MENCARI PESAWAT MH370,Tentera Malaysia menuju koridor selatan (sekitar Lautan Hindi)
Tweet
Sepang: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mula mengerahkan asetnya bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) di koridor selatan (sekitar Lautan Hindi) hari ini.
Koridor Selatan dikenal pasti sebagai salah satu daripada dua koridor di mana komunikasi kali terakhir antara pesawat itu dengan satelit berlaku.
Kemungkinan dua koridor itu adalah satu koridor utara yang mengunjur lebih kurang dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga ke utara Thailand atau koridor selatan dari Indonesia hingga ke selatan Lautan Hindi.
Dalam kenyataan dikeluarkan Kementerian Pengangkutan hari ini, Kementerian Luar juga sudah menghantar nota diplomatik kepada semua negara di sekitar dua koridor yang disebutkan sebelum ini termasuk beberapa negara lain bagi memohon bantuan sama.

Nota diplomatik itu mengandungi beberapa permohonan termasuk bentuk sokongan yang boleh diberikan terutama membabitkan maklumat satelit dan radar; operasi carian di laut dan darat; pelan operasi SAR serta maklumat lain diperlukan Malaysia.
Pada masa sama, operasi SAR kini disertai 26 buah negara masing-masing membabitkan Australia; Bangladesh; Brunei; China; Perancis; India; Indonesia; Japan; Kazakhstan; Kyrgyzstan; Laos; Myammar; New Zealand; Pakistan; Filipina; Rusia; Singapura; Korea Selatan; Thailand; Turkmenistan; Emiriah Arab Bersatu (UAE); United Kingdom; Amerika Syarikat; Uzbekistan dan Vietnam.
Selain itu, tiga pegawai dari Perancis tiba Malaysia hari ini bagi berkongsi pengalaman dan pengetahuan berdasarkan pengalaman mereka dalam operasi SAR pesawat Air France sebelum ini.
Sementara itu, di Sydney, Perdana Menteri Australia Tony Abbott berkata, negara itu akan mengetuai misi mencari dan menyelamat di Koridor Selatan, menurut laporan Reuters.
Pihaknya turut menawarkan pasukan tambahan pengawasan maritim dan sudah meletakkan dua pesawat Australian Orion sebaik menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Abbott.
"Beliau meminta Australia mengetuai pasukan mencari di bahagian selatan yang berkemungkinan menjadi salah satu laluan pesawat itu sebelum hilang.
"Saya bersetuju untuk kami berbuat demikian dan menerima dengan baik," katanya di Parlimen.
Abbott berkata, ketua pertahanan Australia dan Malaysia sudah membincangkan bagaimana cara untuk melaksanakan misi berkenanaan termasuk pembahagian tugas.

Sumber myMetro
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan