GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan

Rabu, 14 Mei 2014

Ahmad Said Kembali Kepada Umno, Ikrar Sokong Najib

Ahmad Said ketika mengadakan sidang media di kediaman rasminya, Rabu.

KEMAMAN: Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berikrar untuk memberi sokongan penuh kepada Umno dan presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak selepas menarik balik peletakan jawatannya.

Mengumumkan kembali ke pangkuan Umno, Adun Kijal itu berkata beliau memohon maaf kepada Najib berhubung tindakan beliau dan Najib pula memohon maaf kepadanya berhubung salah faham mengenai tarikh perkahwinan anak perempuannya.

Beliau memberitahu sidang media di kediaman rasminya di sini bahawa dia telah bertemu dengan Perdana Menteri di Putrajaya pada awal hari Rabu.

"Pada mesyuarat itu, kami bersetuju bahawa ia adalah satu salah faham kecil. Kami kedua-duanya memohon maaf dan bersetuju bahawa perkara itu telah diselesaikan," katanya.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan bahawa Exco Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu Datuk Mohd Jidin Shafee berkata,  Ahmad berjanji dengan perdana menteri untuk menyokong penuh pucuk pimpinan negeri diterajui menteri besar yang baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau berkata, Adun Ajil Ghazali Taib, yang sebelum ini turut mengambil keputusan keluar daripada parti, memohon maaf kepada Najib, dan menarik balik surat itu.

Mohd Jidin berkata Ahmad dan Ghazali melahirkan rasa kesal mereka ekoran tindakan secara terburu-buru itu.

"Sehubungan itu, kita 17 Adun (BN) telah bersepakat untuk terus memimpin negeri Terengganu tanpa ada masalah.

"Yang lepas biarlah lepas. Jangan kita ambil kisah lagi. Kita perlu terus bersatu demi perpaduan parti kita," kata Mohd Jidin.

Awal pagi semalam, Ahmad dan Ghazali mengumumkan keputusan untuk keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat bebas.

Pada Isnin, Ahmad meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu untuk memberi laluan kepada Ahmad Razif, yang juga Adun Seberang Takir, mengambil alih jawatan itu daripada beliau.


Sumber mStar Online


Read more...

Selasa, 13 Mei 2014

Sikap tidak budiman Datuk Seri Ahmad Said,Ingkar janji cetus kemelut di Terengganu

KUALA LUMPUR - Sikap tidak budiman Datuk Seri Ahmad Said dalam soal kesinambungan kepimpinan Terengganu dilihat menjadi pemangkin kepada kemelut politik yang melanda negeri Pantai Timur itu.
    
Pemerhati politik berpendapat Ahmad tidak mengotakan janjinya untuk melepaskan jawatan menteri besar secara tertib dan teratur, dengan tindakan yang menjurus kepada landskap politik negeri itu diselubungi banyak tanda soal setelah meletakkan jawatan semalam.
    
Beberapa jam selepas berundur daripada tampuk pemerintahan negeri, Ahmad, yang juga Adun Kijal, mengisytiharkan keluar Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas.
    
Turut mengambil tindakan sama ialah Adun Ajil Ghazali Taib dan Adun Bukit Besi Roslee Daud.
    
Pemerhati itu menarik perhatian bahawa Ahmad sememangnya sedar beliau menjadi menteri besar untuk tempoh hanya setahun selepas PRU13, bertujuan memberi peluang kepada pemimpin lain mengambil alih untuk memperkukuh kedudukan BN di negeri itu.
    
Untuk rekod, BN memerintah Terengganu dengan kelebihan hanya dua kerusi berbanding pembangkang di Dun yang mempunyai 32 kerusi, ketika Ahmad mengepalai kepimpinan negeri selepas PRU13.
    
Ketika itu, komposisi Dun menyaksikan BN menduduki 17 kerusi, Pas 14 dan PKR, satu. Ini menjurus kepada apa yang dipanggil "a gentleman's agreement" untuk Ahmad berundur setahun selepas menjadi menteri besar.
    
Menurut pemerhati itu, ini sememangnya merupakan satu "rahsia terbuka" apabila Ahmad menjadi menteri besar bagi penggal kedua setelah memegang jawatan itu sejak Mac 2008.
    
"Pertukaran menteri besar bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sudah ada persefahaman antara Ahmad Said dan pemimpin di peringkat pusat berhubung soal peralihan kuasa," jelas pemerhati politik itu.
    
Beliau turut menegaskan bahawa soal pelantikan menteri besar terletak di bawah budi bicara perdana menteri.
    
Peletakan jawatan Ahmad sebagai menteri besar dan pelantikan Adun Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman semalam telah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
    
Perkembangan politik itu menyaksikan komposisi terkini Dun Terengganu terdiri daripada 14 kerusi untuk BN, pembangkang 15 (Pas 14, PKR, satu) dan Bebas tiga.

Situasi itu dilihat memberi pengajaran kepada BN tentang keperluan memilih pemimpin yang benar-benar setia dan mengutamakan kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi.
    
Ketua Penerangan Umno Dmenegaskan kesetiaan dan ketaatan kepada parti adalah penting dalam menentukan jatuh bangun sesebuah parti politik di setiap peringkat termasuk negeri.
    
"Umno memerlukan pimpinan di semua peringkat berpegang kepada prinsip 'Bersatu, Bersetia, Berkhidmat' sebagaimana yang diungkap dalam slogan parti Umno," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
    
"Pemimpin datang dan pergi, namun perjuangan untuk bangsa, agama dan tanah air kekal selamanya," katanya.

Menurutnya, menteri besar yang baharu wajar diberi peluang melaksanakan tanggungjawabnya, termasuk mencari formula penyelesaian kepada kemelut itu.
    
"Pembubaran Dun adalah pilihan terakhir jika perundingan tidak mencapai kejayaan," katanya.
 
Menutur perkara sama, Pengarah Pusat Pembangunan Sosioekonomi Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof Dr Ibrahim Mamat berkata situasi politik di Terengganu terjadi akibat rasa tidak puas hati dan lebih bersifat peribadi.
    
"Pemilihan pemimpin itu penting, kita tak mahu pemimpin yang tinggalkan parti bila permintaan mereka tak dituruti," tegasnya.
    
Bagi pensyarah Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Md Shukri Shuib, tindakan Ahmad Said meletakkan jawatan serta keluar parti boleh dilihat sebagai mengkhianati dan memalukan BN di negeri yang kaya dengan hasil minyak dan gas itu.  
    
"Ini satu tindakan yang memalukan terutama ia berlaku hanya sehari selepas sambutan ulang tahun Umno ke-68," katanya.
    
Menurutnya, Ahmad Said wajar mencontohi bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh yang tetap setia berkhidmat kepada parti walaupun tidak dilantik meneruskan khidmatnya satu masa dulu.
    
Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara, Profesor Datuk Dr Zainal Kling berpandangan sikap tidak matang sesetengah wakil rakyat menyebabkan mereka sanggup "berpatah arang berkerat rotan" atau "kalah jadi abu, menang jadi arang", asalkan kekal berkuasa. 


Sumber - Bernama


Read more...

Saya Minta Tangguh Lepas Majlis Kahwin Anak untuk letak Jawatan, Tetapi Ditolak - Ahmad Said

Ahmad Said
PETALING JAYA: Keputusan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said keluar dari parti Umno ekoran rasa tidak puas hati terhadap permintaannya untuk meletakkan jawatan itu selepas melangsungkan majlis perkahwinan anaknya pada 17 Mei ini.
Dilaporkan bahawa Ahmad Said memohon kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangguhkan pertukaran itu namun ditolak atas alasan ia merupakan perkara peribadi.
Ahmad Said bertindak keluar dari Umno hanya beberapa jam selepas beliau meletakkan jawatan Menteri Besar Terengganu pada Isnin.
Ahmad Said dalam Astro Awani pada Selasa dipetik sebagai berkata, beliau meminta untuk penangguhan bukan kerana tidak mahu tetapi mahu menunggu sehingga selesai majlis perkahwinan anaknya.
"Tak cukup ke apa yang sudah saya lakukan selama 5 tahun berkhidmat sebagai Menteri Besar? Saya minta tangguh bukan tak mahu tetapi tunggu hingga majlis anak saya selesai.
"Kalau sudah tidak mahu saya lagi, saya keluarlah daripada Umno, InsyaAllah lepas ini tidak akan ada lagi kerajaan," katanya lagi. 
Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu.
Terdahulu, Najib memberi tempoh selama setahun kepada Ahmad Said memegang jawatan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said selepas negeri itu menang tipis pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei tahun lalu.
Difahamkan kira-kira dua minggu selepas PRU-13, Ahmad Said menandatangani surat persetujuan beliau akan memegang jawatan itu hanya selama setahun.
Selepas Ahmad Said, dua Adun lagi yang turut mengikut jejak beliau keluar dari Umno iaitu Adun Ajil, Ghazali Taib dan Adun Bukit Besi, Roslee Daud, dengan masing-masing bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.


Perkembangan terbaharu mengenai kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu adalah 14 kerusi Barisan Nasional (BN), Pas (14), Parti Keadilan Rakyat (1) dan Bebas (3).
mStar Online

Read more...

Terkini Krisis Politik Terengganu: Biar Rakyat Buat Keputusan - PAS

PETALING JAYA: Susulan keputusan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Terengganu mengumumkan keluar Umno meletakkan kerajaan negeri berkenaan berhadapan situasi genting sama ada  Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan atau pembangkang membentuk kerajaan baharu.
Terkini, daripada 32 kerusi DUN di Terengganu, BN mempunyai 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk 11 kerusi milik Umno, manakala Pakatan Rakyat mendapat 15 kerusi iaitu lebih satu kerusi apabila PAS memiliki 14 kerusi dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan satu kerusi.
Bagaimanapun, PAS Terengganu yang mengadakan mesyuarat khas berhubung kedudukan kerajaan negeri itu memutuskan supaya Menteri Besar Baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman menyerah kepada rakyat untuk memilih semula kepemimpinan negeri.
Menurut sumber, PAS sedang berurusan dengan kerabat diraja Terengganu yang juga ahli PAS meminta supaya pemilihan secara demokrasi dilaksanakan di negeri berkenaan.
"PAS tidak mahu Adun Umno lompat parti atau menjadi wakil rakyat Bebas, sebaliknya menyerahkan kuasa memilih kepada rakyat," katanya kepada mStar Online.
Mengulas isu sama, Penasihat Undang-Undang Ngeri, Datuk Azhar Abdul Hamid dikatakan mengeluarkan kenyataan kepada Bernama memaklumkan setakat ini BN masih kekal memerintah kerajaan Terengganu.
Beliau berkata, walaupun bilangan wakil rakyat BN berkurangan daripada 17 kepada 14 dan pembangkang mempunyai 15 ahli dalam dewan undangan negeri, speaker juga dikira sebagai wakil kepada kerajaan negeri yang memerintah dengan kedudukan kerusi 15:15:3.

Ternyata, keputusan Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said; Adun Ajil, Ghazali Taib dan terbaharu, Roslee Daud yang juga Adun Bukit Besi untuk menjadi wakil rakyat Bebas bakal mengubah senario politik negeri itu.

Dalam situasi ini, tentunya titah muktamad tetap pada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin kerana baginda yang akan memutuskan untuk bertemu mengadap sama ada Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS atau Ahmad Razif.

Sejak awal pagi lagi, pintu Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu dipenuhi pelbagai pihak termasuk media bagi mengetahui status terkini kerajaan negeri berkenaan.

Tentu sekali kemelut ini memberi tamparan hebat kepada Ahmad Razif yang kurang 24 jam mengangkat sumpah jawatan itu.

Difahamkan, beberapa Adun Umno yang juga penyokong setia Ahmad Said akan mengumumkan keluar Umno dalam masa terdekat.
Sumber mStar Online


Read more...

Isnin, 12 Mei 2014

Ahmad Said Letak Jawatan Menteri Besar Terengganu, Abdul Razif Angkat Sumpah Malam Isnin


PETALING JAYA: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said (Gambar) meletak jawatan pada Isnin dan penggantinya akan mengangkat sumpah pada malam ini.
Kekosongan jawatan Ahmad akan diganti oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman (gambar bawah).
Majlis angkat sumpah dijangka berlangsung pada pukul 8 malam di Istana Syarqiyyah di sini.
Ahmad Said yang menjadi Menteri Besar Terengganu selama dua penggal dikatakan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin petang ini.
Berikutan itu, perkembangan terbabit mengesahkan spekulasi bahawa Ahmad Said akan digantikan berikutan perjanjian dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau akan kekal hanya selama setahun selepas BN hampir kecundang di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tahun lalu.
BN menang 17 kerusi DUN berbanding Pakatan Rakyat 15 dan menang separuh daripada kerusi Parlimen di negeri itu.
Sumber mStar Online

Read more...

Sabtu, 26 April 2014

Malaysia Beri Sambutan Permaidaini Merah Kepada Obama

KUALA LUMPUR: Malaysia mengucapkan "Selamat Datang" kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dengan hamparan permaidani merah pada upacara sambutan rasmi bagi pemimpin Amerika itu di sini, Sabtu.
Obama sebelumnya mendarat di Kuala Lumpur untuk memulakan lawatan negara selama tiga hari ke negara Asia Tengggara ini yang mempunyai 30 juta penduduk.

Beliau disambut di Bangunan Parlimen di sini oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Turut hadir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selepas lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan, Obama memeriksa perbarisan kehormatan oleh 107 pegawai dan anggota dari Batalon Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diketuai Mejar Amriza Mohd Asshari. 

Lawatan Obama ke Malaysia, sebahagian daripada lawatan ke empat negara Asia, adalah yang pertama oleh seorang presiden Amerika Syarikat dalam tempoh 48 tahun sejak lawatan Presiden Lyndon B. Johnson pada 1966.

Obama sebelum ini melawat Jepun dan Korea Selatan. Negara terakhir yang akan dilawatinya dalam lawatan ke Asia ialah Filipina. 

Upacara sambutan di Dataran Parlimen dengan tembakan meriam 21 das.

Presiden Obama kemudian diperkenalkan kepada menteri-menteri Kabinet pada upacara sambutan yang juga dihadiri oleh anggota-anggota kor diplomatik.

Obama akan berlepas ke Pusat Pentadbiran Persekutuan di Putrajaya pada Ahad untuk mengadakan perbincangan dengan Najib sebelum bertolak ke Cyberjaya bagi pelancaran Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC) yang akan menjadi platform bagi para usahawan mengembangkan sayap mereka.

Jadual lain dalam lawatan Obama adalah mengadakan sesi perbincangan dengan pemimpin-pemimpin muda dari seluruh Asia Tenggara dan melawat Masjid negara

Sumber mStar Online

Read more...

Khamis, 17 April 2014

Karpal Singh meninggal dunia kemalangan Jalan raya


PETALING JAYA: Pengerusi DAP, Karpal Singh, 74, maut dalam kemalangan ngeri di kilometer 301.6 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Gua Tempurung kira-kira pukul 1.30 pagi Khamis.

Ahli Parlimen Gelugor itu dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu kes mahkamah.

Anaknya yang juga Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo ketika dihubungi menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) mengesahkan Karpal maut ditempat kejadian.

Turut terkorban ialah pembantu peribadi Karpal iaitu Michael Cornandez.

Sementara itu seorang lagi anak ahli politik veteren berkenaan, Ramkarpal turut dilaporkan cedera dalam insiden tersebut.

Maklumat awal mendapati kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal melanggar sebuah lori hingga menyebabkan kenderaan berkenaan rosak teruk.

Beberapa ahli politik termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Twitternya turut menyatakan takziah atas kematian Karpal.

"Kita kehilangan seorang rakan, pejuang yang tidak tahu erti penat serta seorang lagenda keadilan... takziah kepada keluarga," tulis Anwar di Twitternya.
Sumber

Read more...

Khamis, 3 April 2014

Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli Tekad Jatuhkan Papagomo

Papagomo (kiri) dan Rafizi.

KUALA LUMPUR: Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli akan berusaha sedaya upaya untuk menjatuhkan Papagomo dengan mendedahkan identitinya dan kemudian membuat laporan polis dan menfailkan saman terhadap blogger Umno kontroversi itu.

Identiti Papagomo sebelum ini yang menjadi misteri telah terbukti apabila nama Wan Muhammad Azri Wan Deris terdapat dalam soalan bertulis yang dikemukakan kepada Kementerian Pertahanan oleh Ahli Parlimen Pandan itu di Parlimen pada Rabu.

"Di Parlimen, Menteri Pertahanan mengesahkan bahawa orang yang bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris telah menaiki kapal selam Scorpene pada 9 Disember 2011 bersama-sama dengan petugas media," kata Rafizi, Khamis.

"Maklumat ini juga telah tersebar secara meluas dalam talian, termasuklah di dalam Umno blog sendiri mengenai Papagomo yang telah secara bongkaknya memasuki kapal Scorpene," katanya.

Rafizi menjelaskan bahawa implikasi daripada dapatan beliau itu juga akan dapat membuatkan Wan Muhammad Azri terperangkap dalam kes sumpah bohong.

"Ketika memberikan testimoni dalam saman Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibawa terhadap Papagomo, Wan Muhammad Azri berkata di mahkamah bahawa dia tidak pernah berada dalam kapal selam Scorpene.

"Jawapan oleh Menteri Pertahanan telah mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri telah berbohong dengan sumpah," katanya.

Rafizi dan Ahli Parlimen Padang Serai akan membuat laporan polis di balai polis Dang Wangi terhadap Wan Muhammad Azmi kerana melakukan sumpah bohong, kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan pada 8 April.

Rafizi juga akan memfailkan saman sivil terhadap Wan Muhammad Deris kerana memfitnah beliau dengan mendakwa Rafizi dipecat oleh Petronas keranan membuat tuntutan palsu apabila beliau meninggalkan syarikat minyak dan gas negara pada tahun 2009.

Pada Februari, Anwar menang RM850,000 saman terhadap Wan Muhammad Azri berhubung 'posting' fitnah di blog.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Rosilah Yop dalam penghakimannya juga mendapati Wan Muhammad Azri juga orang yang sama dengan Papagomo .

Sumber mStar Online


Read more...

Rabu, 2 April 2014

Status perkahwinan Nurul Izzah ditentu 12 Jun


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim diperintah oleh Mahkamah Syariah di sini bagi melantik jawatankuasa pendamai berhubung kes penceraian pasangan itu.

Wakil plantif (Nurul Izzah) bagi ahli jawatankuasa pendamai hadir ke mahkamah tetapi pihak defendan (Raja Ahmad Shahrir Iskandar) tidak hadir ke mahkamah pada Selasa.
Hakim Mahkamah Syariah, Ab Malek Awang, yang mengendalikan kes berkenaan, menetapkan 17 April bagi kedua-dua pihak membawa ahli jawatankuasa pendamai dan 12 Jun bagi tarikh pembentangan laporan mengenai keputusan jawatankuasa itu.
Nurul Izzah tiba di Mahkamah Syariah Jalan Duta sebelum 9 pagi, ditemani dua yang lain manakala suaminya tiba di mahkamah sejam selepas itu bersama peguamnya.
Kes tersebut, yang diadakan di dalam kamar tertutup, disebut buat pertama kali di hadapan hakim yang sama pada 21 Januari lalu.
Peguam Normawaddah Ramli mewakili Nurul Izzah dan peguam Zulkifli Che Yong mewakili Raja Ahmad Shahrir Islandar, yang menggantikan Muhamad Nakhaie Ishak pada 11 Mac.
Jawatankuasa pendamai, dipengerusikan oleh seorang pegawai jabatan agama Islam bersama wakil-wakil yang dilantik oleh kedua-dua pihak, diperlukan oleh mahkamah bagi membantu kedua-dua pihak dalam membuat keputusan dengan persetujuan bersama.
"Jawatankuasa itu merupakan satu keperluan dalam kes cerai ini. Sebaik sahaja kes cerai difailkan dan menerima kebenaran daripada mahkamah, dan jika salah seorang pihak tidak bersetuju dengan penceraian itu, maka jawatankuasa pendamai perlu diwujudkan," kata Zulkifli.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berusia 34 tahun itu memfailkan petisyen cerai terhadap suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar, 35, di Mahkamah Syariah pada akhir Disember tahun lepas di bawah Seksyen Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Raja Ahmad Sharir Iskandar menerima petisyen fasakh pada 16 Januari tahun ini.
Pasangan itu, berkahwin pada 9 Mei 2003, dan dikurniakan seorang anak perempuan berusia tujuh tahun dan seorang anak lelaki empat tahun.
Sumber mStar Online


Read more...

Ahad, 23 Mac 2014

KEPUTUSAN RASMI PRK N25 DUN KAJANG 23 MARCH 2014


Keputusan Rasmi PRK DUN Kajang 23 Mac 2014 Selangor

Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menang PRK Kajang dengan undi 11,362 undi mengatasi calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun yang mendapat 16,741 undi. Majoriti yang diterima adalah 5,379.

Bilangan Undi: 11362
Majoriti: -
Status: Keputusan Rasmi
Rumusan: Barisan Nasional (BN) tewas di Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kajang


Bilangan Undi: 16741
Majoriti: 5379
Status: Keputusan Rasmi
Rumusan: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menang di PRK DUN Kajang
Keputusan undian Rasmi PRK DUN Kajang telah diumumkan oleh Pengurus Pilihan Raya PRK DUN Kajang, Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman.

Sumber: Keputusan Rasmi Pilihanraya Kecil DUN Kajang 23 Mac 2014 | melvister.com 
KAJANG - Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini dijangka diumumkan selewat-lewatnya pukul 9 malam, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh.
"Sekiranya proses pengundian dan pengiraan undi berjalan lancar pada hari berkenaan, keputusannya akan dibuat paling lewat pun pukul 9 malam," katanya pada sidang akhbar selepas melawat pusat pengundian awal di Rumah Perkep Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini semalam.
APDATE


Gambar gambar sekitar di pusat mengundi  PRK N25 DUN KAJANG

Read more...

Sabtu, 22 Mac 2014

'Bomoh bubu jangan suka-suka nak tampar orang' - Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim

KAJANG - "Awak bomoh bubu, baling kelapa cukup, jangan tampar orang," demikian kata-kata sinis Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap tindakan Ibrahim Mat Zin yang sering kali mengugut untuk menampar mereka yang mempertikaikan tindakannya.  

Anwar dalam nada kesal berkata, tindakan Ibrahim menggunakan bubu kononnya untuk membantu mencari MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu, sangat memalukan.

Malah katanya, ekoran perbuatan Ibrahim yang menggelarkan dirinya sebagai Raja Bomoh Nujum Sedunia VIP itu, Malaysia tiba-tiba menjadi 'terkenal' secara tiba-tiba.



Ibrahim Mat Zin

"Tindakan awak sangat memalukan. Awak tidak sepatutnya ingin menampar orang lain.

"Baru-baru ini saya dapat telefon daripada anak Sheikh  Yusuf al-Qardawi, beliau tanya apa yang Malaysia telah lakukan.

"Guna kelapa, bubu untuk cari MH370, ianya sangat memalukan, tetapi saya kata jangan tanya saya, saya tidak tahu menahu pasal bomoh ini," katanya ketika ceramah Reformasi 2.0 di Stadium Kajang, malam tadi.

Oleh itu, Anwar berharap agar MH370 terus berada dalam keadaan selamat dan segera ditemui.

Ibrahim sebelum ini membidas tindakan Anwar yang menggunakan namanya ketika berkempen di PRK Kajang malah tidak menolak untuk memfailkan saman malu terhadap Ketua Umum PKR itu.

Terdahulu, Ibrahim mahu menampar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kerana menggesa agar beliau ditangkap.

Ibrahim pada 10 Mac mendapat perhatian meluas apabila muncul di balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan dua batang buluh dan satu bubu.

Bubu itu diletakkannya di atas kepala seorang lelaki yang hadir di situ dan beliau menggunakan dua batang buluh berkenaan sebagai teropong untuk meninjau ke arah bubu berkenaan sambil membaca surah Yassin kononnya untuk mencari di manakah pesawat MH370 yang gagal dikesan.


Sumber sinar harian


Read more...

Jumaat, 7 Mac 2014

Anwar Ibrahim Didapati Bersalah LIWAT Saiful Bukhari

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika hadir di Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Jumaat.
PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan di sini, pada Jumaat terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Semasa membenarkan rayuan pihak pendakwaan, Hakim Datuk Balia Yusof Wahi berkata Hakim Mahkamah Tinggi telah khilaf dalam membuat penghakimannya bahawa sampel DNA telah dicemari.
Mahkamah Rayuan telah memberi tempoh sejam kepada peguam Karpal Singh untuk menyediakan mitigasi bagi Anwar, sebelum mahkamah bersidang semula pada pukul 6.15 petang ini untuk menjatuhkan hukuman.
Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir mendengar keputusan kes liwat di Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Jumaat.
Pihak pendakwaan merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan 2012, yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Semasa melepas dan membebaskan Ketua Umum PKR itu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata mahkamah tidak 100 peratus pasti mengenai kewibawaan sampel yang diambil untuk ujian DNA daripada Mohd Saiful kerana sampel berkenaan telah dicemari sebelum ia tiba di Jabatan Kimia untuk dianalisis. 
- BERNAMA(mStar Online)

Read more...

Isnin, 3 Mac 2014

AHLI POLITIK BERSTATUS JANDA DITANGKAP KHALWAT DI BILIK HOTEL

imej
KANGAR: Seorang ahli politik ditangkap khalwat bersama dengan seorang lelaki yang sudah berkahwin oleh Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips).
Ahli politik itu, 30, yang merupakan seorang janda ditangkap khalwat bersama seorang ahli perniagaan berusia 47 tahun di sebuah bilik hotel dalam satu serbuan pada pukul 1.30 pagi Isnin.
Sumber memberitahu bahawa serbuan itu dilakukan berdasarkan maklumat, sambil menambah bahawa ahli politik itu berpakaian lengkap manakala lelaki tersebut hanya bertuala dan berkemeja-T.
"Kedua-dua mereka memberi kerjasama dengan pegawai jabatan agama Islam dan memberitahu bahawa mereka berdua bukan pasangan berkahwin. Mereka kemudiannya dibawa ke ibu pejabat polis daerah di mana satu laporan dibuat.
"Mereka disiasat di bawah Seksyen 9(1)(1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah, yang mengendakan denda RM5,000, penjara selama tiga tahun, atau kedua-duanya sekali, sekiranya didapati bersalah," kata sumber itu.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superitendan Abdul Rahman Mohd Noordin ketika dihubungi mengesahkan satu laporan polis telah dibuat berhubung insiden oleh pegawai Jaips.
mStar Online

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP