Penyamun Lari Tanpa Pakaian
Tweet
Swee Chan menunjukkan calar serta kecederaan pada siku yang dialaminya ketika bergelut dengan penceroboh bilik tidurnya. - Foto Ahmad Ismail
Segamat: Seorang penyamun lari dalam keadaan bogel bersama beg tangan mangsa, sejurus meloloskan diri dalam kejadian di Jalan Meranti di sini, awal pagi semalam.
Suri rumah, Soh Swee Chan, 30, berkata beliau menyedari rumah teres dua tingkat milik keluarganya diceroboh suspek jam 2.45 pagi ketika semua ahli keluarga sedang tidur.
Swee Chan berkata, dia terlihat bayangan lembaga memasuki bilik tidur di tingkat atas tetapi menyangka itu ibu mentuanya sebelum memanggil beberapa kali tetapi tidak dibalas.
Bergelut “Saya kemudian mencapai lampu picit sebelum menyuluh ke arah bayangan terbabit dan mendapati seorang pemuda berusia lingkungan 20-an sedang mengambil beg tangan dan kemudian mencampaknya menerusi tingkap bilik air di bahagian belakang rumah.
“Saya menghalang dengan bantuan ibu dan bapa mentua yang turut terkejut. Kami bergelut dengan pemuda itu sambil menarik baju dan seluarnya.
“Usaha kami menyebabkan pakaian dipakai lelaki itu tertanggal sebelum dia meloloskan diri dengan bertindak terjun dari tingkat atas menerusi tingkap bilik air.
“Dia melarikan diri bersama beg yang sebelum itu sudah dicampak keluar,” katanya.
Swee Chan berkata, lelaki berkenaan dipercayai menceroboh masuk secara memanjat menggunakan tali nilon menerusi bahagian belakang rumahnya sebelum memecahkan cermin tingkap bilik air untuk memasuki bilik tidurnya.
“Beg tangan saya yang dilarikan berisi wang tunai RM2,000 sebagai angpau Tahun Baru Cina serta dokumen penting peribadi menyebabkan kerugian RM4,500,” katanya.
Suri rumah, Soh Swee Chan, 30, berkata beliau menyedari rumah teres dua tingkat milik keluarganya diceroboh suspek jam 2.45 pagi ketika semua ahli keluarga sedang tidur.
Bergelut “Saya kemudian mencapai lampu picit sebelum menyuluh ke arah bayangan terbabit dan mendapati seorang pemuda berusia lingkungan 20-an sedang mengambil beg tangan dan kemudian mencampaknya menerusi tingkap bilik air di bahagian belakang rumah.
“Saya menghalang dengan bantuan ibu dan bapa mentua yang turut terkejut. Kami bergelut dengan pemuda itu sambil menarik baju dan seluarnya.
“Usaha kami menyebabkan pakaian dipakai lelaki itu tertanggal sebelum dia meloloskan diri dengan bertindak terjun dari tingkat atas menerusi tingkap bilik air.
“Dia melarikan diri bersama beg yang sebelum itu sudah dicampak keluar,” katanya.
Swee Chan berkata, lelaki berkenaan dipercayai menceroboh masuk secara memanjat menggunakan tali nilon menerusi bahagian belakang rumahnya sebelum memecahkan cermin tingkap bilik air untuk memasuki bilik tidurnya.
“Beg tangan saya yang dilarikan berisi wang tunai RM2,000 sebagai angpau Tahun Baru Cina serta dokumen penting peribadi menyebabkan kerugian RM4,500,” katanya.
* Sumber BH
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan