GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 18 Mac 2014

MENCARI PESAWAT MH370,Polis Siasat Jika Juruterbang Punya Kaitan Dengan 'Bom Kasut'

PETALING JAYA: Polis sedang menyiasat identiti juruterbang Malaysia jika beliau mempunyai hubungan dengan 'pengebom kasut' dan jika beliau mempunyai kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang.

Sumber polis berkata mereka sedang mengkaji kemungkinan konspirator bersama plot pengeboman pesawat Amerika Syarikat pada Disember 2001 itu mungkin terlibat dalam kes kehilangan kapal terbang Malaysia Airlines.

"Kami sedang mengkaji beberapa kemungkinan, termasuk hubungan di antara pengebom dan penerbangan yang hilang," seorang sumber polis memberitahu The Star.

Saajid Badat memberi keterangan pada perbicaraan di New York minggu lalu dalam kes menantu Osama bin Laden, Sulaiman Abu Ghaith bahawa kumpulan dari Malaysia telah merancang mengambil alih sebuah pesawat dengan menggunakan 'bom kasut'.

Dia memberitahu mahkamah bahawa beberapa rakyat Malaysia telah merancang untuk merampas kapal terbang dan telah memperoleh bom yang disembunyikan dalam kasut daripadanya dipercayai untuk mengakses kokpit.

Dia menyifatkan Malaysia sebagai 'satu kumpulan yang terdiri daripada 4-5 individu, termasuk juruterbang'.

Saajid juga memberitahu mahkamah dia percaya rakyat Malaysia 'bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan'.

Katanya dalam pertemuan dengan rakyat Malaysia itu, kemungkinan mengenai pintu kokpit yang dikunci telah dibangkitkan.

"Jadi, saya berkata, 'Bagaimana jika saya memberikan salah satu bom untuk membuka pintu kokpit?" Saajid memberitahu mahkamah.

Katanya, dia mengembara dari Afghanistan ke Pakistan pada Disember 2001 dengan rakan-rakan dari Britain dan 'pengebom kasut' Richard Reid dan beberapa rakyat Malaysia.

Dia mendakwa bahawa dia dan Reid telah diarahkan oleh pemimpin al -Qaeda untuk meletupkan dua pesawat AS dari udara dengan bom tersembunyi di dalam kasut mereka.

Saajid dijatuhi hukuman penjara 13 tahun pada tahun 2005 sebagai konspirator bersama dalam plot untuk mengebom pesawat Amerika Syarikat.


Sumber mStar Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP