GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label Seram. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Seram. Papar semua catatan

Khamis, 10 April 2014

AIR MANDI MAYAT DIJADIKAN UBAT ?

INDONG (kanan) menunjukkan kain yang dijadikan tali untuk mengikat jenazah manakala pembantunya Siti Nor menunjukkan air mandian yang ditadah di dalam jag.
Kuala Terengganu: Air mandi mayat dijadikan ubat. Itu fahaman khurafat segelintir umat Islam di negeri ini yang masih menular dan sukar dibendung sejak puluhan tahun lalu.
Air mayat yang kotor dan berkuman itu digunakan semula sebagai air mandi kononnya untuk menghilangkan rindu kepada si mati, merawat kanak-kanak yang terkena badi mayat, sebagai air penerang hati dan mengubat ketagihan dadah.
Malah, ada juga ada yang meminta tali pengikat kain kafan dan sarung tangan digunakan tukang mandi mayat untuk membersihkan dubur si mati, juga dengan alasan dibuat ubat.

Tukang mandi jenazah wanita, Indong Awang, 66, yang berpengalaman selama 17 tahun dalam bidang itu, berkata, ada juga individu yang percaya air mandi mayat mampu menyembuhkan penyakit AIDS.
“Perbuatan khurafat ini sudah lama berlarutan dan masih berlaku sekarang, menyebabkan kami serba salah. Ini kerana apabila kami menolak permintaan mereka, ada yang marah dan ada juga berkeras melakukannya sendiri,” katanya.
Sumber myMetro

Read more...

Selasa, 1 April 2014

Serius ! Pocong di tengah jambatan kedua?

Gambar pocong yang tersebar di laman sosial kononnya dijumpai di tengah jambatan Pulau Pinang.

BAYAN LEPAS - Segelintir penduduk di sini gempar apabila tersebarnya dua keping gambar mengenai kejadian penemuan pocong di tengah-tengah Jambatan kedua Pulau Pinang, Jambatan Sultan Abdul Halim Shah.

Pengguna laman sosial, Rahimi Ishak berkata, gambar berkenaan tersebar sejak beberapa hari lalu dan menjadi buah mulut penduduk setempat.

Menurutnya, melalui gambar berkenaan dengan jelas menampakkan seolah-olah terdapat imej yang berbungkus putih dan terbang tinggi.

“Kemudian ia berada di atas jambatan pada gambar kedua, kejadian dikatakan berlaku di tengah-tengah jambatan pada waktu malam.

“Saya sendiri yang mendapat gambar berkenaan memang terkejut,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagi pengguna jambatan, Mohd Ali Mohd Noor berkata, dia pada mulanya terkejut melihat gambar berkenaan dan cuba bertanya kepada rakannya yang juga kerap menggunakan jambatan.

“Mereka kata ini perkara biasa, kalau dia nak muncul kita mana boleh halang, yang penting kita kena buat biasa saja.

“Lagipun ini bukan pertama kali berlaku cerita jumpa macam-macam makhluk halus atas jambatan, ia adalah biasa,” katanya.

Sementara itu bagi Zulkifli Zainal berkata, pengalamannya diganggu pada waktu malam ketika menunggang motosikal di atas jambatan pertama Pulau Pinang membuatkannya berwaspada.

“Bukan apa, kadang-kadang ada yang terlalu terkejut sehingga boleh sebabkan kemalangan, kalau yang tak kuat semangat, lebih baik elakkan.

“Saya pernah tunggang motosikal pada tengah malam di atas jambatan, setibanya di tengah-tengah, motor saya berat dan saya terpaksa menunggang lebih kuat dan laju, tetapi tiba-tiba ia menjadi ringan dan saya seolah-olah dalam keadaan tercampak ke depan, nasib baik saya boleh kawal motor.

“Kalau saya silap, bimbang kemalangan saja, apa pun kita kena tawakal kepada ALLAH SWT,” katanya.

Bagi pengamal perubatan Islam, Izzwandy Mamat, kejadian penemuan pocong di tengah jambatan adalah perkara biasa.

“Laut memang tempat tinggalnya dan mereka akan buat pelbagai rupa di kawasan mereka tinggal.

“Tidak dinafikan laut juga menjadi tempat kepada tukang perubatan membuang benda yang tidak baik, jadi ia bukan mustahil,” katanya kepada Sinar Harian.

Sama seperti manusia, makhluk halus berkenaan juga memenuhi setiap pelosok tempat.

“Malah jin boleh menyerupai pelbagai bentuk tidak kiralah pocong, atau hantu raya ataupun toyol,” katanya.

Beliau menegaskan, bagaimanapun rupa bentuknya, perkara tersebut hanya berlaku dengan izin ALLAH SWT.

“ALLAH mahu menguji sejauh mana keimanan kita, sama ada takut pada makhluk atau pada-NYA.

“Ia juga sebagai tanda supaya kejadian sebegini akan mendekatkan kita lebih kepada ALLAH,” katanya.

Sinar Harian


Read more...

Isnin, 17 Mac 2014

TERKINI, BAS JATUH GAUNG DI LEBUH RAYA UTARA SELATAN DEKAT GUA TEMPURUNG


SEBUAH bas ekspres yang menghala ke utara terjunam ke dalam gaung di KM301.5 Lebuhraya Utara Selatan dekat Gua Tempurung menyebabkan seorang maut dan dua parah dalam kejadian kira-kira jam 4.25 petang tadi. Foto BHOnline

GOPENG - Seorang pemandu sebuah bas ekspres maut manakala dua penumpang masing-masing seorang lelaki dan perempuan cedera parah selepas bas yang dinaiki terhumban ke dalam gaung sedalam kira-kira 10 meter di Kilometer 301.5, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat sini tadi.

Dalam kejadian pada pukul 4.25 petang itu, bas berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh.
Bas tersebut didakwa cuba mengelak dua buah kenderaan yang terbabit dalam kemalangan sebelum gagal dikawal lalu terbabas ke kiri dan terhumban ke dalam gaung. 
- KOSMO!



Read more...

Jumaat, 28 Februari 2014

3 Gambar,Budak perempuan 9 tahun tinggal bersama anakonda

KRISTA belajar di rumah bersama ular peliharaannya.
Michigan: Seorang kanak-kanak perempuan sembilan tahun menarik perhatian dengan kebolehannya bermain dengan ular.
Krista Guarino, tinggal bersama 30 ekor reptilia itu termasuk anaconda dan ular sama sepanjang empat meter di rumahnya di Michigan, Amerika Syarikat.
Dia makan, tidur dan bermain dengan ular yang ada di antaranya dua kali ganda saiznya.

Krista mula tinggal bersama dengan ular sejak berusia dua tahun.
Kanak-kanak yang berani ini pernah beberapa kali dipatuk ular, tetapi semua ular berkenaan tidak berbisa dan Krista berkata dia tidak sakit.
Foto
KRISTA bermain bersama ular sawa batik sepanjang 12 kaki miliknya.
“Saya tak pernah takut dengan ular. Ia minat dan kegilaan saya,” katanya.

Anak sulung tiga beradik itu mula diperkenalkan dengan reptilia itu oleh bapanya Jamie, 33, pakar ular.

“Ular adalah antara perkataan pertama yang disebutnya. Sejak itu saya merasakan reptilia itu akan menjadi minatnya.

Sejak kecil lagi, dia berbeza dengan kanak-kanak lain. Dia langsung tidak takut dengan ular. Dia mahu menjadikan haiwan itu peliharaannya,” kata Jamie.

Sewaktu cuti musim panas, Krista membantu Jamie di taman ular tempatan miliknya dan tidak menunjukkan sebarang ketakutan ketika mengendalikan haiwan berkenaan.

Dia juga membantu memberi makan buaya.
Foto
KRISTA bersama ular sawa batik di sebuah acara kebajikan.
Pasukan ayah dan anak itu menikmati hujung minggu mereka dengan mencari ular orok-orok, satu daripada spesies ular paling berbahaya di dunia.

Mereka turut memuat naik video pengembaraan mereka yang ‘mengerikan’ di saluran SnakeHuntersTV milik mereka di YouTube.

Krista bercita-cita membuka zoo reptilia sendiri apabila dewasa dan mahu mengubah persepsi masyarakat mengenai ular.
- AFP

Read more...

Khamis, 27 Februari 2014

Status pelik dalam FACEBOOK petanda ajal


NORFAEZAH bersama Azwan Shah yang menemui ajal bersama selepas kemalangan di Jalan Badlishah, Sungai Petani, Kedah semalam.

SUNGAI PETANI - Seorang gadis seolah-olah sudah tahu ajalnya sudah tiba apabila dia memuat naik status tentang kematian di laman sosial Facebooknya beberapa hari sebelum terlibat dalam kemalangan ngeri di Jalan Badlishah berdekatan pasar raya Tesco Lagenda Heights di sini semalam.
Ibu mangsa, Sharina Abu Othman, 49, dengan nada pilu berkata, anaknya, Norfaezah Budiman, 21, yang menggunakan nama pena, Eyja Rela antara lain meluahkan: 'Mungkin esok namaku Arwah. Hari ini aku pakai pakaian yang cantik dan mewah, mungkin esok aku akan pakai kain kafan. Hari ini aku berpijak di atas tanah, mungkin esok aku duduk di bawah tanah.
'Hari ini aku boleh mandi sendiri, mungkin esok orang lain yang akan memandikan aku. Hari ini aku bahagia bersama orang di sekelilingku, mungkin esok aku akan bersendirian di sana.
'Andai kata hari ini hari terakhir aku hidup di dunia, ampunkanlah salah dan silap aku sepanjang perkenalan antara kita. Sekiranya aku pergi, sedekahkanlah Al-fatihah sebagai tanda kau merinduiku dan dari Allah kita datang, kepadanya kita kembali.'
Lebih menyedihkan, teman lelaki arwah, Azwan Shah Ishak, 25, turut maut.
Dalam kemalangan lebih kurang pukul 3 pagi itu, Norfaezah yang bekerja sebagai pembantu kedai telefon bimbit menaiki motosikal yang ditunggangi oleh teman lelakinya bersama lima rakan mereka berkonvoi untuk ke sebuah kedai makan berdekatan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin berkata, sebuah kereta yang datang arah pusat bandar secara tiba-tiba merempuh motosikal terbabit dari arah belakang.
Akibat rempuhan tersebut, Norfaezah maut di tempat kejadian setelah cedera di kepala.
Kekasihnya pula disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.

KOSMO!


Read more...

Rabu, 26 Februari 2014

Gempar ! Mayat siap `dikafan' ditinggalkan di tepi jalan

Sumber gambar mynewshub.my

BUKIT MERTAJAM 26 Feb. - Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui dibungkus dalam kain cadar di Jalan Perusahaan 2, Bukit Minyak di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Azman Abd. Lah berkata, mayat itu ditemui oleh seorang awam yang melalui kawasan itu kira-kira 8.45 pagi dengan kepala dan kaki mayat diikat.

"Keadaan mayat seperti sudah dikafan. Ia masih dalam keadaan sempurna, tidak berpakaian dan mulutnya berbuih. Kita percaya mungkin lelaki itu baru mati," katanya ketika dihubungi.



Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan mangsa mati di tempat lain sebelum mayatnya diletakkan di situ.

Tiada sebarang dokumen ditemui bersama mayat yang kemudiannya dihantar ke hospital untuk mengenal pasti punca kematian mangsa, katanya.

"Tiada sebarang kesan kecederaan di badan mayat dan tiada unsur jenayah. Kes disiasat sebagai mati mengejut bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya. 

- BERNAMA

Read more...

Jumaat, 14 Februari 2014

Musibat 4 paku

Kuala Lumpur: “Saya tidak tahu perbuatan itu syirik dan terpedaya membeli empat paku demak berharga RM200 bertujuan mengubati isteri saya yang sakit selama dua tahun, tetapi tidak sangka kesan sebaliknya berlaku apabila dia bertambah sakit,” kata Fauzi, 32, yang insaf atas perbuatannya menggunakan pendinding untuk menghalau makhluk halus.
Menurutnya, dia diperkenalkan rakan kepada seorang lelaki menggelarkan diri sebagai ustaz yang dikatakan mempunyai kelebihan mampu merawat pelbagai jenis penyakit. 
“Dia mencadangkan saya berjumpa dengan ustaz ini di Pahang. 

“Sebelum itu pelbagai ikhtiar sudah dilakukan termasuk berjumpa doktor, tetapi dia tidak sembuh, sehingga saya sanggup buat apa saja termasuk membeli empat paku yang dijual ustaz ini,” katanya.
Foto
PENDINDING selain Allah adalah perbuatan syirik.

Katanya, dia pada mula tidak mengesyaki membeli paku besi sepanjang 10.16 sentimeter (4 inci) untuk dijadikan sebagai tangkal merawat isterinya itu perbuatan syirik yang sebenarnya mengundang syaitan.
Sumber myMetro

Read more...

Khamis, 13 Februari 2014

Foto Selfie dengan Mayat, Siswi cetus kecaman

Foto selfie dengan mayat (Foto:Mirror)

ALABAMA - anda gemar foto selfie, hati-hati dengan kegemaran anda ini. Seorang siswi dari Amerika Syarikat (AS) menuai kecaman akibat foto dirinya sendiri. 

Hal ini kerana latar belakang foto selfienya adalah seorang jenazah. Siswi ini melakukan tindakan tersebut ketika sedang melawat lab Universiti Alabama. 

Dipetik dari Mirror,bukannya merasa canggung atau takut siswi ini malah tersenyum dalam fotonya tersebut. Selepas, melakukan aksinya, sang siswi akan menghantar foto tersebut di akaun instragamnya. 

Bukan mendapat pujian, dirinya malah mendapat cercaan atas aksinya. Seorang teman dari pelaku akhirnya memilih melaporkan aksi siswi ini ke ahli keluarganya. 

Universiti Alabama, segera bertindak balas aksi jahil sang siswi yang diketahui berasal dari SMA Clements. Mereka menyatakan marah atas insiden ini dan akan mengetatkan peraturan tentang kunjungan lab di tempatnya.

Sumber tribunnews.com


Read more...

Isnin, 10 Februari 2014

Curi tulang mayat

KEADAAN kubur yang digali penceroboh.
Rompin: Enam lelaki termasuk remaja berusia antara 14 hingga 43 tahun yang cuba mencuri tulang mayat di kawasan perkuburan Orang Asli Kampung Deraman, Batu 3 di sini, ditahan malam kelmarin.
Mereka dipercayai cuba mencuri tulang mayat itu untuk digunakan bagi tujuan perubatan ditahan polis dan penduduk kampung kira-kira jam 9 malam.
Tindakan mereka itu disedari seorang penduduk kampung yang curiga dengan kelibat beberapa individu yang berada di kawasan tanah perkuburan berkenaan.

Ketika itu penduduk terbabit dalam perjalanan pulang ke rumahnya di sini, sebaik selesai menghadiri mesyuarat bersama pemimpin kampung.
Saksi kejadian, Tan Din, 39, berkata, dia berasa curiga apabila melihat cahaya lampu suluh di dalam kawasan tanah perkuburan itu dan pada masa sama, terdapat sebuah kereta parkir di tepi jalan.
Sumber myMetro


Read more...

Khamis, 6 Februari 2014

Ganas ! 3 BERADIK MAKAN IBU

DANTE (kanan), Paroy (kiri) dan Ibrahim menafikan tuduhan bunuh ibu mereka.
Manila: Tiga beradik membunuh ibu mereka sebelum memakan organnya mentah-mentah selepas upacara dipercayai bertujuan menghalau roh jahat dalam badan wanita itu.
Jiran melaporkan terdengar bunyi pelik dari rumah itu beberapa hari sebelum mayat Musala Amil, 56, ditemui di bandar Ampatuan.
Menurut Ketua Polis Ampatuan Inspektor Ronald De Leon, mayat wanita itu kehilangan beberapa anggota badan selain tidak berdarah.
Tiga anak lelakinya - Dante, 35, Paroy, 21, dan Ibrahim, 18 - bagaimanapun menafikan membunuh ibu mereka sebaliknya mendakwa cuba mengubati penyakit dipercayai diakibatkan roh jahat dalam kejadian yang berlaku Rabu lalu.
Katanya, polis turut menyiasat laporan bahawa keluarga berkenaan mempunyai masalah mental, namun tidak menolak kemungkinan mereka berada di bawah pengaruh dadah.
“Ketiga-tiga adik-beradik tinggal bersama ibu mereka di sebuah ladang di Purok Nabadtog.
“Semuanya akan menjalani ujian dadah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Sementara itu ahli jawatankuasa kampung berkenaan mendakwa tiga beradik terbabit bertindak seperti binatang apabila membunuh dan meratah mayat ibu mereka. 
- Agensi

Read more...

Isnin, 3 Februari 2014

Potong kemaluan teman Lelaki kerana bimbang putus hubungan

Shanghai: Seorang wanita di daerah Minhang di sini Khamis lalu memotong kemaluan teman lelakinya kerana mengesyaki dia akan memutuskan hubungan mereka.
Akhbar Internet xinmin.cn melaporkan, wanita berusia 30 tahun itu yang dikenali sebagai Tu, lebih tua sembilan tahun daripada teman lelakinya, Xia.
Kerana keluarga Xia tidak merestui hubungan mereka, lelaki berkenaan mengambil keputusan untuk memutuskannya.
Xia enggan membawa pulang Tu untuk menemui keluarganya sempena Tahun Baru Cina.
Sebaik mengetahui Xia hanya membeli satu tiket untuk pulang bercuti, Tu menyangka kekasihnya akan memutuskan hubungan dengannya.
“Dia mencampurkan dadah dalam minuman Xia menyebabkan lelaki itu tidak sedarkan diri di atas katil. Tu kemudian mengambil pisau dan memotong kemaluan Xia,” lapor akhbar itu. Saksi berkata, lelaki itu tiba di hospital kira-kira jam 3 pagi dengan ambulans bersama-sama seorang anggota polis yang membawa kemaluannya dalam termos berisi air.
Seorang wanita dipercayai Tu yang berlumuran darah dilihat berbual dengan pegawai perubatan sebelum dibawa menaiki kereta peronda.
Polis dan pihak hospital enggan menyatakan mengenai keadaan Xia.
 - Agensi

Read more...

Kejam ! Ibu Muda dibakar ketika susukan anak

MAYAT Devi dan bayinya yang dibakar hingga mati oleh suami dan keluarga lelaki itu ketika di hospital.
New Delhi: Seorang ibu muda dibakar hingga mati bersama bayinya oleh suami dan keluarga lelaki itu kerana gagal membayar hantaran perkahwinan.
Polis di negeri Jharkhand di timur India berkata, Annu Devi, 22, dibakar hidup-hidup ketika menyusukan bayi perempuannya.
Polis menahan suaminya, Gunjan Masat yang didakwa menyimbah minyak tanah ke tubuh Devi dan bayi perempuan mereka sebelum membakar kedua-dua beranak itu. Menurut bapa Devi, Raghuni Rana pasangan itu berkahwin lebih setahun tetapi masalah timbul selepas Devi melahirkan bayinya.
Seorang penduduk melihat Devi dan bayi perempuannya terbaring di halaman rumah mentuanya.
Dia masih bernyawa ketika itu walaupun tubuhnya melecur 90 peratus. Dua beranak itu kemudian dikejarkan ke hospital berhampiran tetapi disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.
Abang ipar Devi yang didakwa turut terbabit dalam pembunuhan itu masih diburu polis. Superintendan polis di daerah itu, Nirmal Kumar Mishra berkata, semua tertuduh akan ditahan dan didakwa.
Hantaran perkahwinan menjadi alasan utama mengapa bayi lelaki lebih digemari berbanding dengan bayi perempuan dalam budaya India. Ribuan janin digugurkan setiap tahun selepas ujian ultra bunyi menunjukkan jantina janin berkenaan.
Wanita juga dibunuh berikutan isu hantaran perkahwinan setiap jam di India, menurut data dikeluarkan Biro Rekod Jenayah Kebangsaan negara itu. “Seramai 8,233 wanita muda, kebanyakan pengantin baru dibunuh dalam isu ‘kematian hantaran perkahwinan’ pada 2012,” lapor biro itu tahun lalu. 
- Agensi

Read more...

Isnin, 27 Januari 2014

Remaja bunuh diri untuk selamatkan abang


Hongui menerima rawatan lanjut di hospital selepas selamat menjalani pembedahan buah pinggang dan kini dijaga oleh ayahnya. - AGENSI

LONDON 26Jan. - Seorang remaja lelaki di China yang menghidap penyakit uremia atau kegagalan buah pinggang, sanggup 'mengorbankan dirinya' sendiri, semata-mata mahu membantu keluarganya mengumpulkan duit bagi menyelamatkan nyawa abangnya yang menghidap penyakit sama.

Dua beradik itu, Honghui, 20, dan Hongtao, 18, menghidap penyakit tersebut sejak 2010 dan tidak mempunyai masa yang lama untuk terus hidup.

Disebabkan masalah kos perubatan yang tinggi, ibu bapa mereka Chuanyou dan Zheng Tingxia hampir menjual semua harta mereka untuk membeli buah pinggang yang sesuai untuk kedua-dua anak mereka yang menghidap penyakit itu.

Sebelum 2010, kehidupan mereka sekeluarga sangat baik dengan kecemerlangan Honghui dan Hongtao dalam akademik dan berjaya membeli sebuah rumah baharu di Funan, wilayah Anhui.

Bagaimanapun tidak lama kemudian, keluarga itu menerima berita buruk apabila Honghui disahkan menghidap uremia dan hanya melalui pembedahan buah pinggang sahaja boleh menyelamatkannya.

Lebih malang lagi, Hongtao turut disahkan mengalami simptom yang sama, sekali gus memaksa ibu bapa mereka menjual hampir kesemua harta mereka, termasuk rumah baharu mereka dan mengemis di jalanan untuk menanggung kos perubatan anak mereka.

Malah derma yang dikutip oleh pihak sekolah dan rakan-rakan berjumlah 101,171 yuan (RM55,367) juga masih belum mencukupi untuk membiayai kos rawatan bagi menyelamatkan nyawa kedua beradik itu.

Disebabkan masa yang semakin suntuk, Hongtao mengambil tindakan membunuh diri pada Julai 2011 dengan mengurungkan dirinya dalam bilik dan minum racun bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh ibu bapanya.

Kematian Hongtao amat memilukan, lebih-lebih lagi dengan penemuan nota yang ditulis Hongtao berbunyi:, "Abang, jika kamu sudah sembuh, tolong beritahu saya dan ia sudah cukup memadai buat saya."

"Penyakit kami berdua menyusahkan kamu (ayah dan ibu). Saya berharap kamu boleh menumpukan perhatian untuk menyelamatkan abang.

"Apabila dia terselamat.. dan saya tahu dia akan selamat, saya mahu dia beritahu saya yang dia telah berjaya dan saya akan berpuas hati," tulis Hongtao dalam nota itu.

Kisah pengorbanan Hongtao itu mendapat liputan meluas di seluruh China, sekali gus meningkatkan jumlah derma untuk menyelamatkan Honghui.

Selepas dua tahun setengah pencarian, Chuanyou dan Zheng Tingxia berjaya menemukan buah pinggang yang sesuai untuk anak sulung mereka.

Honghui kini yang berusia 23 tahun, selamat menjalani pembedahan pada hujung bulan lalu dan kini dalam proses pemulihan.

 - AGENSI(Utusan)


Read more...

Rabu, 15 Januari 2014

Bunuh diri kerana ingin disayangi

Tallulah Wilson
London: Seorang penari ballet remaja yang terlalu ketagih kepada Internet mengelar tangannya sendiri dan memuat naik gambar berkenaan sebelum membunuh diri dengan melompat di depan kereta api.
Tallulah Wilson, 15, turut mencipta watak fantasi di Internet sebagai seorang penagih kokain. 
Tujuannya - kerana dia terlalu ingin diterima orang lain dan disayangi. 

Pelajar Royal Ballet School itu juga kerap melawat laman sesawang yang menggalakkan pembunuhan diri dan menyakiti diri sendiri.
Perkara itu didedahkan ibunya, Sarah ketika inkues mengenai kematiannya semalam.
Menurutnya, Tallulah banyak menghabiskan masa di Internet kerana murung akibat dibuli, kematian neneknya dan melihat perceraian ibu bapanya. 

“Dia tidak dibenarkan memiliki telefon bimbit atau komputer riba, namun sering menggunakan komputer saya untuk melayari Internet,” katanya. 

Tallulah membunuh diri pada satu petang pada 12 Oktober 2012 di stesen St Pancras.
 - Agensi (myMetro)

Read more...

Selasa, 7 Januari 2014

3 Gambar : Diculik,dibogelkan untuk acara puja

SIMBOL digunakan kumpulan berjubah hitam ketika upacara pemujaan.


Rawang: Diculik kemudian dibogelkan sebelum dibalut kain putih seperti dikafan dan seterusnya dipuja dari waktu Maghrib sehingga Subuh. Itu pengalaman menakutkan yang dilalui seorang remaja, selama tiga hari.
Remaja itu yang hanya mahu dikenali sebagai Azmi, 19, berkata lebih menyeksakan, kumpulan individu berjubah hitam itu turut menjerut kemaluannya selain menderanya dengan pelbagai cara apabila dia melawan.

AZMI menunjukkan kain kafan yang diikat pada badannya.
Azmi berkata, dia diculik ketika berjalan kaki untuk ke kedai berhampiran rumahnya di sini kira-kira jam 5 petang pada 1 Januari lalu, sebelum dibebaskan pagi Sabtu lalu.

Menurutnya, kejadian diculik dan dipuja itu bukan kali pertama berlaku ke atasnya, malah yang keempat dengan tiga kejadian lagi berlaku pada Jun dan November lalu.

AZMI diikat pada tiang pondok dalam keadaan masih berkain kafan.
“Dalam kejadian pertama pada Jun serta kedua dan ketiga pada November tahun lalu saya diculik hanya satu malam dan jumlah individu terbabit sekitar tujuh hingga 10 orang saja.
Sumber myMetro


Read more...

Jumaat, 3 Januari 2014

Kejam ! Remaja berusia 16 tahun dirogol dan dibakar hidup hidup

Penunjuk perasaan membawa sepanduk ketika mengadakan bantahan bagi memperingati ulang tahun pertama kematian seorang pelajar yang dirogol beramai-ramai dalam sebuah bas di New Delhi, minggu lalu.

Kolkata: Seorang remaja India dirogol beramai-ramai di dalam dua kejadian serangan berasingan dan mati selepas dibakar hidup-hidup, mencetuskan bantahan di Kolkata di timur India semalam, kata polis semalam. 

Remaja berusia 16 tahun itu pertama kali diserang pada 26 Oktober dan sekali lagi pada hari berikutnya oleh sekumpulan enam lelaki berhampiran rumahnya di bandar Madhyagram, 25 kilometer ke utara Kolkata. 


Kejadian rogol kedua berlaku ketika beliau pulang ke rumah selepas melaporkan serangan pertama di sebuah balai polis. 

Beliau kemudian dibakar pada 23 Disember dan mati di sebuah hospital kerajaan lewat malam tahun baru, kata polis. 

“Beliau mengakui di hadapan pegawai kesihatan beliau dibakar oleh dua orang yang ada kaitan dengan dakwaan ketika bersendirian di rumah pada 23 Disember,” kata polis tempatan, Nimbala Santosh Uttamrao. 

Penahanan pertama 

Polis membuat penahanan pertama pada Rabu, dua bulan selepas kejadian jenayah awal, kata ketua polis tempatan, Rajiv Kumar. 


“Suspek cuba membunuh anak perempuan saya dengan membakarnya untuk menutup jenayah mereka,” kata bapa mangsa, seorang pemandu teksi dari negeri miskin India, Bihar. 

Semua nama mangsa dan bapanya tidak didedahkan atas alasan perundangan. 

Beratus-ratus aktivis melakukan bantahan di Kolkata pada Rabu berikutan jenayah itu yang mengejutkan selepas setahun kejadian jenayah seksual dilaporkan meluas di India. 

Kejadian rogol, serangan dan penganiayaan terhadap wanita di India menjadi perhatian sejak 12 bulan lalu selepas sekumpulan lelaki merogol seorang pelajar berusia 23 tahun dalam sebuah bas yang bergerak di New Delhi pada Disember 2012, sehingga mencetuskan kemarahan di seluruh negara. 

Parlimen sejak itu meluluskan undang-undang lebih tegas untuk menghukum perogol. 

Aktivis berkata mangsa rogol di India sering berhadapan dengan ancaman serius daripada penyerang mereka manakala pihak polis sering kali tidak menggalakkan mangsa untuk membuat laporan. 


- AFP(BH)


Read more...

Sabtu, 28 Disember 2013

Wanita dirogol tujuh lelaki dimalam Krismas

imej google

Seorang wanita berusia 20 tahun didakwa menjadi mangsa rogol beramai-ramai menjelang sambutan Krismas di selatan India, lapor media semalam, kejadian terbaru dalam siri serangan seksual yang dilaporkan di negara itu.

Laporan mengenai serangan terbaru berkenaan tersiar dua hari sebelum India dijangka memperingati ulang tahun pertama kematian penuntut wanita yang dirogol beramai-ramai di atas bas dalam serangan yang mengejutkan negara itu. 


Wanita yang dise rang menjelang Krismas itu memberitahu polis beliau diculik tiga lelaki ketika bersiar-siar dengan rakan-rakannya di Karaikal, bandar raya pelabuhan di Puducherry, laporan Times of India dan rangkaian televisyen. 

Satu kes sudah dilaporkan. Ada 15 tertuduh dan seorang mangsa” Monika Bhardwaj, Pegawai kanan polis

Dibebas suspek pertama

Salah seorang lelaki berkenaan merogolnya di sebuah tempat terpencil sebelum membebaskan mangsa, menurut Times of India.

Beliau meminta tolong tetapi sekumpulan tujuh lelaki lain menyerangnya ketika dibawa ke tempat selamat. Enam daripada mereka merogolnya.

“Satu kes sudah dilaporkan. Ada 15 tertuduh dan seorang mangsa,” kata pegawai kanan polis, Monika Bhardwaj. 
Bhardwaj berkata, tiga daripada tertuduh melarikan diri.

Akhbar Times of India melaporkan polis mendaftarkan kes berkenaan sebagai penculikan, rogol berkumpulan dan ugutan jenayah terhadap tertuduh. 


- AFP


Read more...

Ahad, 22 Disember 2013

Cerita Isteri bagi Suami makan nasi Kangkang

Ikram dan Iza menceritakan pengalaman mereka kepada wartawan Metro Ahad.
Kuala Lumpur: Bersuamikan lelaki tampan dan kacak sering menerbitkan rasa cemburu kepada si isteri, apatah lagi jika si suami agak miang dan kerap meninggalkan rumah kerana tuntutan tugas.
Bimbang teman hidup ‘makan luar’ atau dikebas wanita lain, ada segelintir isteri mengambil jalan mudah melakukan perbuatan khurafat untuk menundukkan suami dengan harapan rumah tangga dibina kekal harmoni tanpa kehadiran orang ketiga. 
Ini termasuk amalan ‘mengunci suami’ iaitu menggunakan ilmu sihir untuk menutup atau mengikat nafsunya terhadap wanita lain terutama ketika berjauhan dengan isteri. 

Bagaimanapun, risiko menggunakan khidmat syaitan amat tinggi terutama jika menggunakan bahan kotor seperti batang keladi, nasi kangkang, air mani, titisan peluh serta seluar dalam kotor untuk tujuan itu. Akibat tersilap kunci, si suami turut hilang nafsu terhadap isteri sendiri.
Itulah nasib yang berlaku kepada Ikram, 28, angkara perbuatan isterinya, Iza, 23. Pasangan ini sanggup berkongsi pengalaman mereka kepada pembaca Metro Ahad sebagai iktibar agar tidak sekali-kali cuba melakukan perbuatan sama.
Sumber myMetro

Read more...

Selasa, 17 Disember 2013

Copy Writer Meninggal dunia selepas bekerja 30 jam tanpa henti

Mita Diran

JAKARTA 16 Dis. - Berita kematian seorang gadis yang bertugas sebagai penulis iklan di agensi pengiklanan Young & Rubicam Group (Y & Y Group) kerana bekerja selama 30 jam tanpa henti, menggemparkan laman-laman sosial Twitter dan Facebook sejak semalam.

Mita Diran, 27, dilaporkan bekerja tanpa mengenal penat selama 30 jam dan perkara itu diketahui menerusi status terakhir yang ditulis di akaun Twitter peribadinya.

Mita dalam akaun Twitter dengan nama profil @mitdow pada pukul 6.47 petang 14 Disember menulis 30 hours of working and still going strooong (30 jam bekerja dan masih bertahan).

Sehari selepas status itu ditulis, pengikut-pengikutnya di Twitter dikejutkan dengan berita pemergiannya.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Mita atau nama sebenarnya Pradnya Paramita dilaporkan rebah dan dikejarkan ke Hospital Pusat Pertamina di sini untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, bapa Mita, Yani Syahril memberitahu, anaknya berada dalam keadaan koma dan peluang untuk kembali pulih amat tipis.

Dalam status yang ditulis di laman sosial Path, Yani berkata, anaknya itu rebah selepas bekerja tanpa henti selama tiga hari berturut-turut.

Di laman Twitter juga, rakan-rakan terdekat Mita melaporkan, gadis cantik yang berambut pendek itu turut mengambil minuman bertenaga berlebihan bagi membantunya cerdas ketika bekerja.

Berita kematian Mita juga disahkan oleh pengurusan Y & Y Group yang turut menghormati pemergian kakitangannya dengan menutup operasi syarikat selama sehari.

Penutupan operasi syarikat itu dibuat bagi membolehkan seluruh kakitangan menghadiri majlis pengebumian Mita di Tanah Perkuburan Umum Jeruk Purut di sini pagi ini. 

Utusan

Read more...

Isnin, 16 Disember 2013

Pencuri mayat diberkas,Bongkar kubur nak jadi ‘Superman’

RESI dan kain kafan yang dicurinya.
Cilacap: Misteri pembongkaran beberapa kubur di daerah di Jawa Timur ini akhirnya terjawab apabila polis Cilacap menahan seorang pemuda yang mengaku ingin belajar terbang seperti Superman dan menjadi halimunan.
Resi Rookiswana @ Pamungkas mengaku memerlukan kain kafan dari sejumlah kubur atas arahan seseorang bernama ‘ratu’ untuk menguasai ilmu itu.

“Ini untuk dibuat ilmu terbang. Saya sendirian mengambil kain kafan di kubur atas arahan ratu di Srandil,” katanya.
Antara mangsa Resi ialah Endah Setyowati, 24, yang meninggal dunia baru-baru ini. Resi didakwa memenggal kepala mayat Endah selepas membongkar kubur anak dara itu. Lelaki itu semalam berdegar-degar mengakui mampu menghilangkan diri, namun apabila diminta polis menunjukkan bakatnya itu dia sekadar ketawa dan memberi alasan cuma boleh melakukannya di tempat sunyi.
“Saya mampu menghilangkan diri, tahu-tahu sudah berada di tempat lain.
“Bukan sebarang orang boleh buat begitu,” dakwanya.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Cilacap AKP Agus Turyadi berkata, pihaknya menahan suspek selepas mengekorinya beberapa jam.
“Kami mengekorinya sepanjang malam sebelum menahannya di tepi landasan kereta api.
“Bahan bukti termasuk peralatan digunakannya juga dirampas di situ berikutan tempat itu dijadikan rumahnya,” katanya.
Menurutnya, polis merampas tulang tangan, rusuk, baju dan tali kain kafan milik seorang bayi yang juga diselongkar kuburnya.
Batu dan senjata tajam turut ditemui di rumah suspek.
Sementara itu, ketika dibawa ke balai polis, keluarga wanita yang kuburnya dibongkar suspek menyerang Resi.
Bagaimanapun mereka berjaya dihalang anggota polis bertugas.
Menurut Agus, Resi pernah dipenjara pada 2010 dan 2012 kerana mencuri motosikal.

 - Agensi(myMetro)


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP