GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 17 Mac 2014

Dianggap Terlalu Muda, Remaja 16 Tahun Dilarang membeli Sudu

Liam Whelan 

Haslingden - Seorang remaja 16 tahun , Liam Whelan , dilarang membeli sebuah Sudu di toserba Tesco kerana ia belum berusia 18 tahun . Tesco menolak untuk menjual sebuah pakej sudu teh kepada Liam kerana dia dinilai masih terlalu muda .

" Saya pergi ke Tesco dan sesampainya di juruwang mereka menolak menjual sudu teh kepada saya , " ujar Liam . Demikian diberitakan Mirror , Sabtu ( 16/3/2014 ) .

" Seorang kakitangan datang dan bertanya berapa umur saya , saya menunjukkan ID kepadanya , tapi dia mengatakan bahawa saya perlu berusia 18 tahun baru boleh membeli sudu teh , " jelasnya .

Liam mengatakan bahawa dirinya merasa malu dengan seluruh pengunjung toserba Tesco cawangan Haslingden tersebut . Bocah berambut perang ini membeli beberapa sudu teh , kerana disuruh oleh ibunya yang sedang mencari saudaranya yang sempat berasingan di dalam kedai .

" Saya meminta Liam untuk mencari dan mengambil beberapa sudu teh terlebih dahulu , kerana saya sedang mencari saudaranya yang sempat hilang di dalam kedai , " kata sang ibu , Yvette Whelan .

" Ketika pegawai mengatakan tidak akan melayani Liam kerana dia belum berusia 18 tahun saya sangat tidak percaya . Bagaimana boleh alasan yang tidak masuk akal itu boleh dilaksanakan , " tambahnya .

Seorang jurucakap Tesco mengatakan bahawa pihaknya memang mengenakan peraturan had umur untuk beberapa barangan .

" Kami memang mengenakan peraturan kepada pengunjung dengan menyertakan bukti usia untuk beberapa barangan di sini . Dalam hal ini kami meminta maaf kepada pelanggan atas ketidakselesaan yang ditimbulkan , " ungkap juru cakap Tesco

okezone


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP