GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label Review. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Review. Papar semua catatan

Rabu, 30 Januari 2013

Ratu Belanda umum turuh Takhta


The Hague: Ratu Belanda, Beatrix ( gambar ) mengumumkan langkah turun takhta semalam selepas menyandang tugas selama 33 tahun. 

Oleh itu, Putera Mahkota yang juga anaknya, Willem Alexander akan dipilih sebagai raja, suatu tugas berat kerana ibunya yang cukup popular. 

Langkah Beatrix sudah dijangka dan berlaku ketika perdebatan mengenai masa depan institusi diraja itu. 


Ia, bagaimanapun, berlaku dengan baik sejak satu dekad lalu menyaksikan Beatrix amat dihormati. 

“Orang yang memikul tanggungjawab mestilah generasi baru,” kata Beatrix ketika mengumunkan langkahnya itu. 

Beatrix yang berumur 75 tahun beberapa hari lagi juga berkata, beliau akan turun takhta pada 30 April dan segera digantikan oleh Willem-Alexander yang akan diumumkan sebagai raja dalam satu majlis di Amsterdam. 

Beliau akan menjadi raja pertama Belanda sejak Willem III meninggal dunia pada 1890. 


Willem-Alexander 45, mempunyai tiga anak perempuan selain menjadi anggota Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. 

Beliau boleh memandu kapal terbang dan pakar pengurusan air. 

Sejak beberapa lama, Willem-Alexander menghadapi masalah mendapat sokongan penduduk seramai 16 juta tetapi isterinya, Maxima yang amat popular, membantunya diterima sejak menyapu air mata ketika perkahwinan mereka pada 2002. 

Pun begitu, meskipun popular, Maxima dibayangi kontroversi kerana bapanya adalah Menteri Pertanian rejim tentera Argentina yang memerintah secara kuku besi pada lewat 1970-an dan 80-an. 

Oleh itu, pihak istana mendedahkan, Maxima memberitahu Perdana Menteri, Mark Rutte bahawa ibu bapanya tidak akan menghadiri majlis naik takhta. 
AP


* Sumber


Read more...

Selasa, 29 Januari 2013

FOTO: Hotel Terbesar di Dunia tapi tiada Berpenghuni


Hotel Prora, Jerman. (amusingplanet.com)

Sayang jika hotel yang terbesar di dunia ini tidak pernah dihampiri pengunjung. Namun, kenyataannya memang demikian. Hotel dengan 10,000 bilik yang terletak di Pulau Ruegen, Negara Bahagian Mecklenburg-Vorpommern, Jerman, ini tidak pernah didiami tetamu sejak selesai dibina.

Hotel Prora Jerman

Padahal, bagi saiz industri penginapan, hotel ini terbilang sempurna. Menghadap langsung ke Laut Baltik, dengan pasir pantai yang putih bersih. Hotel bernama Prora atau Prora Colossus ini dibina pada zaman Nazi, antara tahun 1936 hingga 1939.

Hotel Prora Jerman

Tujuannya sebagai wadah relaksasi bagi pekerja Jerman yang menyebarkan propaganda Nazi. Tata letak hotel ini seperti kompleks. Terdiri daripada lapan bangunan dengan panjang 4,5 kilometer. Sang pengasas pun telah merancang kemudahan pengangkutan yang luar biasa. Dermaga untuk kapal layar dan stesen perhentian kereta api dari Hamburg dan Berlin.

Hotel Prora Jerman

Menurut catatan, diperlukan 9.000 pekerja untuk membina hotel raksasa ini. Dan, orang di balik pembangunannya tidak lain adalah Adolf Hitler. Ia bercita-cita untuk membina hotel yang terbesar di dunia. Cita-cita ini pun pupus setelah pecah Perang Dunia II, tepat setelah hotel ini selesai dibina.

Hotel ini beralih fungsi menjadi barak ketenteraan. Kemegahannya pun pudar dan hanya menyisakan cerita sejarah perang dunia. Namun, pada 2011, satu blok hotel ini diubah menjadi youth hostel dengan 400 bilik tidur.

Hotel Prora Jerman

Pemaju sangat tertarik, kerana banyaknya pelancong yang berkunjung ke tempat ini, terutama ketika musim panas. Untuk ke depannya, bahagian hotel yang lain juga akan dibentuk menjadi resort pelancongan moden dengan 300 bilik tidur, lengkap dengan kemudahan gelanggang tenis, kolam renang, dan pusat membeli-belah

* Sumber life.viva.com


Read more...

Sabtu, 12 Januari 2013

Gambar : Himpunan Kebangkitan Rakyat 12hb Januari 2013


Mari kita tengok tengok Gambar jer lah.. dari pelbagai sudut Sumber : - 























Dalam banyak gambar ..ada juga  yang admin kenal.. Hussin Chow .. ? 


Read more...

Jumaat, 11 Januari 2013

7 Pantai paling Seksi diDunia


Desir ombak, pemandangan laut biru ditemani semilir angin pantai menjadi faktor seksinya sebuah pantai. Belum lagi langit biru yang menjadi atap. Inilah 7 pantai paling seksi di dunia.

Ada banyak faktor yang membuat sebuah pantai dikatakan seksi, boleh dari pemandangan hingga kemudahan yang tersedia di sana. Dilongok dari Readers Digest, Jumaat (10/1/2012) inilah 7 pantai paling seksi di dunia:

1. Pantai Saline, Kepulauan Caribbean

Pantai seksi pertama di dunia adalah Pantai Saline di Kepulauan Caribbean. Lokasinya terpencil dengan jalan setapak yang belum banyak dijamah orang. Setiap pelancong yang datang akan disambut dengan air laut bergradasi hijau biru dan pasir putih. Nikmati percutian di tengah alam yang tenang.

2. Snapper Rocks, Gold Coast, Australia

Pantai lain yang tak kalah seksi dari Pantai Saline ada di Gold Coast, Australia. Datang ke sini, anda tidak hanya mencari pantai dengan cahaya matahari yang eksotik dan ombak tinggi, tetapi juga pelancong yang wara-wiri. Ya, Snapper Rocks adalah salah satu kawasan yang ramai dikunjungi pelancong. Anda boleh melihat banyak wanita cantik berbikini dan surfer dengan kulit eksotik.

3. Copacabana, Rio De Janeiro, Brazil

Copacabana di Brazil adalah salah satu tempat yang membolehkan setiap turisnya mengenakan pakaian minim. Bahkan, tak sedikit yang memakai bikini. Dengan asyiknya para pelancong berehat dan berenang di pantai ini. Yang membuat pelancong betah berlama-lama di sana adalah cahaya matahari yang menerangi laut.

4. Lover s Beach, Cabo San Lucas, Mexico

Pantai keempat yang masuk dalam deretan pantai seksi menurut Readers Digest adalah Lover s Beach di Cabo San Lucas, Mexico. Biasanya, pantai ini menjadi tujuan para pasangan yang ingin memadu kasih. Tak heran kalau pantai ini disebut Lover s Beach, atau pantainya para kekasih.

Ada satu hal yang membuat pantai ini menjadi idola para pasangan, iaitu pemandangan. Pemandangan yang tersaji di Lover s Beach begitu cantik. Belum lagi air laut yang tenang dan hangat, serta suasana pantai yang sepi. Pas untuk setiap traveler yang ingin bulan madu.
5. Pantai Palmizana, Hvar, Croatia

Pantai Palmizana di Hvar, Croatia dikenali sebagai salah satu destinasi kegemaran para selebriti. Tercatat Jay-Z, Beyonce, dan Giorgio Armani pernah datang ke pantai ini untuk berpesta. Bukan cuma selebriti, Palmizana juga menjadi tujuan utama para orang kaya di seluruh dunia untuk berpesta.

Penasaran apa yang membuat Palmizana menarik? Pantai ini mempunyai air laut yang jernih, bahkan dasar laut mudah dilihat tanpa perlu repot-repot menyelam. Satu hal yang paling menggoda, sisi selatan pantai dianugerahi limpahan cahaya matahari. Sesuai untuk anda yang ingin mencokelatkan kulit.

6. Paradise Beach, Pulau Mykonos, Greece

Ini dia pantai seksi lain yang sesuai untuk berpesta, iaitu Paradise Beach di Pulau Mykonos, Greece. Pantai ini mempunyai pasir coklat dengan gulungan ombak yang kecil. Pelancong pun boleh dengan bebas bermain di tepian pantai dan membuat istana pasir. Puas bermain, jangan lewatkan suguhan yang paling utama di pantai ini, iaitu pesta. Ada banyak cafe yang menggelar pesta setiap malamnya, dengan hingar bingar muzik.

7. Pantai Las Salinas, Ibiza, Sepanyol

Pantai terkini yang juga disebut seksi adalah Pantai Las Salinas di Ibiza, Sepanyol. Las Salinas mempunyai garis pantai yang panjang. Ada banyak pelancong yang bersantai-santai di tepiannya. Tak ketinggalan bar dan restoran yang rutin menggelar pesta untuk para penggila pesta. Boleh dibilang, inilah pantai berkumpulnya orang-orang glamor di dunia.

* Sumber detik.com / olahan noname


Read more...

Isnin, 24 Disember 2012

Facebook perkenal versi baharu 'poke'


LONDON 23 Dis. - Facebook, baru-baru ini mengumumkan satu aplikasi baharu yang berupaya memadamkan gambar dan mesej dalam masa 10 saat selepas ia dihantar, tanpa dapat dikesan semula oleh penghantar atau penerima selepas ia hilang.

Aplikasi tersebut merupakan versi terkini 'poke' yang pernah diperkenalkan Facebook sebelum ini.

'Poke' yang boleh digambarkan seperti mengangguk atau menggeleng kepala, tidak lagi digemari pengguna Facebook setelah beberapa lama laman sosial itu beroperasi.

Kini, aplikasi itu diperbaharui dengan nama 'Facebook Poke', membolehkan pengguna menghantar mesej, gambar dan video dalam tempoh 10 saat kepada rakan.

Mesej itu akan hilang selepas waktu yang ditetapkan, antara satu hingga 10 saat dan tidak boleh dikesan oleh penghantar atau penerima, menjadikan ia sangat berkesan untuk menghantar sebarang imej termasuk gambar lucah tanpa meninggalkan bukti.

"Dengan aplikasi 'poke' baharu, anda boleh menekan 'poke' yang membawa maksud bersetuju atau menghantar mesej, foto atau video kepada kenalan Facebook untuk berkongsi mengenai cerita semasa melalui kaedah yang lebih santai," menurut laman web itu ketika mengumumkan aplikasi baharu tersebut.

Apabila pengguna membuka aplikasi itu, mereka perlu memilih daripada set ikon di bahagian bawah skrin untuk menghantar 'poke', menaip mesej sepanjang 120 karakter, membuka kamera bagi mengambil gambar atau merakam video sepanjang 10 saat, namun tidak boleh mengambil gambar dari fail sedia ada.

Pengguna kemudian perlu menetapkan tempoh masa untuk penerima melihat mesej tersebut.

Aplikasi itu dikatakan menyamai 'Snapchat', aplikasi popular di kalangan pengguna muda dan terkenal sebagai alat untuk menghantar gambar tidak senonoh.

Facebook bagaimanapun, menggalakkan penggunanya melaporkan sebarang penghantaran mesej yang tidak sesuai di laman itu. - AGENSI

* Sumber


Read more...

Sabtu, 22 Disember 2012

GilaPing.Com : Zon Ping! Blog yang sangat mengila Trafik


Bagi Blogger yang sangat memerlukan Trafik yang mencanak boleh lah join Web ping! ini.. GilaPing.Com


GilaPing.Com  mudah dan ringkas digunakan hanya memerlukan login facebook .. senang bukan ..




Pengurusan GilaPing Selalu menganjurkan Giveway


Ini pula pages GilaPing di ( Facebook ) setakat ini telah mendapat 20,881 like


Jadi untuk blogger yang sangat perlukan trafik yang tinggi jangan tunggu lagi ..terus saja mendaftar dengan GilaPing


relevan Sokmo mengucapkan Terima Kasih kepada pengurusan GilaPing dengan exchange Link dan mendapat Trafik yang mencanak naik dari GilaPing


* Sumber Gambar dan Isu dari GilaPing / relevan Sokmo / Histats


Read more...

Khamis, 29 November 2012

Dapatkan Buku Mudahnya Menjemput Rezeki


AsSalamualaikum ..
Terima Kasih kepada blogger Wan Zawawi kerana memberi peluang untuk Review buku ' 'Mudahnya Menjemput Rezeki ' ini..

Setiap orang pasti perlukan rezeki yang halal, baik, berkah, dan melimpah. Tentu, dengan rezeki tersebut seseorang dapat memenuhi keperluan hidupnya. Dan untuk mendapatkannya, selain dengan bekerja keras secara ikhlas dan cerdas, seseorang harus mengetahui amalan-amalan apa saja yang dapat memperlancarkan turunnya rezeki. 


Nah di sini.. Saudara Fathuri Salehuddin telah menulis buku Mudahnya Menjemput Rezeki yang telah diterbitkan oleh Galeri ilmu Sdn. Bhd.


'' Untuk pengetahuan semua, buku ini adalah dalam betul fizikal dan bukannya dalam bentuk digital atau 'e-book'. Oleh itu, ianya boleh dimanfaatkan oleh anda seisi keluarga dan kandungannya juga tidak luput kerana ilmu yang disampaikan boleh diguna pakai seumur hidup..


Berikut Isi kandungan Buku 'Mudahnya Menjemput Rezeki '

Buku ini setebal 184 mukasurat dan tentunya anda tertanya tanya di mana nak dapatkan buku ini dan juga tentang harga Buku ini..

''Janganlah anda risau. Harganya tidaklah setinggi mana. Tetapi memang benar ramai yang sanggup membelanjakan ratusan malah ribuan ringgit untuk mengambil kursus menjana pendapatan, pekej-pekej bisnes online, dan membeli panduan-panduan ebook cara menambah pendapatan. Tetapi tidaklah setanding mempelajari satu ilmu 'menjemput rezeki' yang boleh diamalkan sebagai bekalan di dunia dan di akhirat. Untuk pengetahuan anda,harga buku ini hanyalah''..


Untuk Urusan selanjutnya anda layari web ini : www.tarikanrezeki.com

Pihak  Pengurusan buku ini juga sedang mencari pengedar berdaftar dan pengedar daerah.

- Jika ada orang berminat hendak memilikinya, boleh menghubungi :
 Syed Mohd Saiful Ikhwan (013393 6460) atau terus beli secara online di www.tarikanrezeki.com


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP