Ratu Belanda umum turuh Takhta
Tweet
The Hague: Ratu Belanda, Beatrix ( gambar ) mengumumkan langkah turun takhta semalam selepas menyandang tugas selama 33 tahun.
Oleh itu, Putera Mahkota yang juga anaknya, Willem Alexander akan dipilih sebagai raja, suatu tugas berat kerana ibunya yang cukup popular.
Langkah Beatrix sudah dijangka dan berlaku ketika perdebatan mengenai masa depan institusi diraja itu.
Ia, bagaimanapun, berlaku dengan baik sejak satu dekad lalu menyaksikan Beatrix amat dihormati.
“Orang yang memikul tanggungjawab mestilah generasi baru,” kata Beatrix ketika mengumunkan langkahnya itu.
Beatrix yang berumur 75 tahun beberapa hari lagi juga berkata, beliau akan turun takhta pada 30 April dan segera digantikan oleh Willem-Alexander yang akan diumumkan sebagai raja dalam satu majlis di Amsterdam.
Beliau akan menjadi raja pertama Belanda sejak Willem III meninggal dunia pada 1890.
Willem-Alexander 45, mempunyai tiga anak perempuan selain menjadi anggota Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa.
Beliau boleh memandu kapal terbang dan pakar pengurusan air.
Sejak beberapa lama, Willem-Alexander menghadapi masalah mendapat sokongan penduduk seramai 16 juta tetapi isterinya, Maxima yang amat popular, membantunya diterima sejak menyapu air mata ketika perkahwinan mereka pada 2002.
Pun begitu, meskipun popular, Maxima dibayangi kontroversi kerana bapanya adalah Menteri Pertanian rejim tentera Argentina yang memerintah secara kuku besi pada lewat 1970-an dan 80-an.
Oleh itu, pihak istana mendedahkan, Maxima memberitahu Perdana Menteri, Mark Rutte bahawa ibu bapanya tidak akan menghadiri majlis naik takhta.
AP
* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan