GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label Lawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lawak. Papar semua catatan

Jumaat, 1 November 2013

Hantu Pocong sudah boleh mengundi ?

Kalimantan: Seorang penduduk Kalimantan Barat, Pocong akhirnya diiktiraf pengundi sah oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) selepas mengesahkan lelaki itu benar-benar wujud.
Nama Pocong dimasukkan dalam senarai pengundi bagi pilihan raya tahun depan selepas pegawai di Singkawang membuat bantahan rasmi kepada KPU di Jakarta yang enggan memasukkan namanya kerana menganggapnya sebagai gurauan. 
“Pegawai kami di Singkawang menunjukkan gambar Pocong bersama mereka,” kata Pengerusi KPU Husni Kamil Manik pada seminar di Jakarta Isnin lalu. 

“Mereka turut memberi kad keluarga Pocong untuk menyokong kewujudannya,” katanya.
Pocong ialah karakter paling popular dalam cerita seram masyarakat Indonesia. Ia sejenis hantu berbungkus kain kafan yang kerap digambarkan menghantui penduduk.
Keputusan dibuat ketika KPU bertungkus-lumus mengemaskini senarai pengundi yang akan diterbitkan minggu depan. 

Pada masa lalu, kesilapan biasa yang dibuat pegawai KPU tempatan termasuk nama sama, nama orang yang sudah mati atau tak wujud dikatakan direka oleh pegawai parti politik tertentu dengan tujuan untuk menipu dalam pilihan raya.
 - AFP

Read more...

Selasa, 29 Oktober 2013

Tuah ! Nabil Ahmad Terkejut Dapat Rumah bernilai Lebih RM1 Juta

Nabil Ahmad 
PETALING JAYA: Hasrat pelawak Nabil Ahmad untuk membeli sebuah kondominium Antara di Persiaran Gurney, Kuala Lumpur membawa tuah apabila pemaju perumahan itu bersedia memberikan rumah berkenaan secara percuma bernilai RM1.036 juta.
Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 29, berkata, pada mulanya dia sekadar ingin bertanya mengenai kondominium yang ingin dibelinya itu tetapi pihak pemaju, sanggup memberikannya satu unit percuma jika dia bersedia menjadi duta perumahan itu.
"Saya terkejut kerana pada asalnya saya sekadar melakukan 'house hunting' dan berminat dengan sebuah unit di kondominium Antara yang bernilai RM600,000 kerana harganya murah berbanding dengan perumahan lain yang agak mahal.
"Selepas membuat perbincangan, tiba-tiba pihak pemaju (Faber Development Holdings Sdn. Bhd) berminat pula untuk menjadikan saya sebagai duta kondominium tersebut selama setahun dan menawarkan sebuah unit bernilai RM1.036 juta secara percuma pada 23 Oktober lalu," katanya.
Tambah Nabil, kondominium tersebut masih lagi dalam pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2016.
Dalam pada itu, Nabil menyifatkan pemberian kondominium tersebut merupakan hadiah terbesar yang pernah diterima sejak bergelar selebriti, lima tahun lalu.
Malah ia juga sebahagian daripada rezeki anaknya, Naera Mikayla yang akan berumur setahun pada 25 November ini.
Sementara itu, Nabil berkata, dia kini bergiat aktif dalam membuat pelaburan hartanah selepas didorong oleh rakan-rakannya dan sudah memiliki tiga buah rumah termasuklah kondominium berkenaan.
"Saya juga banyak belajar daripada seorang lelaki yang hebat dalam pelaburan hartanah bernama Ahyat Ishak.
"Dan setakat ini saya telah membeli sebuah kondominium di Jalan Duta (Kuala Lumpur), dan rumah itu dihadiahkan kepada emak saya. Manakala sebuah lagi di Ara Damansara yang mana di situ saya tinggal bersama isteri (Nazirah Ayub)," tuturnya.
Nabil juga merupakan duta kepada kasut jenama Vans sejak dua tahun lalu.
Sumber mStar Online

Read more...

Jumaat, 18 Oktober 2013

Mengaku Salah kerana Lakukan Seks dengan kenderaan

Kelihatan Edward Smith sedang melakukan sesuatu kepada bahagian belakang keretanya
Washington: Kehidupan seks Edward Smith sepanjang 48 tahun lalu sungguh aneh. Berdasarkan pengiraannya, dia mempunyai lebih 1,000 teman seks tetapi hanya satu saja daripada jumlah itu ialah manusia.
Smith, 63, termasuk dalam golongan ‘mechaphile,’ terma yang digunakan untuk seseorang yang tertarik dan melakukan seks dengan pesawat, kereta api dan automobil. 
Dan dia juga pernah melakukannya dengan sebuah helikopter yang digunakan dalam siri televisyen ‘Airwolf.’ 

“Bagi kebanyakan orang, mereka melihat payudara dan punggung untuk menilai kecantikan wanita. Saya pula melihat pada depan dan belakang kereta yang cantik,” katanya, menurut laporan akhbar Mirror.
Bagaimanapun, Smith tidak lagi terdorong untuk mengadakan seks dengan sebarang kereta. Katanya, dia kini komited dengan Vanilla, kereta Volkswagen Beetle yang dibelinya 30 tahun lalu.
“Apabila menyentuh Vanilla, ada tarikan dan saya dapat merasakan tindak balasnya. Saya akan merana jika ada apa-apa berlaku kepadanya,” katanya. 

‘Mechaphilia’ merujuk kepada keinginan seks yang unik dan menurut Smith, dia tidak bersendirian. Dia menganggarkan terdapat sekurang-kurangnya 500 orang di dunia ini yang tertarik untuk mengadakan seks dengan kereta.
Sumber myMetro

Read more...

Rabu, 16 Oktober 2013

Hambat Lembu untuk korban terlepas di lebuh raya

LEMBU korban lari dua kilometer dari tempat penyembelihan.
Puchong: Pengguna yang melalui Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berhampiran Masjid Batu 12, Puchong di sini gempar apabila seekor lembu jantan untuk korban sempena Aidiladha terlepas dari tempat penyembelihan hingga menghalang lalu lintas, semalam.
Kejadian berlaku jam 10.30 pagi apabila haiwan seberat 300 kilogram itu dikatakan tiba-tiba ‘naik minyak’ ketika orang kampung berusaha menumbangkannya sewaktu hendak disembelih menyebabkan tali yang diikat pada pokok putus sebelum ia melarikan diri dua kilometer.
Menurut sumber, dua unit peronda polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dikejarkan ke tempat kejadian dan mengambil masa setengah jam menangkap haiwan itu.
Bagaimanapun, keadaan kembali terkawal selepas haiwan itu ditangkap semula sebelum dibawa ke masjid dan disembelih.
“Sebelum kejadian, saya datang ke masjid untuk sembahyang sunat Aidiladha dan membantu orang kampung menyembelih lembu korban. Namun tidak menyangka terpaksa mengejar lembu.
“Lembu itu adalah lembu ketiga yang mahu disembelih. Saya difahamkan sejak kelmarin ia menunjukkan ciri-ciri seperti mahu naik minyak,” katanya.

Menurutnya, orang ramai juga menjadi panik apabila haiwan itu bertindak liar dan nyaris merempuh orang kampung dan beberapa anggota polis yang mengejarnya.

Selain itu, berlaku juga kesesakan jalan raya 20 minit apabila pemandu terpaksa memberhentikan kenderaan masing-masing kerana bimbang melanggar haiwan itu.
Sumber myMetro

Read more...

Selasa, 8 Oktober 2013

Rupanya,Mr Bean peluk Islam hanya khabar angin


BERITA mengenai pelawak terkenal dunia, Rowan Atkinson yang popular dalam sitcom bersiri, Mr Bean dikatakan memeluk Islam sekadar khabar angin semata-mata.

Perkara itu disahkan jurucakapnya, Lucy Fairney dalam satu kenyataan bagi menjelaskan kedudukan sebenar dakwaan tersebut.

“Setahu saya, Rowan tidak memeluk Islam,” kata Lucy ringkas dalam satu kenyataan e-mel.

Sebelum ini, sebuah portal berita yang dipetik dari Islampos.com dan laman web Sadalbadi.com melaporkan bahawa Rowan telah memeluk agama Islam, baru-baru ini.

Menurut laman web berkenaan, Rowan dipercayai terbuka hati untuk memeluk agama Islam selepas menonton filem kontroversi, Innocent of Muslim.

Melalui sebuah portal berita dari Indonesia pula, mereka memberitahu, “Mr Bean tak berbicara banyak ketika ditanya media, hanya mengangkat jari saja sebagai isyarat dia bersyahadat."

Beberapa sumber portal media pula mendakwa tokoh agama dari Tunisia, Sheikh Rashid Ghannousyi, adalah salah seorang pembimbing Rowan.


Sumber


Read more...

Khamis, 3 Oktober 2013

Betul ke Mr Bean sudah peluk agama Islam ?

Rowan Atkinson

BERITA ini mungkin akan mengejutkan dunia hiburan seluruh dunia.

Sebentar tadi, melalui sebuah portal berita yang dipetik dari Islampos.com dan laman web Sadalbadi.com melaporkan bahawa selebriti yang popular dengan watak lucu Mr Bean iaitu Rowan Atkinson, dipercayai telah memeluk agama Islam baru-baru ini.

Menurut laman web berkenaan, Rowan dipercayai terbuka hati untuk memeluk agama Islam selepas menonton filem Innocent of Muslim.

Melalui sebuah portal berita dari Indonesia pula, mereka memberitahu, “Mr Bean tak berbicara banyak ketika ditanya media, hanya mengangkat jari saja sebagai isyarat dia bersyahadat."

Menurut beberapa sumber portal media, Sheikh Rashid Ghannousyi, adalah salah seorang pembimbing Mr Bean.

"Banyak yang memberi selamat kepadanya di sepanjang jalan” – dipetik dari Islampos.com.

Sehingga kini, masih belum dapat dipastikan lagi kesahihan berita ini.

Khabarnya, media-media barat masih belum menyiarkan lagi apa-apa berita mengenai Rowan Atkinson.

Sumber

Read more...

Selasa, 24 September 2013

Saja Cari nahas,Hantar katalog lucah kepada ketua polis


Katalog lucah tersilap hantar

Tokyo: Gara-gara tersilap hantar katalog lucah kepada polis, enam lelaki ditahan, lapor media di sini semalam. 

Penjual bahan lucah terbabit menghantar tiga set katalog pornografi itu kepada Ketua Polis Osaka, minggu lalu. 

Pasukan polis kemudian melakukan operasi dan bertindak menahan Toshiharu Hidaka, 27, dan lima lelaki lain kerana memiliki bahan lucah dengan niat menjualnya di Osaka, lapor Jiji Press dan media lain. 

Suspek berkenaan dikesan menghantar katalog mengenai DVD lucah kepada orang ramai, satu aktiviti yang melanggar undang-undang. 

Mereka mungkin tidak menyangka penghantaran secara rambang menerusi surat itu boleh sampai ke kediaman ketua polis. 

Anggota polis kemudian melakukan serbuan terhadap pejabat Hidaka di Osaka. 
Mereka berjaya merampas 280,000 cakera padat lucah selain 7,000 pil ‘ubat kuat’ yang dipercayai didapati secara haram. 


AFP 


Read more...

Jumaat, 30 Ogos 2013

Untuk Amal, Wanita Cantik ini Biarkan Bulu Ketiak Tumbuh Lebat


Ketika bulu ketiak sudah mulai panjang maka kamu pasti akan segera mengambil alat cukur untuk mencukur bulu ketiak kamu tadi. Namun seroang wanita cantik bernama Gina Fuller malah menmbiarkan bulu ketiak milinya tumbuh lebih lebat dari hari hari sebelumnya.

Sebenarnya bukan tanpa alasan kenapa Gina Fuller nekad untuk membiarkan bulu ketiaknya hinga lebat, demi kemanusian dan amal Gina Fuller bergabung dalam gerakan yang bernama Armpits4August.

Gerakan Armpits4August mengajak semua wanita untuk memanjangkan bulu ketiak meraka untuk membantu pesakit Polycystic Ovary Syndrome (PCOS).

PCOS merupakan keadaan kelainan keseimbangan hormon yang menyebabkan perubahan kitaran haid, prestasi ovari dan kesulitan untuk hamil. Sebelum mengikuti geraka ini Gina Fuller merupakan orang yang paling bersih dari bulu ketiak.

"Berbanding orang lain, dulu saya orang yang termasuk rajin mencukur. Kini kami ingin memberi tumpuan tidak mencukur bulu ketiak kerana merupakan stigma yang kuat. Kami ingin menghancurkan pemikiran seperti ini. "Jelasnya.

Gerakan memanjangkan bulu ketiak ini sudah masuk pada tahun ke dua dan selalu diadakan setiap bulan Ogos, tujuan dari gerakan ini adalah untuk mempertahankan semula jadi bulu ketiak.

Sumber Foragama blog


Read more...

Diterbangkan Air Pancut


BEIJING 28 Ogos - Keriangan seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun mandi-manda di kawasan air pancut muzik Pusat Kebudayaan Xinjian, wilayah Hubei, bertukar ngeri apabila dia melambung setinggi kira-kira 2.4 meter ke udara akibat daya pancutan air tersebut.

Pakaian kanak-kanak itu juga koyak seperti dicarik-carik akibat tekanan air yang tinggi, selain hidungnya berdarah dan luka setelah bahagian mukanya mendarat terlebih dahulu ke lantai konkrit.

Seorang pengunjung yang sedang menangkap gambar keindahan air pancut popular di Enshi, wilayah Hubei itu sempat merakam kejadian tersebut.

Kanak-kanak itu yang menangis, kemudian ditenangkan oleh keluarganya.

Bapa kanak-kanak tersebut, Wan Lu berang kerana tiada tanda amaran dipasang pihak pengurusan tentang bahaya air pancut berkenaan.

“Pihak pengurusan sepatutnya memasang papan tanda amaran tentang kemungkinan yang boleh berlaku.
“Kami sedang berseronok bermain air pancut, kemudian anak saya tiba-tiba melayang ke udara dan menjerit," jelasnya.

Wan Lu berkata, daya pancutan air tersebut juga terlalu kuat sehinggakan seluar dan baju dipakai anaknya koyak rabak.

Media tempatan bagaimanapun melaporkan, pihak pengurusan sentiasa menyediakan seorang pengawal untuk mengawasi aktiviti pengunjung dan tanda amaran juga telah dipasang. 

- AGENSI (Utusan)


Read more...

Khamis, 22 Ogos 2013

Madonna Pamer Gigi Berlapis Emas

Madonna mempamerkan gigi berlapis emas ketika ia keluar dari pusat kebugaran Hard Candy Fitness, Roma, Italia, Rabu (21/8/2013). Foto: REUTERS/Remo Casilli

Madonna pamer gigi berlapis emas ketika keluar dari pusat kecergasan Hard Candy Fitness, Rom, Itali, Rabu (21/8/2013). 

Gigi ini aksesori fesyen yang dinilai ramai orang cukup aneh. Namun, Madonna tak peduli dan merasa bangga boleh mempamerkannya ke seluruh dunia. 

Dalam beberapa minggu terakhir ini, ia selalu tampil dan berpose di depan umum dengan gigi berlapis emas tersebut. Foto: REUTERS / Remo Casilli

Sumber


Read more...

Khamis, 27 Jun 2013

Akibat Kencing dihadapan rumah Jiran,tukang Pos dipecat

imej

EXETER - Seorang tukang pos ketangkap basah buang air kecil berulang kali di depan pintu sebuah rumah di Exeter, Inggeris. Kejadian itu membuat tukang pos tersebut diberhentikan.

Tukang pos yang tidak diketahui identitinya ini telah beberapa kali buang air kecil di luar rumah milik Lukas Osborne dan Keyleigh Rawlings.

Pada awalnya Lukas berfikir seorang pemabuk yang sering buang air kecil di depan pintu rumahnya. Tapi, ia mulai curiga kerana kejadian itu sering terjadi dan akhirnya Lukas memutuskan untuk bersembunyi dan menangkap basah pelakunya.

"Selama berbulan-bulan saya harus berjalan melalui air kencing yang ada di depan rumah saya. Saya fikir pada awalnya mungkin seorang pemabuk, tapi akhirnya saya menangkap basah pelakunya. Ini tidak boleh dipercayai. Dia seorang tukang pos," kata Lukas. Demikian dikutip dari Mirror , Rabu (26/6/2013).

Juru bicara dari Royal Mail, Val Bodden mengatakan bahawa tukang pos yang melakukan pelanggaran itu akan mendapatkan disiplin dalaman.

"Royal Mail selalu melakukan perkhidmatan dengan standard tinggi untuk para pelanggan kami. Pegawai kami yang melakukan hal tidak pantas itu akan menghadapi tindakan disiplin dalaman," ujar Bodden.

* Sumber okezone.com


Read more...

Polis trafik gemuk sertai program kurus

Seorang anggota polis trafik Thailand berbadan besar mengawal lalu lintas. - Foto AFP

Bangkok: Sekumpulan anggota polis trafik Thailand kini menyertai latihan senaman mengikut rentak lagu pop Thailand, sebahagian program untuk mengurangkan bilangan polis yang mempunyai masalah lebihan berat badan di Bangkok.
Diet yang tidak seimbang dan menghabiskan masa yang panjang melakukan tugas tidak aktif di jalanan menyebabkan kebanyakan anggota polis trafik di ibu negaraitu terdedah kepada kenaikan berat badan. 


Perbaiki imej polis 

Keadaan kesihatan mereka dan imej umum yang menyaksikan ramai polis berperut buncit menjadi kebimbangan kepada ketua polis yang meletakkan mereka dalam kelas pembuangan berat badan percuma dengan menyenaraikan hampir 60 sukarelawan untuk program Fit and Firm selama dua bulan itu.

Selepas dua minggu menyertai kursus terbabit, Sarjan Mejar Kanan, Nitas Saidaards, berkata beliau kini mempunyai berat badan 138 kilogram tetapi berjaya mengurangkan sebanyak enam kilogram dan mengurangkan saiz pinggang tiga inci.

Agak sukar ketika mengendalikan lalu lintas di persimpangan jalan antara kereta kerana kadang kala boleh terlanggar cermin sisi, kata anggota yang berusia 48 tahun itu.

Sesi selama dua kali seminggu itu termasuk kelas yoga dan aerobik, amat berguna kepada Nitas selain diet baru seperti buah-buahan dan sup sekaligus mengetepikan makanan bergoreng kegemaran beliau serta nasi. 


Makan lewat malam


Nitas (bawah) bersama rakannya melakukan senaman di sebuah hospital di Bangkok. - Foto AFP

Saya mengalami kenaikan berat badan kerana makan terlalu banyak pada lewat malam. Kami (polis trafik) mempunyai jadual kerja tidak menentu, katanya.
Nitas berkata, beliau pernah menyertai program yang sama sebelum ini, tetapi tidak pernah berjaya mengurangkan berat badannya.

Biro polis Metropolitan Bangkok mahu anggota polis mereka mempunyai ukuran pinggang yang melebihi 36 inci menyertai kursus terbabit dengan menggalakkan mereka mengurangkan berat sehingga 10 kilogram dengan menawarkan hadiah hampir AS$160 (RM512).

Pegawai kanan polis melihat anggota kami terlalu montel, gemuk, jadi mereka memutuskan perlu untuk mengurangkan berat badan, katanya.


-AFP


Read more...

Khamis, 13 Jun 2013

Tangan putus tepi jalan jadi perhatian

NOTTINGHAM - Gurauan seorang jurusolek artis amatur ternyata menjadi apabila‘tangan putus’ yang direka dan ditinggalkan di tepi jalan jadi tumpuan ramai.

Polis juga terpaksa dipanggil bagi menyiasat kewujudan tangan manusia yang putus  itu.

Paul Plumber, 34, mencipta tangan palsu yang sudah putus dan dalam keadaan ngeri di tepi jalan dan meninggalkannya untuk dijadikan bahan tontonan kepada sesiapa yang lalu di kawasan itu.

Gurauan itu ternyata tidak menjadi apabila salah seorang orang awam yang lalu di kawasan itu menghubungi polis kerana mempercayai tangan palsu itu merupakan tangan manusia yang betul.

Plumber terpaksa mengakui kepada polis beliau hanya cuba bergurau kepada orang yang lalu-lalang di tepi jalan di tepi jalan Hyson Green.

“Kami hanya memberi nasihat kepada Plummer berhubung tindakan gurauannya yang tidak kena pada tempat itu,” kata salah seorang pegawai polis Nottingham.

* Sumber sinarharian


Read more...

Isnin, 10 Jun 2013

Tu dia,berbasikal sambil telanjang

bersepeda bugil

Mexico City -  Ribuan penunggang basikal berkeliling Mexico City sambil bugil. Mereka memprotes tahap kemalangan pengangkutan yang tinggi di Mexico.

Pihak panitia menyebutkan, aksi di Mexico itu bertujuan untuk menunjukan kerapuhan manusia. Mereka berharap warga boleh berubah dan menggunakan jalan dengan lebih berhati-hati.

"Di Mexico, menunggang basikal adalah mimpi buruk. Kemalangan boleh menimpa pada bila-bila saja, "ujar seorang penunggang basikal bugil bernama Mila, seperti dikutip BBC, Minggu (9/6/2013).

"Kami selalu ketakutan dan tidak tahu apakah dapat pulang dengan selamat," ujar peserta lain, Yovana Floyd.

Kegiatan itu menarik perhatian warga di Mexico City. Mereka mengambil foto para peserta yang ada dalam keadaan bugil atau setengah bugil.

Kegiatan berbasikal bugil sebenarnya sudah muncul sejak lama. Kegiatan itu bermula di Kanada sembilan tahun lalu dan kini merebak ke beberapa bandar besar dunia.

* Sumber okezone.com



Read more...

Jumaat, 7 Jun 2013

Gadis ini dilarang masuk untuk majlis konvo kerana payud@ra besar

Brittany Minder (Foto: Huffington Post)

Silverdale - Seorang gadis asal Amerika Syarikat (AS) ditolak masuk ke acara perpisahan sekolah atau biasa dikenal dengan prom night, kerana saiz payudaranya yang terlalu besar.

Brittany Minder, datang ke pesta perpisahan sekolahnya dengan menggunakan gaun dengan model berdada rendah dan berwarna ungu yang direka untuk wanita berdada besar, tapi beberapa penjaga tidak mengizinkannya masuk sebelum ia menutupi belahan dadanya dengan selendang.

Wanita asal Silverdale, Amerika Syarikat (AS) ini sering mengalami penghinaan kerana saiz dadanya yang besar, sehingga dia merasa diasingkan. Orang tua dari Brittany berharap kepada orang-orang yang telah menghina anaknya untuk meminta maaf.

"Penjaga di sana mengenakan peraturan yang aneh dalam berpakaian seperti yang dilakukan kerana payudara anak saya yang besar," kata ibu Brittany, Kim Minder, seperti dikutip Huffington Post, Rabu (5/6/2013).

"Semua wanita tidak dicipta sama, dan anda tidak boleh membandingkan bola golf dengan grapefruit. Hal ini tidak akan berlaku," tambahnya

* Sumber okezone.com


Read more...

Ahad, 26 Mei 2013

Aksi berpindah rumah yang jarang dilihat

Liu Lingchao berpindah rumah

LIUZHOU - Seorang lelaki asal China melakukan aksi pindah rumah yang tak biasa. Dia menggendong sendiri rumahnya yang diperbuat daripada kepingan plastik selama beberapa bulan.

Liu Lingchao, mengendong rumahnya untuk menuju bandar Wuzhou di barat daya China sejak beberapa bulan silam. Dirinya baru saja tiba di Kota Liuzhou.

Lelaki berusia 38 tahun ini mempunyai rumah yang boleh dibawa kemana-mana. Rumahnya ini dia buat sendiri dengan bayaran 130 pound . Seperti diberitakan The Sun, Jumaat (24/5/2013).

Rumah yang diperbuat daripada kepingan plastik dan tiang buluh ini hanya berisikan selimut. Lingchao hanya menjual botol plastik yang ia ambil sepanjang jalan untuk menyambung hidupnya.

Tidak diketahui mengapa lelaki itu membina rumah yang dinilai tidak layak. Rumah ini merupakan tempat tinggal ketiga yang dibangunnya dan semua rumahnya itu boleh berpindah-pindah

* Sumber okezone.com


Read more...

Rabu, 24 April 2013

Pemilik Hotel terperangkap dalam Lif Selama 4 Hari


Terjebak dalam Lif (Foto: Orange)

VIENNA - Seorang pemilik Hotel di Austria terjebak di dalam lift hotel miliknya yang masih kosong selama empat hari tanpa makanan.

Thomas Fleetwood, sedang melakukan pemeriksaan terakhir di Hotel Eden di Austria sebelum hotel itu dirasmikan. Saat itu Fleetwood sedang turun lif dari tingkat lima ke lantai dasar. Namun, lif yang digunakannya mengalami kerosakan sehingga dia terperangkap di sana.

Lelaki berusia 58 tahun ini juga telah meninggalkan telefon bimbitnya di pejabatnya dan dia terkurung sendirian di dalam lift tanpa alat komunikasi apapun.

"Sebelum lif tidak pernah rosak, saya berusaha bernafas dengan memutuskan panel kaca kecil di depan pintu lift dan saya juga cuba memanjat kea tap lif namun, hal itu tidak berjaya," kata Fleetwood, seperti dikutip dari Orange, Selasa (23/4/2013 ).

Pada akhirnya, seorang teman yang melihat tumpukan kertas di luar hotel menggunakan kunci cadangan untuk masuk ke dalam hotel dan mencari Fleetwood terjebak di dalam lif.

Fleetwood mengatakan bahawa dirinya beruntung boleh bertahan hingga empat hari di dalam lif.

"Itu adalah perkara yang bodoh untuk masuk ke dalam lif di sebuah hotel yang kosong tanpa telefon bimbit, tapi saya bangga pada diriku sendiri bahawa saya tidak panik dan menggunakan latihan tentera saya untuk melaluinya," ungkap Fleetwood

* Sumber okezone.com

Read more...

Khamis, 18 April 2013

Loceng Raksasa berat 2 tan Jatuh, Memerangkap Seorang Pelancong


Lin Wang, terperangkap dalam sebuah loceng tua seberat dua tan di Kuil Linzi di Wilayah Shandong, China. Bomba setempat perlu waktu dua jam untuk membebaskan Lin.

BEIJING - Malang benar nasib Lin Wang, seorang pelancong yang tengah melawat Kuil Budha Linzi di Wilayah Shandong, China.

Saat tengah melihat-lihat, Lin Wang tertarik dengan loceng raksasa milik kuil itu yang mempunyai berat kira-kira dua tan.

Tak cukup melihat dari sisi luar, Lin Wang kemudian berdiri di bawah loceng raksasa itu. Saat asyik melihat-lihat, Lin Wang tak menyedari baut-baut yang mengikat loceng itu mengendur dan akhirnya loceng itu jatuh dan memerangkap Lin Wang di dalamnya.

Pasukan bomba tempatan dikerahkan untuk menolong Lin Wang. Mereka bekerja lebih dari dua jam dengan menggunakan forklift untuk membebaskan sang pelancong.


"Loceng itu usianya sangat tua dan harus diperlakukan dengan sangat hormat," kata juru bicara kuil.

"Namun, loceng itu terlepas dan mengurung lelaki itu. Dia sangat beruntung tidak tertimpa loceng yang sangat berat ini," lanjut si juru bicara.

Pengawas keselamatan bangunan mengatakan loceng raksasa itu terlepas setelah baut-baut yang mengikatnya kendur akibat getaran loceng setiap kali dibunyikan.


Lalu bagaimana perasaan sang pelancong setelah lepas dari 'perangkap' loceng raksasa itu?

"Ini adalah sebuah loceng dan memang seharusnya dibunyikan. Mereka seharusnya memastikan benda ini selamat," kata Lin Wang.

* Sumber kompas.com



Read more...

Jumaat, 12 April 2013

Dicabut Tanpa Izin, Lelaki ini Kehilangan Semua Giginya


Foto : Fox 59
INDIANAPOLIS - Seorang lelaki yang menghidap autisme asal Indianapolis menggugat seorang doktor gigi selepas semua giginya dicabut tanpa izin.

Christopher Crist, berkata bahawa ia pergi ke doktor gigi di Amazing Family Dental untuk mencabut tiga giginya yang sakit. Namun, tidak hanya tiga giginya yang dicabut, bahkan doktor gigi itu mencabut semua giginya.

"Dia mencabut semua gigi saya. Sekarang saya kelihatan seperti orang yang aneh," kata Crist. Demikian diberitakan Huffington Post, Kamis (11/4/2013).

Lelaki berusia 21 tahun ini menjelaskan operasi mengerikan itu bermula selepas doktor gigi tersebut memberinya beberapa pil untuk meringankan rasa sakit pada ketiga giginya yang ternyata mengalami jangkitan. Namun, pasukan doktor yang menanganinya itu mencabut semua gigi Crist.

Crist dan ibunya merancang menggugat doktor gigi yang tidak disebutkan namanya itu, tapi belum ada tindakan lebih lanjut kerana belum mempunyai banyak saksi.

Kejadian serupa juga dialami oleh salah satu pesakit bernama Rose Hill. Saat itu Hill melawat doktor gigi tersebut untuk mencabut satu giginya yang sakit, namun doktor itu mencabut seluruh gigi bawahnya.

* Sumber okezone.com


Read more...

Selasa, 9 April 2013

Presiden Rusia Vladimir Putin diserbu wanita tidak berbaju


PUTIN melihat ke arah seorang anggota kumpulan Femen yang mendedahkan payudaranya di Hanover semalam

HANOVER, Jerman - Presiden Rusia, Vladimir Putin ketawa apabila beliau melihat gelagat sekumpulan wanita yang mendedahkan payudara mereka sebagai bantahan terhadapnya di Jerman semalam.


Putin kemudian berjenaka dengan menyatakan beliau suka dengan apa yang dilihatnya itu.
Tiga anggota kumpulan daripada pergerakan Femen yang memperjuangkan hak-hak golongan wanita mengganggu lawatan beliau semasa Presiden Rusia itu tiba untuk menyaksikan pameran perdagangan di sini.
Anggota-anggota kumpulan tersebut membuka baju melaungkan slogan menggelar Putin sebagai seorang diktator.
"Mengenai persembahan itu, saya menyukainya," kata Putin pada satu sidang akhbar bersama dengan Canselor Jerman, Angela Merkel.
Menurutnya, tindakan wanita-wanita tersebut secara tidak langsung membantu mempromosi pameran perdagangan itu.
Beliau juga mencadangkan supaya pihak keselamatan patut lebih berlembut dengan kumpulan wanita tersebut yang ditahan kerana melakukan perbuatan itu.
"Saya tidak dengar apa yang mereka jeritkan, saya tidak sempat melihat sama ada mereka berambut perang, coklat atau hitam keperangan," kata Putin.
Anggota-anggota kumpulan tersebut membuat protes ekoran penahanan beberapa ahli kumpulan band Pussy Riot.
Anggota-anggota kumpulan band wanita tersebut ditahan kerana membuat persembahan di dalam sebuah gereja di Rusia. 
- AGENSI ( kosmo! Online )


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP