GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label Artis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artis. Papar semua catatan

Isnin, 3 Februari 2014

Penari Gelek tanding pilihan raya

Sama Al Masry

Washington: Aktres dan juga penari gelek Mesir, Sama Al Masry mengumumkan beliau akan bertanding dalam pilihan raya parlimen Mesir akan datang dan melakukannya sebagai membalas dendam kepada Ikhwanul Muslimin. 

“Saya akan bertanding di dalam pilihan raya dan amat berharap untuk memenanginya supaya saya boleh menunjukkan kepada Ikhwanul Muslimin siapa mereka sebenarnya,” katanya kepada akhbar Mesir, Al Masry Al Youm. 


Malah Masry berkata beliau juga akan mendapatkan kerusi di dalam pentadbiran Sharqiyah, daerah tempat asal Presiden Mesir, Mohammad Morsi yang digulingkan. Penari gelek itu juga mendakwa mempunyai ‘satu kejutan’ kepada Ikhwanul Muslimin melalui rancangan terbaru beliau, Ayouh Bah. 

BH


Read more...

Ahad, 2 Februari 2014

Catriona Ross ‘Berhijrah’ mesti ikhlas

Kuala Lumpur: Pernah dianggap berpura-pura dan hendak menunjuk-nunjuk konon dirinya lebih bagus daripada yang lain. 

Hakikatnya, perubahan yang dilakukan daripada hatinya yang ikhlas. 


Demikian penjelasan pelakon dan bekas personaliti TV, Catriona Noorhayati Ross Bahrin Ross atau dikenali Catriona Ross ketika membuat keputusan berhijrah dengan niat mahu menjadi Muslimah yang sempurna. 

“Keputusan berhijrah daripada hati dan ia dapat mengawal akhlak seiring penampilan saya yang dianggap sebagai ikon masyarakat,” katanya kepada BH Ahad. 

Catriona mengakui tidak semua selebriti yang baru berjinak ke arah cara hidup Islam berjaya menyucikan hati sendiri seperti sabar, reda dan menjaga pertuturan serta pergaulan berlandaskan syariat. 

“Saya sebelum ini ialah seorang yang garang, tegas dan mudah menjatuhkan hukuman terhadap orang lain. Tetapi, sejak bulan lalu, Alhamdulillah saya berjaya menghentikan ‘zina’ hati seperti mengawal kemarahan. 

“Saya mahu tingkatkan amalan, menjaga nama baik Islam dan beriman kepada-Nya,” katanya lagi. 
Pelakon itu ditemui selepas menjadi tetamu program Hijab 2014 sempena Hari Hijab Sedunia anjuran Muslimah Interest Zone And Networing (MIZAN), di sini, semalam. 

Satu tamparan besar 

Bersama beliau dalam program itu ialah seorang lagi pelakon, Sharifah Sofia Syed Hussein, bekas model kelahiran Bangkok, Thailand, Aliza Kim dan pensyarah Universiti Malaya (UM), Dr Fadila Grine. 

Catriona berkata, kehilangan ibunya Februari tahun lalu adalah satu tamparan besar dalam hidupnya dan ia menyedarkan dirinya segala yang dimiliki adalah hak Allah. 

“Ujian dan kata nista segelintir orang yang menganggap penghijrahan saya sebagai pura-pura, tunjuk bagus dan nak jadi ustazah, itu semua buat saya kuat. 
“Mengadu dan doa kepada Allah, memberi kekuatan kepada saya untuk mengharungi kesedihan sejak berhijab,” katanya. 

Sementara itu, Aliza mengaku ajaran Islam mendamaikan hati, mengisi kekosongan jiwa dan mengajaknya bergelar Muslimah sempurna. 

“Cabaran memeluk Islam tidak terhad pada individu sekeliling sebaliknya, ia dapat mengasuh hati sendiri berubah secara Islamik. Saya ambil masa setahun untuk ubah penampilan dan beritahu keluarga cerita sebenar kerana tidak mahu masyarakat memperkecilkan niat saya untuk mendalami Islam. 

“Sinar Islam ditemui selepas terasa ada kekosongan. Keputusan mengkaji 12 buku termasuk kisah nabi membuka hati memeluk Islam. Kini, hidup lebih tenang, bahagia dan semakin bercahaya,” katanya. 

Menetap di Malaysia sejak enam tahun lalu, wanita ini berdepan detik cemas mahu memberitahu keluarganya mengenai niatnya untuk bertukar agama. 

Tambahan pula, kedua-dua orang tuanya ialah taat pada agama yang dianutinya. 

Namun begitu, Aliza menjelaskan, konsep berbicara dari hati ke hati dan membuktikan beliau masih individu sama, memudahkan keluarga menerimanya secara terbuka biarpun berlainan agama. 

Prinsip MIZAN 

Sementara itu, Presiden MIZAN, Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, berkata MIZAN diwujudkan sebagai kumpulan sokongan mendidik wanita mualaf atau baru berjinak hijrah Islamik berkongsi masalah, keraguan dan pertanyaan mengenai Islam.


BH

Read more...

Jumaat, 31 Januari 2014

LIVE STREAMING MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU KE 12

KUMPULAN SEPAHTU

LAYAN VIDEO MINGGU KE 11 INI..


Read more...

Soo Wincci Sambut Tahun Baru Cina Dengan Iqram Dinzly

Wincci bakal menyambut perayaan Tahun Baru Cina dengan aktor Iqram Dinzly.
PETALING JAYA: Penyanyi dan bekas peserta MasterChef Malaysia All Star, Soo Wincci memberitahu akan menyambut sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini dengan pelakon Iqram Dinzly.
Wincci, 29, berkata, dia akan menghabiskan masa bersama Iqram pada hari kedua perayaan itu dan akan memasak untuk lelaki berkenaan.
"Seperti biasa pada hari pertama saya akan menghabiskan masa bersama keluarga manakala hari kedua saya akan memasak hidangan istimewa untuk Iqram di rumahnya.
"Tetapi jangan salah faham kerana saya memasak bukan hanya untuk dia tetapi rakan-rakan lain yang terlibat dalam projek sebuah drama lakonan kami," katanya kepada mStar Online.
Telefilem Bini-Biniku Gongxi akan bersiaran pada 1 Februari ini menerusi slot Cerekarama.
Drama lakonan mereka berjudul Bini-biniku Gongxi akan bersiaran pada 1 Februari 2014 (Sabtu) pada 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3.
Dalam pada itu, bercakap mengenai sambutan Tahun Baru Cina, Wincci berkata, dia hanya melakukan persiapan sederhana untuk keluarga dan dirinya sendiri.
Kata Wincci, bersempena dengan perayaan itu, dia berharap ia akan memberi lebih tuah kepadanya untuk terus melebarkan sayap sebagai penyanyi dan pelakon.
"Syukur tawaran berlakon dan nyanyian sama ada di Malaysia atau pun Taiwan cukup memberangsangkan dan berharap ia akan berterusan pada tahun ini," katanya.
Sementara itu, Wincci berkata, sebagai menghargai peminatnya, dia bakal muncul dengan sebuah buku masakan yang akan diterbitkan tidak lama lagi.
mStar Online

Read more...

Selasa, 28 Januari 2014

6 Gambar,Penampilan Seksi Agnes Monica di Grammy Awards 2014

Agnes Monica menyiarkan fotonya bersama penyanyi legenda Amerika Syarikat Stevie Nicks saat hadir di acara anugerah Grammy Awards di Los Angeles, Amerika Syarikat. twitter.com / agnezmo

Penampilan Seksi Agnes Monica di Grammy Awards 2014
Agnes Monica berpose bersama Corinne Bishop, putri dari pelawak dan penyanyi Amerika Syarikat, Jamiex Foxx saat hadir di acara anugerah Grammy Awards di Los Angeles, Amerika Syarikat. twitter.com / agnezmo

Penampilan Seksi Agnes Monica di Grammy Awards 2014
Agnes Monica menyiarkan fotonya bersama Mark Pitts ke media sosial Twitter milinya saat hadir di acara anugerah Grammy Awards di Los Angeles, Amerika Syarikat. twitter.com / agnezmo

Penampilan Seksi Agnes Monica di Grammy Awards 2014
Agnes Monica berpose bersama Clive Davis iaitu seorang American record producer and music industry executive yang disiarkan ke media sosial Twitter miliknya saat hadir di acara anugerah Grammy Awards di Los Angeles, Amerika Syarikat. twitter.com / agnezmo

Penampilan Seksi Agnes Monica di Grammy Awards 2014
Agnes Monica bertemu dengan American music executive saat hadir di acara anugerah Grammy Awards di Los Angeles, Amerika Syarikat. twitter.com / agnezmo

Penampilan Seksi Agnes Monica di Grammy Awards 2014
Foto Agnes Monica bersama penyanyi dan pembuat lagu, Robert Sylvester Kelly saat hadir di acara anugerah Grammy Awards di Los Angeles, Amerika Syarikat. twitter.com / agnezmo

Sumber tempo.co


Read more...

Isnin, 27 Januari 2014

Justin Bieber bakal ikut jejak Jacko

BIEBER semakin kerap mencetuskan masalah sejak akhir-akhir ini.
Los Angeles: Justin Bieber diramal bakal mengikuti jejak Raja Pop Michael Jackson jika penyanyi remaja Kanada itu gagal mengubah dirinya.
Bekas pengurus rumah Bieber, Tatiana Voziouk semalam mendedahkan bagaimana pengambilan dadah sejak setahun lalu mengubah penyanyi terbabit menjadi “mayat hidup.”
Tatiana berkata, Bieber, 19, dan rakannya sengaja menempah maut dengan meminum koktel berbahaya diperbuat daripada ubat batuk dan soda dikenali sebagai “sizzurp.” 

Tatiana berkata, dadah dan ganja benar-benar mengubah Bieber.
“Saya amat bimbang dia akan menjadi seperti Michael Jackson.
“Ia cukup menyedihkan. 

“Saya mendedahkan perkara ini sekarang kerana saya mengambil berat mengenai Bieber,” katanya.

Tatiana, 47, berkata ganja dihantar ke kediaman bintang itu di Los Angeles oleh syarikat pembekal tempatan yang kononnya membekalkan ubat-ubatan. 

Dia mendakwa menyaksikan Bieber mengambil dadah ketika mengadakan parti di rumahnya bersama beberapa rakan. 

“Di dapur sentiasa ada botol ubat batuk yang mengandungi kodeina tetapi saya tidak pasti apa lagi yang ada. 

“Ada juga minuman ringan bersama ubat batuk itu.

“Saya diarah tidak menyentuh botol berkenaan,” katanya. 

Menurut Tatiana lagi, syarikat pembekal ubat biasanya akan menghantar ubat-ubatan.
PEMINAT cilik Bieber menunggu kemunculan penyanyi itu dari sebuah hotel di Miami, Florida.

“Ganja juga ada dalam bentuk biskut, lolipop dan gula-gula dan bahan berkenaan selalu ada di rumah itu,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dakwaan Tatiana itu dibuat hanya beberapa hari selepas Bieber ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk dan melawan ketika cuba ditahan atas dakwaan mengadakan perlumbaan kereta di lebuh raya.

Dia ditahan ketika berlumba dengan Lamborghini kuningnya melawan penyanyi rap yang juga rakannya, Khalil Sharieff, 19, yang memandu Ferrari merah di Miami, Florida pada awal pagi Khamis.

Bieber mengaku mengambil ganja, dadah dan alkohol sebelum didakwa. Dia dibebaskan dengan ikat jamin AS$2,475 (RM8,253).
- Agensi

Read more...

Ahad, 26 Januari 2014

LIVE STREAMING ANUGERAH JUARA LAGU 2013 TV3 KE 28


SAKSIKAN DI ( LIVE STREAMING

Senarai Finalis

  • SALAMMUSIK
  • BLACK
  • NOH SALLEH & AIZAT AMDAN
  • HYPER ACT
  • STACY
  • HAFIZ
  • HAZAMA & THE PENGLIPURLARA
  • JACLYN VICTOR
  • NAJWA LATIF FT. SLEEQ & SYAMKAMARUL
  • AZLAN & TYPEWRITER
  • ALYAH
  • ALTIMET FT. AWI RAFAEL

  • Sumber anugerahjuaralagu.com

    Antara artis yang terlibat dalam Anugerah Juara Lagu ke 28 (AJL28)

    Kemas kini .. 


    Read more...

    Selasa, 21 Januari 2014

    Zizan Razak Nafi Bercumbuan Dengan Emma Maembong

    Zizan menafikan berkelakuan tidak senonoh dengan Emma Maembong seperti didakwa dalam sebuah ruangan gosip pada Ahad lalu.
    PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Zizan Razak menafikan dia dan aktres Emma Maembong bercumbuan dan bersikap tidak senonoh di dalam kapal terbang ketika penerbangan ke Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini.
    Zizan atau nama sebenarnya, Razizan Razak, 30, berkata, gosip yang ditimbulkan itu tidak masuk akal kerana pemergian mereka ke negara itu turut disertai oleh pengurus dan beberapa krew penggambaran.
    "Pemergian ke Amerika Syarikat bukan kami berdua sahaja tetapi pengurus dan beberapa krew turut ikut. Takkan saya hendak buat perkara macam itu di hadapan mereka semua.
    "Isu yang ditimbulkan sebenarnya tiada apa-apa pun dan saya tidak terkejut pun kerana itu adalah lumrah dunia artis," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.
    Pemergian Zizan dan Emma ke Amerika turut ditemani oleh rakan-rakan dan krew penggambaran. Foto Instagram Zizan Razak.
    Zizan mengulas laporan sebuah ruangan gosip akhbar mingguan pada Ahad lalu yang melaporkan dia dan Emma tanpa segan silu bercumbuan di atas kapal terbang tanpa menghiraukan penumpang lain yang melihat aksi mereka.
    Anggota kumpulan Jozan itu ketika dihubungi mStar Online pada pagi Isnin lalu pada mulanya enggan mengulas mengenai isu tersebut kerana tidak mengetahui cerita sebenar dan baharu sahaja pulang ke Malaysia.
    Dalam pada itu, Zizan berkata, dia tidak mahu menunding jari kepada mana-mana pihak sehingga timbulnya gosip tidak berasas itu kerana ia hanya spekulasi.
    Zizan ketika bergambar di Lapangan Terbang Antarabangsa Las Vegas.
    Malah kata Zizan, dia tidak berkecil hati dengan laporan akhbar tersebut kerana menganggap pihak media hanya menjalankan tugas mereka.
    "Gosip itu tidak akan timbul sekiranya tiada pihak yang cerita kepada pihak media dan wartawan hanya menjalankan tugas mereka.
    "Saya juga tidak berani hendak tunding jari kepada mana-mana pihak kerana nama pun gosip dan pada saya ia kedengaran kelakar," ujarnya.
    Emma Maembong.
    Sementara itu, ditanya mengenai reaksi Emma mengenai gosip berkenaan, Zizan berkata, dia belum sempat untuk bercakap dengan pelakon itu dan tidak berhak untuk memberi kenyataan bagi pihaknya.
    Dalam perkembangan lain, Zizan berkata, percutiannya ke Amerika amat menyeronokkan kerana dia dapat mempelajari pelbagai perkara baharu sepanjang berada di sana.
    Jelas Zizan, kehidupan masyarakat di negara itu yang sentiasa pantas cukup mengagumkannya selain pemandangan indah meninggalkan pengalaman manis buatnya.
    Sumber mStar Online


    Read more...

    Isnin, 20 Januari 2014

    Zizan Razak Enggan Ulas Isu Bercumbu Dengan Emma Maembong

    Zizan enggan mengulas mengenai gosip yang mendakwa dia bercumbu dengan Emma Maembong.
    PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Zizan Razak enggan mengulas mengenai gosip yang mendakwa dia bercumbuan dengan aktres Emma Maembong di dalam kapal terbang ketika dalam perjalanan bercuti ke Los Angeles, Amerika Syarikat.
    Zizan atau nama sebenarnya Razizan Razak, 30, ketika dihubungi mStar Online berkata, dia masih belum membaca laporan mengenai perkara itu dan akan mengulas selepas mengetahui cerita sebenar.
    "Maaf, saya baharu sampai pukul enam pagi tadi dan tidak tahu cerita sebenar dan tidak boleh komen buat masa ini.
    Emma Maembong.
    "Apabila sudah mengetahui situasi sebenar nanti saya akan komen," katanya.
    Sebuah akhbar mingguan pada Ahad melaporkan Zizan dan Emma tanpa segan silu bercumbuan di atas kapal terbang tanpa menghiraukan penumpang lain yang melihat aksi mereka.
    Bagaimanapun sebelum ini, kedua-dua pasangan itu yang pernah dikaitkan bercinta tetapi menafikan perkara itu.

    Sumber mStar Online


    Read more...

    Ahad, 19 Januari 2014

    2 Gambar,Bintang Filem Porno ini bimbang implan payu dara ‘makan diri’

    Elizabeth Starr menghadapi risiko berganda, tetapi dia tidak sanggup melepaskan kerjayanya. 

    Los Angeles: Seorang bintang filem dewasa bimbang penanaman implan yang dilakukan sehingga menyebabkan payu daranya membesar ke saiz O akan membunuh dirinya sendiri. 

    Elizabeth Starr, yang menjalankan satu siri pembedahan 15 tahun lalu untuk meningkatkan kerjayanya berkata nyawanya bakal terancam disebabkan saiz payu daranya yang amat luar biasa. 


    Doktor mencadangkan beliau untuk melakukan pembedahan membuang kedua-duanya daripada mengambil risiko yang boleh meragut nyawanya sendiri. 

    Tetapi ibu kepada dua anak yang sudah melakukan 63 prosedur pembedahan plastik berkata beliau tidak lagi boleh melakukan pembedahan walaupun berhadapan dengan risiko darah beku dan jangkitan kerana ia bakal menamatkan kerjayanya. 



    FRAZER HARRISON/GETTY IMAGES


    Model berusia 43 tahun itu masih lagi melakukan proses pembesaran payu dara. 

    “Saya sebenarnya menjadi mangsa satu eksperimen dan saya dibayar untuknya sejak itu. 


    Tambahan pula ketika itu saya mempunyai keluarga untuk ditanggung dan tahu memiliki payu dara yang besar menjamin masa depan kerja saya. 

    “Kini saya hidup di dalam kebimbangan kerana boleh mengalami jangkitan atau darah beku yang boleh meragut nyawa.” 


    Starr dari Los Angeles, California sudah memiliki payu dara bersaiz 32F ketika memilih untuk melakukan pembedahan implan pada 1999.


    - AGENSI


    Read more...

    Khamis, 16 Januari 2014

    Fazura Dedah Tentang Kekasih dan Yuna Di Amerika Syarikat

    Fazura
    PETALING JAYA: Pelakon Fazura berasa bangga dengan kejayaan dan sambutan masyarakat Amerika Syarikat (AS) terhadap penyanyi Yuna ketika melakukan persembahan di Jimmy Kimmel Live di ABC Television Network, baru-baru ini.
    Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, 31, berkata, Yuna telah membuang pandangan negatif masyarakat luar terhadap wanita Muslim yang berhijab, malah diterima dengan baik oleh rakyat negara itu.
    "Ketika saya bercuti di Amerika Syarikat, saya sempat bertemu dengan Yuna dan menyaksikan persembahannya di sana. Mereka sangat menyukai Yuna.
    "Saya sangat bangga melihat penerimaan masyarakat luar terhadap Yuna dan beberapa kawan saya yang turut melihat persembahan tersebut kagum dan memuji penampilan Yuna dengan berhijab," katanya ketika ditemui pada majlis pratonton filem Kami Histeria, di e@Curve, di sini, malam Rabu.
    Fazura sempat bertemu Yuna ketika bercuti di Amerika Syarikat baru-baru ini.
    Fazura berkata demikian ketika ditanya tentang pengalaman percutiannya selama sebulan di negara itu.
    Dia yang baharu sahaja pulang awal minggu lalu memberitahu sempat bertemu dan meluangkan masa selama tiga jam bersama penyanyi yang popular dengan lagu Lelakiitu.
    "Sebelum ini saya pernah jumpa Yuna dua, tiga kali sahaja di beberapa majlis, tetapi ketika saya berada di sana, dia mesej saya bertanya sama ada saya berada di sana dan mempunyai masa untuk berjumpa.
    "Tidak sangka pula pertemuan di sebuah restoran itu berlarutan sehingga tiga jam kami berborak, dia turut mengajak saya untuk datang menyaksikan persembahannya di sana," katanya.
    Sementara itu, Fazura yang turut ditanya tentang hubungannya dengan seorang lelaki yang juga deejay popular dari negara itu mengakui mereka sedang berkawan rapat.
    Fazura perjelaskan hubungan dengan Randy hanya kawan rapat.
    Bagaimanapun, kata Fazura, perkenalan hampir setahun dengan lelaki yang bernama Randy Seidman itu belum lagi menimbulkan bibit cinta.
    "Boleh dikatakan yang dia kawan lelaki yang paling rapat dengan saya sekarang, tapi tidak bermakna kami bercinta.
    "Kami kenal sejak setahun lalu. Ya, dia kagumi saya dan saya pun kagumi dia. Saya rasa tak salah kalau kita nak kagumi kawan kita," katanya.
    Fazura turut menjelaskan percutian tersebut bukanlah untuk berjumpa Randy semata-mata, sebaliknya telah lama menyimpan hasrat untuk ke Amerika Syarikat.
    Sumber mStar Online

    Read more...

    Laporan Jadi Jutawan, Shila Amzah Bimbang Keselamatan Diri

    Shila terkejut apabila laporan berita sebuah akhbar mengatakan dia sudah bergelar jutawan.
    PETALING JAYA: Penyanyi Shila Amzah menyifatkan laporan sebuah akhbar pada Isnin lalu kononnya dia memperoleh pendapatan sebanyak RM2.5 juta setahun adalah mengarut.
    Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 24, berkata, dia terkejut dikatakan sebagai jutawan muda sedangkan dia masih lagi bekerja keras untuk mengumpul wang membeli aset seperti rumah dan kereta.
    "Terkejut juga apabila keluar berita seperti itu. Entah daripada mana sumber-sumber yang mereka peroleh mengesahkan saya seorang jutawan pun saya tidak tahu.
    "Mungkin pihak yang membuat laporan tersebut salah faham. Memang benar selepas menang sebagai juara pada pertandingan Asian Wave di China tahun lalu, saya mendapat dana sebanyak RM5 juta untuk mengembangkan karier nyanyian dia negara itu.
    "Bukannya dapat RM5 juta secara tunai sekali gus tetapi ia termasuk nilai kontrak dan perkara-perkara lain. Wah, kalau macam itu, seronoklah saya kalau dapat wang tunai RM5 juta," katanya kepada mStar Online.
    Shila ditemui pada sidang media khas mengenai perkembangan terbaharunya di pejabat syarikat rakaman Warner Music Malaysia di sini pada Rabu.
    Tambah Shila lagi, laporan seperti itu membuatkan dia turut risau kerana keselamatannya mungkin boleh diganggu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
    Mengenai perkembangan terbaharu, Shila bersama tiga penyanyi tempatan iaitu Goldkartz, ThomasJack dan Azlan And The Typewriter akan mewakili negara ke Marche International du Disque et de l’Edition Musicale (MIDEM) di Cannes, Perancis pada 3 Februari depan.
    Delegasi itu akan diketuai di bawah Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).
    "Pada hari itu, saya akan menyampaikan sebanyak empat buah lagu iaitu Masih Aku Cinta, Sedar, sebuah lagu Inggeris dan satu lagi dalam bahasa Mandarin.
    "Selain itu saya juga dicalonkan dalam World Music Awards (WMA) bagi kategori Artis Wanita Terbaik, Persembahan Secara Langsung Terbaik, Muzik Video terbaik, Lagu Terbaik dan Hiburan Tahunan Terbaik. Tetapi tarikh bagi anugerah itu masih lagi belum ditetapkan," ujarnya.
    Dalam pada itu, Shila turut meluahkan rasa gembira apabila terdapat sebuah syarikat yang ingin menganjurkan sebuah konsert berskala besar untuknya.
    Kata Shila, dia tidak sangka ada pihak sudi menaja konsertnya itu, namun tidak mahu mendedahkan lagi lebih lanjut mengenai persiapan konsert tersebut.
    "Insya-Allah, saya akan membuat sidang media berhubung konsert ini dalam masa terdekat nanti. Apa yang saya boleh katakan, kami sudah pun membincang konsep konsert yang bakal dibawakan. Moga perancangan itu menjadi," tuturnya.

    Read more...

    Rabu, 15 Januari 2014

    Sofi Jikan Terkilan Dicaci Kerana Kenyataan Berhenti Berlakon

    Sofi Jikan
    PETALING JAYA: Pelakon Sofi Jikan mengakui terkilan apabila kenyataannya untuk berhenti daripada bidang lakonan menerima kecaman dan cacian daripada pengguna internet.
    Sofi berkata, pandangan negatif sehingga melanggar tatasusila kemanusiaan yang ditulis di blog-blog itu bukan sahaja mengguris hati, malah mampu membunuh kerjaya dan semangatnya untuk berkarya.
    "Saya takut untuk membaca blog selepas menerima cacian berbaur hinaan di internet terhadap kenyataan berhenti berlakon baru-baru ini.
    "Kalau mereka benci sekalipun tidak perlulah untuk mencaci saya sehingga melanggar tatasusila kemanusiaan yang boleh menjatuhkan maruah seseorang," katanya kepadamStar Online.
    Tambah Sofi, dia berharap pihak pengurusan blog itu sendiri perlu sedar tentang bahaya perkara ini dan mengawal mesej yang ditinggalkan di blog mereka.
    Katanya, sebagai individu yang menjadi mangsa kecaman tersebut, dia berhak untuk mengambil tindakan undang-undang jika ianya melampau batas.
    "Kebanyakan mereka tidak membaca secara keseluruhan sesebuah artikel dan salah faham dengan kenyataan tersebut.
    "Saya pelik kenapa mereka terlalu marah dengan kenyataan tersebut sedangkan sebelum ini ada sahaja artis yang berbuat demikian, namun masih ada lagi dalam industri," katanya.
    Kata Sofi, dia tidak menolak kemungkinan kebencian masyarakat timbul berikutan watak antagonis yang sering dilakonkannya.
    Dalam pada itu, Sofi yang turut ditanya tentang keputusan berhenti berlakon berkata, dia hanya akan berlakon watak yang dapat membersihkan namanya daripada pandangan negatif masyarakat.
    Dia yang juga bakal mengarahkan filem pertama berjudul Gangsterock ini percaya karya tersebut mampu merubah persepsi masyarakat terhadapnya.
    "Saya harap diberi peluang sekali lagi dalam memberi sumbangan kepada industri seni tanah air.
    "Kali ini saya yakin filem Gansterock tidak mengecewakan dan mengembalikan kepercayaan penonton terhadap file-filem tempatan," katanya.
    Dalam perkembangan lain pula, Sofi juga bakal keluar dengan album rock pertamanya berjudul Kasi Sengat pada 3 Mac depan.
    Sumber mStar Online

    Read more...

    Isnin, 13 Januari 2014

    Lana Nordin bercinta Dengan Jejaka Bergelar Doktor

    Lana menafikan dia sudah menemui pengganti Johan As'ari.
    PETALING JAYA: Pelakon Lana Nordin menafikan dia sedang menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki bergelar doktor selepas hubungannya dengan aktor Johan As'ari putus.
    Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 34, berkata, laporan berkenaan tidak benar sama sekali dan menegaskan dia kini masih belum mempunyai pengganti Johan.
    "Laporan itu tidak benar. Saya masih single and available," ujarnya menerusi mesej yang dikirimkan melalui aplikasi sosial WhatsApp kepada mStar Online, Ahad.
    Sebuah akhbar mingguan melaporkan Lana sedang menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki kacukan Pakistan dan Inggeris itu yang juga rakan lamanya.
    Malah lelaki berkenaan didakwa telah menghantar 50 tangkai bunga mawar kepada Lana dan dia sendiri telah pun memuat naik jambangan bunga berkenaan di laman Instagram miliknya.
    Cinta Lana dan Johan hanya bercinta selama sebulan.
    Lana bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
    Johan sebelum ini telah melamar Lana untuk dijadikan sebagai isterinya selepas tiga hari berjumpa.
    Pasangan itu bertemu ketika menjayakan sebuah program pada 18 Oktober 2013 lalu dan tiga hari kemudian, Johan terus meluahkan isi hati dan hasrat beliau untuk memperisterikan aktres seksi itu kerana percaya Lana adalah jodohnya yang dimohon ketika mengerjakan umrah pada April lalu.
    Bagaimanapun Johan menerusi kenyataannya di sebuah akhbar pada akhir Disember lalu mengumumkan perpisahan cinta mereka selepas sebulan berkasih berikutan tidak direstui keluarga Johan.
    mStar Online


    Read more...

    Sabtu, 11 Januari 2014

    Akhirnya Linda Onn dedah suami secara rasmi

    • Akhirnya Linda Onn dedah suami secara 'rasmi'

    WALAUPUN sebelum ini penyampai radio popular, Linda Onn enggan berkongsi hari bahagianya bersama pemberita sekaligus menghalang peminatnya menatap wajah suaminya, namun semalam Linda telah berkongsi wajah pasangan hidupnya.

    Linda, 36 yang telah melangsungkan perkahwinan pada 27 Disember lepas telah berkongsi gambar bersama suaminya Ungku Azhar di laman sosialnya.

    "Yeay! Linda baru dapat gambar nikah dari jrufotor rasmi tadi.

    "Terima kasih suami ku Ungku Azhar untuk gambar itu.

    "Sayang kamu 'like a love song'...muahh," tulisnya di laman mikro itu.

    Linda dilihat memakai busana berwarna putih sedondon dengan suaminya.


    Sumber sinar hiburan


    Read more...

    Jumaat, 10 Januari 2014

    Hanez Suraya dikatakan tiru imej Artis Lain

    HANEZ SURAYA
    PETALING JAYA: Pelakon Hanez Suraya merayu agar mana-mana pihak tidak membandingkan imejnya yang dikatakan meniru gaya artis-artis lain.
    Hanez, 30, berkata, tuduhan itu sedikit sebanyak boleh menimbulkan rasa kurang senang artis yang dikaitkan sedangkan setiap penampilannya adalah berbeza dengan individu lain.
    "Kepada pihak yang masih membandingkan gaya saya yang kononnya cuba meniru penampilan artis lain, hentikanlah.
    "Apa pula kata artis yang dibandingkan itu, ia akan buatkan saya dan artis tersebut berasa kurang selesa antara satu sama lain," katanya kepada mStar Online.
    Beberapa pihak sebelum ini yang merupakan peminat-peminat selebriti tanah air menuduh Hanez cuba meniru gaya beberapa selebriti popular.
    Tambah Hanez, dia sememangnya terkejut kerana setiap penampilan yang digayakan adalah dirinya sendiri tanpa meniru gaya orang lain.
    "Setakat ini saya hanya menjadi diri sendiri di mana saya memakai kemeja-T, berseluar denim dan selipar sahaja apabila tidak bekerja manakala apabila berada di majlis-majlis hiburan saya akan bersiap menata rias wajah sendiri.
    "Tidak ada apa pun yang perlu saya tiru kerana saya bukannya pengikut fesyen tegar. Sekadar mengambil tahu trend terbaru dan mengaplikasikan dalam pemakaian saya jika ianya sesuai," ujarnya.
    Sementara itu, dalam perkembangan lain, Hanez mula menjinakkan diri sebagai pengacara dan akan mengendalikan konsert Malam Gala Cinta Tanpa Sempadan Rossa, Afghan dan Datuk Jamal Abdillah di Hotel The Royale Chulan pada 14 Februari depan.
    "Pada majlis tersebut saya akan digandingkan dengan penyampai radio Hot FM iaitu AG.
    "Risau juga nak menggalas tanggungjawab besar ini, tetapi saya mahu mengasah bakat dan melihat sejauh mana kemampuan diri dalam bidang ini," tuturnya.
    Konsert anjuran Airish Global Sdn Bhd dengan kerjasama Event Resources & Services itu diadakan bagi mengumpul dana untuk disalurkan kepada Anak-Anak Anugerah Keluarga Besar Norlina Alawi Berhad (KBNAB) dan Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM).
    Tiket berharga RM350, RM500, RM750 dan RM1,000 boleh dibeli menerusi talian 011-25115715, 013-2009481, 012-2165948 atau 018-2699214.

    Sumber mStar Online


    Read more...

    Selasa, 7 Januari 2014

    Panas,Penampilan Super Seksi Agnes Monica di Kediaman Duta As

    Agnes Monica 

    Setelah sempat membuat heboh dengan gaya busana berkutang tirus pada November tahun lalu , Agnes kembali lagi melakukan penampilan tidak sopan . 

    Kejadiannya berlangsung pada tahun 2013 apabila bekas penyanyi cilik ini diundang ke rumah atau kediaman Dubes ( Duta Besar ) Amerika untuk Indonesia yang mengadakan acara formal untuk memotivasi generasi muda agar berprestasi .

    Dalam foto itu , kelihatan penyanyi yang tengah mengeluarkan single Coke Bottle bersama Timbaland ini memakai pakaian yang super seksi . Di foto ini pun Agnes tampak mengenakan kebaya bahan sutera ketat berleher terbuka hingga belahan payudara yang timbul tampak jelas dipadu hotpant seksi .

    Penyanyi kelahiran 1 Julai 1986 ini duduk di sebelah Duta Amerika di antara orang ramai para pelajar Indonesia .

    Penampilan pelakon sinetron Pernikahan Dini ini sangat berbeza dengan Duta Besar Amerika Syarikat dan para jemputan lain yang berbusana batik dan baju yang sopan .

    Pilihan Agnes memakai busana super hot dan seksi itu mengundang kecaman di media sosial , seprti dilansir dari yahoo.com . Namun , nampaknya Agnes tak terpengaruh dan terus berani berpakaian dengan gaya berbeza dari yang ada

    Sumber tribunnews.com


    Read more...

    Isnin, 6 Januari 2014

    Anak Sultan Brunei bayar Mariah Carey RM4.9 juta?

    Mariah Carey

    LONDON - UNITED KINGDOM. Penyanyi Amerika Syarikat, Mariah Carey dilaporkan dibayar sekitar RM4.9 juta bagi meraikan majlis sambutan hari jadi anak Sultan Brunei, Putera Azim pada malam tahun baru, Jumaat lalu.

    Memetik laporan Daily Mail, Carey dijemput oleh Putera Azim itu ke parti hari jadi peribadinya di hotel lima bintang di Dorchester.

    Dalam pada itu, wakil Carey berkata, penyanyi itu telah mempersembahkan nyanyiannya kepada Putera Azim, namun tidak mengesahkan berapa bayaran yang diterima penyanyi berkenaan.

    "Ini adalah parti 'private' jadi kami tidak membincangkan yurannya. Carey telah lama kenal dengan Putera Azim sejak beberapa tahun lalu.

    "Mereka adalah kawan dan banyak melakukan kerja amal bersama," katanya dipetik Daily Mail.


    Sumber


    Read more...

    Ahad, 5 Januari 2014

    Habiskan RM64 Ribu sebulan Untuk Tampak Muda

    Jennifer Anniston
    AKTRES Jennifer Anniston dilaporkan dia sanggup menghabiskan wang sebanyak RM64 ribu sebulan untuk membeli produk- produk kecantikan anti penuaan.
    Menurut laporan portal FemaleFirst, bintang sitkom Friends itu sanggup berhabis wang membeli produk termasuklah membuat rawatan laser untuk kelihat awet muda.
    "Jennifer cukup serius dalam menjaga kulit wajahnya yang mahu sentiasa tampil terbaik dan muda.
    "Untuk kekal cantik di usia 44 tahun, dia terlalu bersungguh-sungguh dan ternyata ia berhasil," kata sumber.
    Sumber


    Read more...

    Sabtu, 4 Januari 2014

    Padah tuduh artis berzina tanpa bukti

    Penyanyi Kuwait Shams
    Riyadh: Mahkamah di Arab Saudi memerintahkan seorang lelaki dipenjara tiga bulan dan disebat 80 kali selepas memfitnah penyanyi Kuwait sebagai penzina di Twitter tanpa bukti sahih.
    Warga tempatan itu juga didenda 10,000 rial (RM8,757) kerana mendakwa penyanyi berkenaan, Shams, berzina tanpa menyertakan sebarang bukti, lapor laman berita Sabq memetik keputusan mahkamah, semalam.
    Keputusan itu dibuat berdasarkan hukum syariah supaya mereka yang membuat tuduhan zina tanpa bukti dikenakan hukum sebat.
    Shams memfailkan saman malu terhadap pemilik akaun Twitter ‘the lawyer of Queen Ahlam’ (peguam Queen Ahlam) penyanyi pop yang juga saingan Shams di negara Teluk itu.
    Lelaki terbabit turut memuat naik gambar yang dipalsukan menunjukkan penyanyi berkenaan dalam keadaan yang dilapor Sabq sebagai tidak sopan.
     - Agensi(myMetro)

    Read more...

    Catatan Popular

    Ikut rapat rapat

    MENARIK PERHATIAN

    Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

    Sekian Terima kaSih
    original design by : relevan
    modified by : relevan

      © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

    Back to TOP