GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label Review. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Review. Papar semua catatan

Rabu, 17 Julai 2013

Alvin Tan dan Vivian Lee tak ada akal, kata Tun M

Alvian dan Vivian - Foto Bernama

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perbuatan pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan boleh menjejaskan keharmonian dalam kalangan masyarakat.

Menyifatkan pasangan itu sebagai tidak bertanggungjawab, Dr Mahathir berkata provokasi bersabit agama sehingga mengguris sensitiviti rakyat pelbagai kaum, khususnya umat Islam tidak seharusnya dibuat kerana ia dikhuatiri boleh menjurus kepada rusuhan dalam kalangan rakyat.

"Kata benda-benda yang menyakitkan hati orang mungkin orang akan balas...nanti jadi bermusuhlah. Ini orang yang tak ada akal, bodoh yang tidak boleh diajar," katanya.

Dr Mahathir bercakap kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama warga Proton di Shah Alam malam tadi dan berpendapat hukuman keras harus ke dikenakan terhadap pasangan itu, sebagai pengajaran.

"Jika tidak boleh dibuang negeri, mungkin tindakan lain boleh dikenakan. Tetapi saya ingat undang-undang tidak benarkan kita lucut kewarganegaraan," katanya ketika ditanya mengenai cadangan supaya pasangan itu dilucut kewarganegaraan.

Pasangan itu sebelum ini dikecam ramai setelah memuat naik gambar mereka menikmati bak kut teh (sup tulang babi) berserta kapsyen yang menyentuh sensitiviti umat Islam di laman sosial Facebook.

Pada majlis itu, Dr Mahathir turut menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 18 orang balu, anak-anak pekerja Proton dan 53 anak-anak yatim daripada Pusat Jagaan Baitul Hidayah


 - Bernama (sinarharian)


Read more...

Jumaat, 12 Julai 2013

Video : Katil termahal dalam Dunia

Katil buatan Savoir Beds ini boleh jadi merupakan Katil termahal di dunia. Harganya pun tidak kepalang, mencapai USD175.000 .

Bentuk Katil ini terinspirasi dari Katil keluarga kerajaan Inggeris abad ke-17. Untuk bahagian katil, khusus dibuat dari rambut ekor kuda yang berasal dari Amerika Latin.

Managing Director Savoir Beds, Alistair Hughes menjelaskan, untuk membuat tempat tidur super mewah ini diperlukan waktu hampir 700 jam. Diperlukan keahlian yang luar biasa untuk mencipta mahakarya ini, tuturnya.

"Tempat tidur ini juga disiapkan selama 70 jam oleh perancang dari Royal School of Needlework, yang membuat gaun pengantin Kate Middleton," urai Hughes, seperti dikutip dari huffingtonpost.

Kendati tidak murah, namun Hughes mengatakan tempat tidur ini adalah pelaburan yang mampu bertahan ratusan tahun. Jika dikira, tambahnya, hanya memerlukan pelaburan beberapa poundsterling per hari.

Tempat tidur mewah ini hanya dibuat sebanyak 60 buah untuk memperingati 60 tahun bertahtanya Ratu Elizabeth II. Berita yang beredar, pembeli berpotensi tempat tidur ini berasal dari keluarga kerajaan Inggeris, yang tak lain adalah Ratu Elizabeth II sendiri.

* Sumber VIVAnews.com

Read more...

Rabu, 5 Jun 2013

Kucing ditangkap kerana seludup telefon bimbit ke dalam penjara

SEORANG wardar memegang seekor kucing yang digunakan untuk menyeludup beberapa buah telefon bimbit dan alat pengecas ke dalam sebuah penjara dekat bandar Syktyvkar pada Jumaat lalu.

SYKTYVKAR, Rusia - Seekor kucing telah ditangkap oleh beberapa wardar kerana haiwan itu digunakan untuk menyeludup beberapa buah telefon bimbit dan alat pengecaj ke dalam sebuah penjara dekat sini.


Beberapa wardar yang meronda di penjara itu menemui seekor kucing yang memanjat sebuah pagar dan terdapat beberapa barang pada badannya.
Selepas mendekati haiwan itu, wardar-wardar tersebut mendapati ia membawa beberapa buah telefon bimbit dan alat pengecas.
Beberapa buah telefon bimbit dan alat pengecas itu didapati diikat pada perut haiwan tersebut.
Menurut pihak Perkhidmatan Penjara Persekutuan Republik Komi kelmarin, kejadian tersebut berlaku pada Jumaat lalu.
Penjara itu terletak 1,000 kilometer dari timur laut Moscow. 
- Agensi (kosmo!)


Read more...

Jumaat, 3 Mei 2013

"Wajah Tua" Putera William dan Kate Beredar


Foto Will dan Kate di masa tua (Foto: Orange)

LONDON - Dua seniman berasal Inggris mencipta sebuah potret anggota kerajaan Inggeris yang akan dilihat dalam 50 tahun yang akan datang. Potret tersebut cukup unik untuk dilihat.

Nickolay Lamm dan Nikolett Meresz membuat sebuah potret Duke dan Duchess of Cambridge atau Pangeran William dan Kate Middleton di saat mereka telah berusia 80 tahun.

Lamm dan Meresz mencipta gambar tersebut untuk meraikan ulang tahun perkahwinan kedua-dua pasangan baru kerajaan ini.

"Potret ini menggambarkan Putera William dan Kate akan hidup panjang dan bahagia bersama selama-lamanya," Kata Lamm, seperti dikutip Orange, Jumaat (3/4/2013).

Kedua-dua artis itu menggambakan William dan Kate yang dipenuhi keriput dan rambut yang sudah dipenuhi dengan uban. Namun potret memperlihatkan perubahan wajah yang tidak terlalu berbeza dengan wajah keduanya di masa kini.

* Sumber okezone.com


Read more...

Sabtu, 13 April 2013

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib lakar sejarah PDRM


GAMBAR fail menunjukkan Hamza (tengah) melihat kesan kemusnahan di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu, Sabah.

KUALA LUMPUR – Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib melakar sejarah sebagai ketua polis negeri pertama yang dianugerahkan pangkat Komisioner Polis (CP) dalam pasukan Polis Diraja Malaysia.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Bukit Aman, Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yusoof berkata, kenaikan pangkat daripada Deputi Komisioner Polis (DCP) itu telah diluluskan oleh Suruhanjaya Pasukan Polis Diraja Malaysia (SPP) berkuat kuasa semalam.
“Beliau merupakan ketua polis negeri yang pertama memangku pangkat CP dalam PDRM,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Lazimnya, ketua polis negeri memegang pangkat DCP manakala pangkat CP dipangku oleh Pengarah di lapan buah jabatan utama di Bukit Aman.
Antara pengarah yang menjawat pangkat CP termasuk Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Noor Rashid Ibrahim, dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Syed Ismail Syed Azizan.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Read more...

Rabu, 10 April 2013

Rekod Pecah 142 biji Telor hanya 1 Minit



Foto : Aksi Damerow pecahkan telur (True TV)

TEXAS - Seorang lelaki bernama Scott Damerow memecahkan rekod Guinness Book of World Record setelah ia berjaya menyelesaikan 142 butir telur dengan kepala dalam masa satu minit.

Pemuda asal Corpus Christi, Texas, Amerika Syarikat (AS) ini berjaya menyelesaikan 142 butir telur dengan kepalanya. Aksi Damerow ini disiarkan oleh salah satu televisyen tempatan pada Mac silam. Damerow berjaya memecahkan rekod sebelumnya dari 130 butir telur. Demikian, diberitakan Huffington Post, Rabu (10/4/2013),

Dalam video tersebut, Damerow bergerak dengan cepat apabila memecahkan telur itu, kemudian penonton bersorak-sorai memberi semangat padanya. Bekas bintang bola sepak di sekolahnya ini bercita-cita untuk menorehkan namanya di Guinness Book of World Records.

"Saya sudah terbiasa menyundul bola, jadi saya fikir mungkin saya boleh memecahkan rekod dengan menggunakan kepala saya juga," kata Damerow.

"Kepalaku terasa mati rasa. Saya bahkan tidak menyedari kepala saya terluka kerana kulit telur itu. Saat itu adrenalin saya begitu memuncak," tambahnya.

Seperti diketahui rekod memecahkan telur ini pernah diraih oleh lelaki asal Itali pada 2009 silam. Lelaki Itali itu berjaya menyelesaikan 49 telur dengan jari-jari kakinya dalam satu minit.

* Sumber okezone.com


Read more...

Khamis, 4 April 2013

Terbaru, Baju dalam kalis r0gol dicipta

Pakaian dalam dihasilkan penuntut kejuruteraan India didakwa mampu menghalang jenayah seksual itu.

New Delhi: Sekumpulan penuntut kejuruteraan di India mencipta baju dalam antirogol yang didakwa mampu menghalang jenayah rogol dan serangan seksual lain.

Baju dalam perlindungan itu dicipta untuk mengalirkan sehingga 82 kejutan elektrik kepada bakal penjenayah apabila pengesan tekanan pada bahan itu mengesan sebarang jenis paksaan. 

Pakaian dalam yang dibantu teknologi itu, dinamakan sebagai Society Harnessing Equipment (SHE), juga boleh memberi amaran kepada polis, keluarga atau rakan, menerusi sistem pengesanan global (GPS) yang dipasang. 


“Pakaian dalam dengan sistem pengesanan global, sistem global bagi komunikasi telefon bimbit (GSM) dan pengesan tekanan mampu mengalirkan arus kejutan sehingga 3,800 kilovolt selain memberi amaran kepada ibu bapa dan polis.

“Penjenayah yang cuba mencabul gadis akan menerima kejutan dalam hidupnya sebaik pengesan tekanan diaktifkan manakala modul GPS dan GSM akan menghantar pesanan kepada nombor kecemasan India selain kepada ibu bapa mangsa,” kata Manisha Mohan, yang membantu membangunkan produk itu kepada Times of India. 


- AGENSI (BH)

Read more...

Selasa, 2 April 2013

Awas! Buku haram, percuma di online


ADA sesetengah laman web memudahkan pengguna memuat turun buku percuma secara online.

KUALA LUMPUR – Percaya atau tidak, beberapa penerbitan yang telah diharamkan penjualannya di Malaysia begitu mudah didapati dengan cara muat turun melalui internet.
Contohnya buku berjudul Allah, Liberty and Love karya Irshad Manji yang diharamkan kerana memesongkan akidah umat Islam kini mudah didapati percuma secara dalam talian.
Irshad, seorang warganegara Kanada merupakan seorang wanita berfahaman Islam liberal yang memperjuangkan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual.
Tinjauan Kosmo! mendapati beberapa laman sesawang boleh diakses untuk mendapatkan maklumat berkaitan buku yang dihalang cetakannya oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu seterusnya memuat turun salinan lengkap naskhah haram tersebut.
Mengulas perkembangan itu, ahli akademik yang juga perunding bebas dalam bidang komunikasi, Dr. Narimah Ismail (gambar kecil) menggambarkan betapa bahaya senario bahan bacaan online yang mengandungi unsur-unsur bertentangan dengan agama dan sosiobudaya tetapi boleh diakses tanpa sebarang sekatan.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Read more...

Rabu, 27 Mac 2013

Rambut Mohawk pula dijadikan Media untuk Iklan


Iklan di rambut mohawk (Foto: Oddcity)

FLORIDA - Gaya rambut anak punk rock yang biasa dikenali dengan gaya rambut "Mohawk" ini menjadi trend dikalangan anak-anak muda di Florida, Amerika Syarikat (AS). Namun sekumpulan pemuda menjadikan rambut mohawknya sebagai papan iklan.

Salah satu anggota kumpulan yang menamakan dirinya Mohawk Gaz, Gasmy Joseph mengatakan bahawa ia telah bertahun-tahun menyukai model rambut nyentrik ini. Namun, baru satu tahun ini kelompok Mohawk Gaz mencari potensi sesungguhnya dari tatanan rambut unik tersebut.

Baca juga -- muka dijadikan tapak iklan ( siNi )

Banyak syarikat iklan yang meminta mereka mengiklankan sebuah acara atau suatu produk di kepala mereka dengan melukis rambut Mohawk mereka. Mohawk Gaz membuat laman peribadi yang memaparkan foto-foto untuk mempromosikan bisnin baru mereka ini. Demikian diberitakan Oddity Central, Selasa (26/3/2013).

Namun, aksi anak-anak muda kreatif ini tidak hanya mementingkan wang saja, melainkan untuk menyalurkan kreativiti mereka.

Mohawk Gaz telah membuat pelbagai reka bentuk iklan, seperti potret Marilyn Monroe, Mona Lisa atau Iris Kimbo. Gaya rambut yang paling mengesankan sejauh ini adalah sebuah papan basket dengan ring basket melekat di kepala yang dikenakannya pada perlawanan NBA, akisnya itu telah menarik perhatian yang besar setakat ini.

Gasmy mengatakan bahawa iklan yang dilakarkan di kepalanya itu berlangsung hanya seminggu, tapi dia boleh mengubah reka bentuk hingga tiga kali satu minggu, jika mempunyai pelanggan yang berbeza.

Mohawk Gaz bukanlah yang syarikat pertama yang menggunakan kepalanya untuk tujuan pengiklanan. November lalu, seorang usahawan, Brandon Chicotsky melancarkan Logo Bald, sebuah perkhidmatan yang membolehkan syarikat untuk menggunakan kepalanya yang botak sebagai billboard berjalan.

* Sumber okezone.com


Read more...

Sabtu, 23 Mac 2013

Apa itu Earth Hour?


Apa itu Earth Hour?

Seperti yang semua tahu, Earth Hour ni adalah global event yang dibuat oleh World Wildlife Fund (WWF) disebabkan oleh perubahan iklim yang drastik. Tahun-tahun sebelum ini, boleh dikatakan Earth Hour ini berjaya kerana telah banyak negara turut serta  dengan menutup lampu di bangunan – bangunan yang menjadi mercu tanda negara mereka.

Serba sedikit sejarah mengenai Earth Hour ini adalah ianya bermula pada 31 Mac 2007 di Sydney, Australia dimana seramai 2.2 Juta penduduk Sydney menutup lampu pada pukul 7.30 malam waktu tempatan. Tahun 2008 pula Earth Hour diadakan pada 28 Mac 2008 di mana sebanyak 35 negara dan 400 bandar telah menyertai program ini dan menutup lampu dari pukul 8 hingga 9 malam.

Setahun selepas itu Earth Hour diteruskan juga pada 28 Mac 2009 di mana kali ini kira-kira 88 negara dan 4,159 bandar (10 kali ganda daripada jumlah pada tahun 2008) menyertai Earth Hour. Pada tahun 2010, Earth Hour berlangsung pada 27 Mac 2010 di mana ia dikatakan Earth Hour terbesar dengan penyertaan 126 negara seluruh dunia.

Ada beberapa kebaikan dalam Earth Hour ni dan antaranya adalah :

§  Menjimatkan elektrik  - bayangkan berapa banyak jumlah penggunaan elektrik berjaya dikurangkan terutamanya di pusat-pusat bandar. Sekaligus mengurangkan suhu bumi yang                                         kian meningkat kini.

§  Menginsafkan diri        - dulu datuk nenek moyang kita hidup tanpa elektrik membesarkan orang tua kita. Betapa susahnya kan? Kita patut bersyukur dilahirkan dalam keadaan
                                         serba lengkap

§  Mengingatkan kita - bahawasanya bumi ini memerlukan jagaan kita. Jadi janganlah kita membazirkan sumber yang ada, merosakkan apa yang ada di muka bumi ini, dan lupa                                           akan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini.

Tutup suis lampu pada jam 8.30 – 9.30 malam, 23 Mac 2013 ( Sabtu). Jangan lupa tau…

“Bumi ini tidak diwarisi daripada nenek moyang, bahkan kita meminjamnya daripada generasi akan datang”

* Sumber


Read more...

Tato di wajah Lelaki Ini untuk Iklan Laman Web Porno


Wajah penuh iklan porno (Foto: ABC News)

LONDON - Seorang Lelaki rela membiarkan wajahnya ditato untuk dijadikan billboard laman porno di internet. Dia terpaksa melakukannya demi mendapatkan wang.

Billy Gibby, bersedia wajahnya ditato dengan nama "Hostgator Dotcom" sebuah logo untuk laman porno setelah ia dibayar dengan kisaran wang sebanyak USD75.

Seperti dilansir Salon, Sabtu (23/3/2013), keputusannya untuk mentato wajahnya tersebut kerana dia sangat memerlukan wang untuk membayar wang sewa rumah dan kos kehidupan keluarganya.

Namun, saat ini Gibby merasa sangat menyesal atas tindakan nekatnya itu. Gibby mengatakan bahawa dirinya sekarang menderita gangguan bipolar di mana suasana hati seseorang boleh berubah dengan cepat.

Gibby berharap dapat menghapuskan 20 tatu yang menutupi wajahnya itu. Tetapi, untuk membayar operasi laser Gibby memerlukan kos yang sangat mahal.

Lelaki malang itu memerlukan pekerjaan yang lebih baik. Tetapi kerana tatu di wajahnya kemungkinan kecil dia boleh diterima bekerja.

* Sumber okezone.com


Read more...

Khamis, 21 Mac 2013

SPM 2012: Kebanyakan Negeri Catat Keputusan Baik


PUTRAJAYA: Seramai 15,793 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran, peningkatan 0.13 peratus berbanding 15,079 calon pada 2011.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud berkata, 13,721 
daripada calon itu adalah calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) yang meningkat daripada 12,970 calon tahun sebelumnya, dan 2,072 calon lagi ialah calon sekolah bukan KPM, yang mengalami penurunan berbanding 2,109 tahun sebelumnya. 

"Di samping itu, 481 calon iaitu 438 calon sekolah KPM dan 43 calon
sekolah bukan KPM berjaya memperoleh gred A+ iaitu Cemerlang Tertinggi bagi semua mata pelajaran yang diduduki," katanya mengumumkan Analisis Keputusan SPM 2012, di sini, hari ini. 
Abd Ghafar berkata, 844 calon berkeperluan khas menduduki peperiksaan SPM tahun lalu berbanding 662 calon pada tahun sebelumnya, iaitu pertambahan 27.5 peratus. 

Beliau berkata, daripada jumlah itu tiga calon rabun dan dua calon lain jenis kecacatan (Attention Deficit Disorder dan High Spectrum Autism) mendapat sekurang-kurangnya gred A- (Cemerlang) dalam semua mata pelajaran yang diduduki 

Seramai 472,541 calon mendaftar untuk menduduki SPM 2012, pertambahan 0.8 peratus berbanding 468,808 calon tahun sebelumnya. Daripada jumlah itu, 415,530 adalah calon sekolah KPM. 

Peperiksaan bertulis SPM 2012 dijalankan dari 5 November hingga 6 Disember tahun lalu, di 3,590 pusat peperiksaan, membabitkan 30,239 petugas dan 22,930 pemeriksa. 

KPM turut menggunakan khidmat pakar pentaksiran dari luar negara termasuk daripada Cambridge International Examinations (CIE), United Kingdom, National Institute for Educational Measurement (Cito), Belanda dan Education Development International (EDI), United Kingdom, bagi memastikan peperiksaan itu mendapat pengiktirafan antarabangsa.
* Sumber myMetro

Read more...

Khamis, 14 Mac 2013

Hanis Zalikha Tetap Kongsi Kisah Dalam Blog


Hanis memberitahu tidak akan meninggalkan minatnya menulis blog walaupun telah bergelar pengacara dan pelakon.
KUALA LUMPUR: Pelakon Hanis Zalikha tidak akan meninggalkan dunia penulisannya menerusi blog walaupun dia semakin sibuk dengan pelbagai aktiviti seni.
Hanis, 23, yang juga pengacara program Mad Markets di TV9 berkata, pengalaman sebagai pelakon dan pengacara telah memberikannya lebih banyak input untuk mengemas kini blog miliknya.
"Sejak bergelar pengacara dan pelakon semakin banyak topik yang ingin saya kongsi bersama pembaca dan saya tidak akan berhenti menulis.
"Walaupun sibuk saya tetap akan meluangkan masa untuk mengemas kini blog saya kerana ia adalah minat utama saya," jelasnya kepada mStar Online.
Blognya boleh diikuti menerusi; inibelogsaya.blogspot.com.
Sementara itu mengenai peluang diberikan Astro kepadanya sebagai artis terbaharu di bawah syarikat penyiaran berkenaan Hanis berkata, dia teruja dengan tawaran itu kerana kerjayanya boleh berkembang ke tahap lebih tinggi.
Katanya, perancangan yang disusun oleh Astro telah memikat hatinya untuk menerima pelawaan itu.
"Walaupun masih baru saya yakin Astro dapat menyusun kerjaya saya dengan baik," ujarnya.
Ditanya adakah dia sudah bersedia untuk menempuh dugaan sebagai seorang selebriti, Hanis berkata, segala-galanya akan berjalan dengan baik sekiranya dia pandai menjaga diri.
Hanis sebelum ini pernah muncul dalam filem Gangster Celop selain beberapa buah drama seperti Memberku Hawa dan Mariam Kampung Putat.
Dia juga aktif sebagai pengacara untuk program seperti Mad Markets, Ulasan Novel SPMdan Carta Tip Top SPM untuk Astro Tutor.
* Sumber mStar Online

Read more...

Ahad, 3 Mac 2013

Kini ada Pengilat kuku baru boleh dibawa solat


Syarikat Poland bantu Muslimah berdandan 
Pengilat kuku O2M adalah yang pertama membenarkan udara dan lembapan kena kuku. - Foto AGENSI
London: Bagi wanita Islam seperti Zaida Saleh yang menghayati kehendak agama, merapi kuku atau 'manicure' memberi masalah. 
Dia melakukan solat lima kali sehari dan sebelum menunaikannya, dia perlu mengambil wuduk sedangkan pengilat kuku menghalang air mengenai kuku. 


Bagi mengatasi dilema ini, sebuah syarikat Poland, Inglot, memperkenal sejenis pengilat kuku baru yang membenarkan air kena pada kuku. 

Patuhi syariah 

Syarikat dan orang Islam tertentu berkata, pengilat itu adalah yang pertama membenarkan udara dan lembapan melalui kuku. 

Produk itu dicari wanita Islam sejak beberapa bulan kebelakangan ini selepas seorang ulama di Amerika Syarikat yang menguji kadar resapan, menerbitkan satu artikel mengatakan mengikut pandangannya, ia mematuhi ketetapan syariah. 
Berita mengenai pengilat kuku itu sejak beberapa bulan kebelakangan ini tersebar dengan cepat di internet dan meningkatkan jualan produk, digelar O2M, untuk oksigen dan lembapan. 

Pengilat kuku itu kini berada dalam senarai satu daripada pencapaian sepanjang hayat terakhir buat Wojciech Inglot, ahli kimia Poland dan usahawan yang membangunkannya. 

Ia dianggap sebagai alternatif lebih sihat berbanding enamel kuku tradisional, yang menghalang laluan lembapan dan oksigen ke dalam kuku. 

Terima anugerah 

Beliau meninggal dunia secara tiba-tiba Sabtu lalu pada usia 57 tahun selepas mengalami pendarahan dalaman dan disemadikan di tempat asalnya di Przemysl. 

Inglot menjadi penerima beberapa anugerah kepemimpinan perniagaan selepas mengambil alih satu perniagaan yang dimulakannya pada 1983 apabila Poland masih berada dalam pemerintahan komunis dan menukarnya hingga berjaya di peringkat antarabangsa. 

Satu anugerah dari Poland yang diterimanya tahun lalu memujinya kerana ‘membuktikan bahawa Poland adalah sebuah negara yang mana teknologi inovatif disesuaikan dengan kecantikan.’ - AGENSI
* Sumber BH

Read more...

Ahad, 24 Februari 2013

Pelakon Uzur kini Sudah ada Calon Isteri


Kuala Lumpur: Dia masih muda, ‘bergetah’ dan bergaya, tetapi wanita berusia 23 tahun ini sanggup menjadi calon isteri pelakon radio popular 1970-an hingga 1980-an, Ibrahim Othman, 83, yang kini terlantar di Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia (Fikrah), Sungai Sekamat, Kajang, dekat sini.
Bagi Shaliana Mohd Misnan, dia bukan mengejar harta dan wang, sebaliknya yakin mampu memenuhi kriteria calon isteri warga emas itu kerana pernah menguruskan arwah suaminya yang menderita akibat barah, beberapa tahun lalu.
Tambahan pula, jarak usianya dengan arwah suami hampir 30 tahun. Mereka berkahwin selama empat tahun.
SHALIANA (kanan) ada pengalaman menguruskan arwah suami yang menghidap barah. Dia bersama bapanya, Mohd Misnan ketika ditemui wartawan Metro Ahad.

Ibu tunggal yang mempunyai seorang anak ini berkata, pengalaman menjaga arwah suaminya yang sakit membentuk sifat penyabar biarpun jodoh mereka tidak panjang apabila arwah menghembuskan nafas terakhir di sisinya, dua tahun lalu.
“Saya tawarkan diri sebab ada pengalaman menjaga arwah suami dan yakin mampu menjaga Pak Berahim dari segi mental dan fizikal.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.


Read more...

Khamis, 21 Februari 2013

Kini paha S3ksi dibuka untuk sewa tapak Iklan


Iklankan produk diatas paha
TOKYO - Jepun terkenal dengan keunikan caranya beriklan. Kini Jepun maju selangkah lebih jauh lagi. Kaum perempuan negeri itu boleh menyewakan kaki telanjang mereka buat syarikat-syarikat yang mahu memasarkan produk. Tentu saja imbalannya wang.

Berangkat dari anggapan bahawa iklan yang baik adalah yang ditempatkan di mana mata semua orang tertumpu, maka anggota tubuh yang menarik dari seorang perempuan nampaknya merupakan idea yang sempurna. Dan, tentu saja, strategi pemasaran yang cerdik itu membuktikan kejayaan besar perniagaan tersebut di seluruh Tokyo.

Pada November 2012, sekitar 1,300 gadis mendaftarkan kaki mereka sebagai ruang iklan ke Absolute Territory PR dan jumlahnya terus meningkat.

Para perempuan yang menyertai dicap kakinya dengan sebuah iklan dan terus menjalani kehidupan normal mereka seperti biasa meski harus memakai skirt atau seluar pendek dan mempamerkan iklan itu sebanyak mungkin.


Selama iklan tersebut dipaparkan di kaki mereka sepanjang lapan jam sehari atau lebih, itu bererti mereka telah melakukan pekerjaannya dan mereka dibayar untuk perkhidmatan itu.

Sebagai bukti bahawa mereka melakukan pekerjaannya, para peserta juga perlu menghantar gambar diri mereka "memakai" iklan itu ke Facebook atau Twitter mereka sendiri atau jejaring sosial lainnya.

Menurut laporan Daily Mail, Rabu (20/2/2013), yang menggunakan perkhidmatan pengiklanan macam itu bukan hanya syarikat-syarikat, kumpulan band muzik rock Green Day baru-baru ini juga menggunakan perkhidmatan pengiklanan tersebut untuk mempromosikan CD baru mereka.

Menurut Eichi Atsumi, juru bicara syarikat yang menjalankan perniagaan tersebut, satu-satunya garis panduan yang harus dipenuhi untuk mendapatkan pekerjaan itu adalah bahawa mereka yang mendaftar harus berhubung dengan sekurang-kurangnya lebih dari 20 orang di beberapa rangkaian sosial dan mereka berumur lebih dari 18 tahun.

* Sumber kompas.com


Read more...

Ahad, 17 Februari 2013

KWSP Isytihar Dividen 6.15 Peratus Untuk 2012

Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan kelulusan Menteri Kewangan, hari ini mengisytiharkan kadar dividen 6.15 peratus untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.

Kadar dividen ini adalah 15 mata asas lebih tinggi berbanding dengan kadar 6.00 peratus yang dibayar pada 2011, mencatatkan rekod baru berjumlah RM27.45 bilion yang diagihkan kepada ahli-ahli KWSP, meningkat 12.20 peratus daripada RM24.47 bilion yang dibayar pada tahun sebelumnya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin Osman berkata, “Walaupun persekitaran pelaburan yang semakin kompleks, KWSP mengekalkan momentum kenaikan yang stabil untuk merekodkan keputusan yang paling kukuh sejak awal milenium, disokong oleh keberkesanan strategi pelaburan jangka panjang serta pendekatan berdisiplin dan berhemah.”

Berita penuh sini -- > http://goo.gl/g7b89



Read more...

Khamis, 14 Februari 2013

AirAsia Tawar 10,000 Tempat Duduk Percuma


KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia Bhd menawarkan 10,000 tempat duduk percuma untuk tempahan ke destinasi di semenanjung, Sabah dan Sarawak pada Jumaat bagi perjalanan 1-30 April.
Tempat duduk percuma berkenaan hanya sah bagi penerbangan dari Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu, Bintulu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.
Tempat duduk percuma itu tidak ditawarkan bagi penerbangan domestik dalam semenanjung atau Sabah dan Sarawak, demikian menurut AirAsia dalam satu kenyataan.
Tempahan bagi tempat duduk percuma itu dibuka kepda semua rakyat Malaysia dengan MyKad selama 24 jam bermula 12.01 pagi 15 Februari.
Bagaimanapun, cukai lapangan terbang akan dikenakan, walaupun tambang dan surcaj bahan api diketepikan.
"Peruntukan bagasi, makanan dalam penerbangan, pilihan tempat duduk dan perkhidmatan nilai tambah lain juga tidak termasuk dalam tambang murah berkenaan," katanya.
Tawaran berkenaan merupakan sebahagian program 'Integrasi 1Malaysia dengan AirAsia' yang dilancarkan awal bulan lepas oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 
- BERNAMA


Read more...

Bank hanya diurus oleh seorang Pekerja ?


BREITER (kiri) melayan seorang pelanggan di Bank Raiffeisen Gammesfeld eG di Gammesfeld pada 29 Januari lalu.

GAMMESFELD, Jerman - Seorang lelaki yang menguruskan sebuah bank koperasi di sini telah memastikan pengurusan kewangan penduduk sebuah kampung berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah dengan cara yang tersendiri.
Lelaki itu, Peter Breiter, 41, merupakan seorang pengurus bank yang luar biasa kerana dia tidak mengharapkan sebarang bonus yang besar, instrumen kewangan yang canggih dan tawaran kewangan berjuta ringgit.
Dia yang memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif bank itu berasa cukup bahagia dengan hanya menulis setiap transaksi keluar masuk kewangan dengan tangannya sendiri untuk 500 orang penyimpan di Gammesfeld, Jerman.
"Mengapakah saya perlu gunakan sebuah mesin pengeluaran wang automatik?
"Mesin wang itu menelan belanja yang tinggi" kata seorang pelanggan, Friedrich Feldman.
Felman berkata demikian ketika ditemui di sebuah bilik menunggu bersaiz kecil di bank tersebut.
Dia hanya datang ke bank itu seminggu sekali untuk mengeluarkan wang.
Bank koperasi Raiffeisen Gammesfeld eG yang terletak di selatan Jerman itu merupakan salah sebuah daripada 10 buah bank terkecil. Ia merupakan satu-satunya bank yang diuruskan oleh seorang kakitangan sahaja. 
- Reuters ( kosmo! Online )

Read more...

Sabtu, 2 Februari 2013

Pengaruh Jenama Barangan dalam kehidupan


Berikut pengaruh kuat iklan yang masih lagi berleluasa dengan sebutan jenama..

1. Colgate




Contoh ayat : - '' Saya hendak kekedai membeli Colgate '' ..Tak boleh kah kita sebut '' Saya hendak kekedai membeli ubat gigi..
2. Kodak




Contoh ayat : - ''Alamak! Guana nak amik gambar ni...kodak dah habis ''..Tak boleh kah kita sebut '' Alamak! Guana nak amik gambar ni..gelung filem dah habis..

3. Pampers





Contoh ayat : - '' Agaknya pampers baby kita tu dah basah lecun tu pasal dia nangis ''..Tak boleh kah kita sebut '' Agaknya lampin pakai buang baby kita tu dah basah lecun tu pasal dia nangis ''

** Sekadar beberapa barangan sahaja disini..mungkin ada banyak lagi..



Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP