulkan isu-isu berbaur fitnah atau hasutan supaya masyarakat pelbagai kaum dan agama hidup secara aman.
Dalam video klip berdurasi hampir 12 minit itu, Teresa 'berlakon' sebagai pengacara yang menemuramah tiga tetamu mengenai Feng Shui pada Tahun Baharu Cina untuk tahun ini dan tetamu undangan Teresa pula mengeluarkan kenyataan menyindir dalam beberapa perkara, antaranya ialah sistem pendidikan negara dan isu keganasan di Sabah.
Di KUALA LUMPUR, empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari membuat laporan polis meminta tindakan diambil terhadap wakil rakyat itu kerana didakwa menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor serta kerajaan menerusi klip video tersebut.
Di MUAR, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata Teresa sepatutnya menunjukkan contoh yang baik dan bukan sebaliknya melakukan perbuatan yang boleh menjatuhkan maruah diri sebagai anggota Dewan Rakyat.
"Maklum balas dan komen terhadap klip video di Youtube memaparkan lebih banyak kejian daripada menyokong perbuatannya.
"Orang ramai akan mentertawakan beliau sebagai Anggota Parlimen terlibat dalam video tersebut berbanding lawak bodoh yang diutarakan.
"Kita nak tahu apa motif video itu dihasilkan ketika ramai sedang menyambut Tahun Baharu Cina," katanya pada majlis rumah terbuka Pengerusi MCA Bahagian Muar, Tay Puay Chua, di Pekan Seri Menanti, Parit Jawa di sini.
Sumber mStar Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP