GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 5 Mei 2014

Si kudung penagih bertongkat

Walaupun menghadapi kesukaran untuk berjalan, seorang peniaga minyak wangi kecil-kecilan yang kudung kaki kanan sanggup menghabiskan wang jualan semata-mata untuk melepaskan ketagihan dadah jenis heroin sejak lebih enam tahun lalu.
Malah, lelaki berusia 40 tahun itu akan menunggang motosikal roda tiga selain bertongkat ketika berjalan untuk mendapatkan bekalan di sebuah rumah berwarna hijau dipercayai dijadikan ‘port’ di Gunung Keriang, dekat sini.
Lelaki terbabit yang masih bujang mendakwa dia yang kudung kaki kanan sejak berusia tujuh tahun mula terbabit dalam penagihan dadah ketika menetap di Pulau Pinang enam tahun lalu akibat pengaruh rakan dan kini sukar untuk ‘berenggang’ dengan bahan larangan itu.
“Setiap hari saya akan membeli satu straw heroin pada harga RM10 untuk melepaskan gian.
Saya sudah tak boleh tinggal benda ni (dadah) walaupun keadaan diri saya seperti ini.
“Ketagihan dadah ini sudah sebati dalam diri saya dan akan menggunakan hasil jualan minyak wangi semata-mata bagi melepaskan gian dengan mendapatkan bekalan daripada tokan (penjual dadah kecil-kecilan),” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan, di sini, semalam.
Katanya, dia sanggup meninggalkan motosikalnya di tepi hutan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa dan berjalan kaki menggunakan tongkat perlahan-lahan untuk membeli dadah berkenaan akibat ketagihan.
Bagaimanapun, kegiatan mereka terbongkar apabila sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar menyerbu sebuah rumah yang dijadikan lokasi penyalahgunaan dadah di kawasan rekreasi Gunung Keriang, di sini, semalam.
Dalam serbuan itu, pihak polis turut menahan seorang lelaki berusia 30-an dipercayai menjadi tokan berikutan tidak sempat melarikan diri ketika serbuan dilakukan.
Difahamkan, suspek bertindak agresif melawan anggota polis untuk meloloskan diri tetapi gagal apabila berjaya ditahan untuk membantu siasatan.
Selain itu, seorang peniaga buah yang ditahan dikatakan sanggup menjual kura-kura pada harga RM15 seekor semata-mata untuk membeli dadah disebabkan wang diperoleh hasil jualan buah tidak mencukupi untuk mendapatkan bekalan dadah berkenaan.
Malah, dua lelaki warga Myanmar yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) berusia 35 dan 50 tahun turut ditahan kerana disyaki cuba mendapatkan bekalan dadah.
Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, anggotanya menyerbu kawasan itu bermula jam 8.30 pagi hingga 1 tengah hari dan menahan 20 lelaki dipercayai penagih dadah sedang berurusan membeli bahan terlarang terbabit.
Beliau berkata, kawasan itu sudah beberapa kali diserbu dan kali terakhir serbuan dilakukan pada 1 Mei lalu berikutan menjadi lokasi tumpuan penagih dadah untuk mendapatkan bekalan.
Sumber myMetro

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP