GILA GAJET II


Terkini dari relevan Sokmo

Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label Seram. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Seram. Papar semua catatan

Ahad, 2 November 2014

Wanita Bunuh Diri Kerana Suami Enggan Tonton Filem Shah Rukh Khan

Shah Rukh Khan

SEORANG wanita di India bertindak meminum cuka sebagai tanda protes terhadap suaminya yang tidak mahu menonton filem lakonan aktor Shah Rukh Khan berjudulHappy New Year.
Wanita yang dikenali sebagai Neha itu tidak dapat diselamatkan doktor apabila keseluruhan organ dalamannya rosak dan terbakar akibat cecair berasid itu.

Seperti dilapor One India News, wanita berusia 21 tahun itu turut membuat sebuah rakaman video yang memberitahu bahawa perkara tersebut adalah kesalahan suaminya, Vishal.

Vishal menolak untuk menonton filem tersebut pada hari pertama tayangan kerana terlalu ramai orang. Namun perkara tersebut telah membuatkan wanita itu terlalu kecewa hingga tekad membunuh diri.

Sementara itu, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak Shah Rukh Khan berhubung kes tersebut.

mStar Online


Read more...

Jumaat, 31 Oktober 2014

Gali tanah jumpa tengkorak manusia

KEADAAN tengkorak yang semakin mereput.

Kuala Lumpur: Polis menyiasat kemungkinan berlaku pembunuhan susulan penemuan serpihan tengkorak dan tulang manusia tertanam di kawasan tapak pembinaan gimnasium dan makmal di Jalan Temerloh, Titiwangsa di sini.

Tengkorak itu ditemui pekerja di kawasan terbabit kira-kira jam 12 tengah hari semalam ketika mereka menjalankan kerja menggali tanah sedalam 1.2 meter.

Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Deputi Superintendan A Asmadi Abdul Aziz berkata, serpihan tulang dan tengkorak yang ditemui itu kemudian dikumpul sebelum pekerja itu memaklumkan penemuan berkenaan kepada pihak polis.

“Hasil pemeriksaan forensik mendapati usia tengkorak itu dipercayai sekitar lima tahun dan ia sudah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

“Maklumat diperoleh dari pekerja di tapak pembinaan itu memberitahu bahawa kawasan itu pernah menjadi tapak rumah kongsi pekerja asing,” katanya.

Asmadi berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan bedah siasatan akan dijalankan hari ini untuk mengenal pasti jantina, identiti dan pengumpulan DNA.

Sumber myMetro


Read more...

MALANG TIDAK BERBAU,PARANG TERCACAK DIMUKA

Gambar sumber FB

Jerantut: "Seram apabila saya melihat dia memegang parang yang tertusuk di mukanya sambil membonceng motosikal untuk ke Klinik Kesihatan Kuala Tahan sejauh lebih dua kilometer," kata Mat Tohor Ahmad, 43, bapa kepada seorang lelaki yang bertarung nyawa selepas parang melekat di mukanya dalam kejadian di FELCRA Tembeling Tengah, Kuala Tahan, dekat sini, semalam.

Kejadian jam 8 pagi itu berlaku apabila anaknya, Mohd Ridhuan, 20, dari Kampung Labu, dekat sini, menebas semak bersama rakannya di kawasan berhampiran di ladang FELCRA, dekat sini.

Gambar sumber FB

Namun, secara tiba-tiba, hulu parang rakannya tercabut lalu bilahnya 'terbang' dan tertusuk hampir lima sentimeter dalam di kepala Mohd Ridhuan menyebabkannya rebah serta terbaring kesakitan.

Ketika kejadian Mat Tohor menunggang motosikal berseorangan dari rumahnya ke kawasan ladang berhampiran sebelum terserempak dengan mangsa yang membonceng motosikal rakannya.

"Dalam keadaan kesakitan itu, Mohd Ridhuan sempat memanggil saya untuk ke Klinik Kesihatan Kuala Tahan sambil memegang parang sepanjang 30 sentimeter yang melekat di kepalanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Read more...

Rabu, 29 Oktober 2014

Wanita mati dipukul kerana amal sihir

  • Aktiviti memburu ahli sihir yang mensasarkan golongan wanita menjadi kebiasaan di beberapa bahagian di India. - Foto AFP

Seorang wanita dibunuh olah saudara-mara kerana disyaki mengamalkan ilmu sihir di daerah Weragama, di sini.

Menurut laporan polis, Dukalheen Bai mati selepas dibogel, dipukul dan diseksa selama beberapa jam oleh abang iparnya, Nakul Patel dan beberapa lagi ahli keluarga mangsa.

Patel menuduh mangsa mengamalkan sihir yang menyebabkan anak lelakinya jatuh sakit.

Dia kemudian ditahan bersama 10 orang lagi ahli keluarga termasuk lima orang wanita yang terlibat dalam pembunuhan tersebut, lapor AFP.

Menurut anak mangsa, Ashok Patel, ibunya dipukul dengan teruk di hadapan orang kampung, numun tiada seorang pun tampil membantu wanita tersebut.

“Ibu saya menjerit tapi orang kampung hanya melihat. Saya cuba menghalang namun tidak dapat menyelamatkannya,” katanya.

Tradisi memburu ahli sihir ini menjadi amalan kaum tertentu di India yang masih memegang kepercayaan terhadap kuasa sihir dan mistik.

Namun terdapat juga yang mengambil kesempatan dengan mensasarkan golongan janda untuk mendapatkan harta dan tanah mereka.

Awal bulan ini, bekas atlet lontar lembing India, Debjani Bora turut diikat dan dipukul dengan teruk setelah dituduh mengamalkan sihir di kampungnya di sebelah utara-timur Assam.

SH


Read more...

Kaki Remaja Reput Akibat Dipatuk Ular

SEORANG remaja perempuan berusia 13 mengalami pengalaman perit apabila kakinya reput selepas dipatuk ular.
Gadis yang tidak dikenali itu dibawa ke Hospital Carcaras, Venezuela selepas dia gagal dalam rawatan tradisional selama sebulan untuk memulih kakinya yang mereput sehingga meninggalkan tulang.
The 13 year old girl suffered severe necrosis - the premature death of cells - due to a snake bite that was treated with local indigenous remedies for a month before she was brought to a hospital in Carcaras
Doktor yang merawatnya turut terkejut dengan penyakit remaja berkenaan sebelum dimaklumkan bahawa dia pernah dipatuk ular berbisa.
Seorang Doktor dari Liverpool, Arun Ghosh yang melihat gambar tersebut berkata, kaki remaja terbabit mereput kerana bisa tersebut telah mematikan sel dan tisu.
"Gambar itu jelas menunjukkan bahawa tisu pada kaki remaja terbabit telah mati sepenuhnya dan yang tinggal hanya tulang," katanya.
Berdasarkan gambar itu juga, doktor berkenaan tidak menolak kemungkinan bahawa remaja terbabit berisiko untuk maut selepas ini.
mStar Online

Read more...

Selasa, 28 Oktober 2014

SENIMAN TERLAMPAU,PAKU KEMALUAN DI DATARAN MERAH


SEORANG seniman persembahan yang memaku kemaluannya di Dataran Merah di Moscow tahun lalu, sekali lagi menggemparkan Rusia.

Kali ini, Petr Pavlenskiy bertindak mengerat cuping telinganya di Serbski berhampiran Moscow.

Polis tiba di tempat kejadian beberapa minit selepas menerima aduan orang ramai dipetik laporan Mirror.

Artis jalanan berusia 31 tahun itu kemudiannya dikejarkan ke sebuah hospital di Botkinsky.

Sebelum ini, Pavlenskiy pernah menjahit mulut dan melilit tubuhnya menggunakan kawat berduri.

Tindakan itu dikatakan kerana tidak berpuas hati dengan dengan penahanan kumpulan punk wanita, Pussy Riot yang dikenakan hukuman penjara dua tahun kerana mencemuh Presiden Rusia, Vladimir Putin.


SH

Read more...

Ahad, 26 Oktober 2014

Gali 150 Mayat Untuk Ke Parti Hari Lahir

Moskvin bersama antara mayat yang dipakaikan dengan fesyen parti di kediamannya di tengah Rusia.

SEORANG ahli sejarah menggali 150 kubur supaya dia dapat memakaikan mayat itu dengan pelbagai fesyen pakaian umpama remaja yang menghadiri parti hari lahir.

Warga Rusia, Anatoly Moskvin mengeluarkan mayat kanak-kanak perempuan berusia antara tiga hingga 12 tahun itu semata-mata untuk memenuhi fantasinya yang pelik.

Dia kemudiannya membawa mayat itu pulang dan menghiasi setiap mayat di mana ada antaranya hanya tinggal rangka dengan stokin dan gaun dan juga patung beruang.

Moskvin yang fasih 13 bahasa dan digambarkan sebagai seorang yang 'pintar' itu turut memberikan nama kepada setiap mayat yang menghadiri parti yang dianjurkan itu.

Video yang dirakamkan Moskvin dan ditemui di pangsapurinya oleh penyiasat menunjukkan timbunan baju kahwin dan pelbagai jenis pakaian berwarna-warni diletakkan pada satu sudut kediamannya.

Dalam sebuah bilik pula, dapat dilihat wajar budak perempuan yang dibalut dengan fabrik kuning air dan ketika itu suara latar dalam video itu berkata: "Patung ini dibuat daripada mayat yang dimumia."

Polis berkata, Moskvin juga mengumpulkan maklumat dari semasa ke semasa mengenai kisah hidup setiap budak perempuan yang digalinya dan mencetak cara bagaimana menghasilkan patung daripada mayat manusia.

Obsesinya yang mengerunkan itu terbongkar apabila ibu bapanya melawatnya selepas pulang dari bercuti.

Lelaki berusia 46 tahun dari bandar Nizhni Novgorod di tengah Rusia itu ditahan pada 2011, tetapi kini timbul cerita dia tidak akan dihadapkan ke mahkamah atas perbuatan jenayahnya.

Selepas tiga tahun menjalani rawatan di klinik psikiatrik, dia didapati masih tidak bersedia untuk melalui proses perbicaraan.

"Dia akan terus ditempatkan di klinik untuk menjalani rawatan psikiatrik," kata jurucakap pihak pendakwaan.
mStar Online


Read more...

Sabtu, 25 Oktober 2014

Kasanova cetus ketakutan kepada wanita wanita yang pernah ditidurinya selepas mati

DECU si kasanova membawa virus HIV.

Majlis pengebumian seorang kasanova tiba-tiba kecoh apabila sejumlah wanita panik kerana mendapati lelaki terbabit dijangkiti virus HIV.

Puluhan wanita di sebuah bandar di daerah Dolj terpaksa mengambil ujian HIV kerana menyedari mereka pernah menjalin hubungan dengan Daniel Decu.

Ketika hidup, Decu, 24, mengetahui statusnya, tetapi dia merahsiakan daripada orang lain.

Hanya selepas dia mati dan pihak hospital menjalankan bedah siasat, keadaan kesihatannya terdedah.

Sesetengah bekas kekasih Decu dimaklumkan mengenai perkara itu ketika hari pengebumiannya.

Media semalam melaporkan, kebanyakan wanita terbabit berang kerana sikap Decu itu menyebabkan mereka mungkin dijangkiti virus maut berkenaan.

Sumber berkata, 40 orang wanita menjalani ujian darah dan kini berdebar-debar menunggu keputusannya.

“Selain mereka, ada beberapa wanita lain mengetahui keadaan kesihatan Decu sebelum dia mati.
“Sekurang-kurangnya dua orang disahkan positif HIV,” katanya. 
- Agensi

Read more...

Lelaki potong kemaluan selepas dihina

OLIVER ILIC mengalami pendarahan serius selepas dia bertindak memotong kemaluannya sendiri dan membuangnya ke dalam tong sampah. - Agensi



Seorang lelaki yang kecewa selepas cintanya ditolak oleh teman wanitanya bertindak memotong zakarnya sehingga putus, lapor Metro Online kelmarin.
Lelaki itu, Oliver Ilic, 22, didakwa telah dihina oleh teman wanitanya dengan mengatakan bahawa dia tidak begitu hebat ketika mengadakan hubungan seks.
“Saya telah dihina oleh teman wanita saya,” katanya kepada doktor.
Selepas memotong zakarnya, Ilic telah menghubungi pasukan kecemasan apabila dia gagal menghentikan pendarahan yang berlaku sebelum dikejarkan ke Hospital Kocani di timur Macedonia.
Anggota polis yang tiba di rumahnya kemudian telah menemui zakar yang telah dipotong itu di dalam tong sampah bersama sebilah pisau cukur yang digunakan untuk memotong alat sulitnya.
Doktor di hospital Kocani memberitahu, mereka tidak dapat menyambung semula zakar itu menyebabkan dia dipindahkan ke sebuah hospital lain di ibu kota Skopje dan akhirnya usaha menyambung semula zakar tersebut berjaya selepas satu operasi pembedahan selama lima jam.
Baru-baru ini, seorang lelaki berusia 40 tahun juga dari Macedonia telah memotong zakarnya sehingga putus sebelum membuangnya ke dalam mangkuk tandas. 
– Agensi(KOSMO!)

Read more...

Jumaat, 24 Oktober 2014

Gadis selfie dengan jenazah bapa dapat teguran


TINDAKAN seorang gadis yang sempat ‘berselfie’ disamping jenazah ayahnya, mengundang kritikan pengguna media sosial.

Tindakannya itu menimbulkan perasaan kurang senang  dikalangan pengguna laman sosial yang ‘terlihat’ gambar itu yang dimuatnaik di laman sosial Instagram.

Menurut seorang pengguna Abdul Hafiz, dia mengatakan bahawa gambar selfie itu kurang ‘enak’ dilihat kerana tidak bersesuaian dengan masa dan keadaan.

“Hmmm, janganlah bertindak sebegitu,” tulisnya.

Dalam masa yang sama si gadis ini turut menyiarkan gambar ibunya yang sedang bertafakur di tanah perkuburan dengan kapsyen  gambar dia berjanji akan menjaga ibunya selepas kehilangan ayahnya itu.

“Mama you still have us. I Promise gonna take care of you...insya-ALLAH #nyawaku,” tulisnya.


Sumber SInar Harian


Read more...

Lelaki 'Dengar' Rama-Rama Kibas Kepak Dalam Telinga

Mikey lega selepas rakan berjaya keluarkan rama-rama dalam telinganya.

SEORANG lelaki menjadi tidak keruan apabila pendengarannya diganggu dengan bunyi seolah-olah ada sesuatu sedang bergerak-gerak dan mengibaskan kepak dalam telinganya.

Hanya dikenali sebagai Mikey, lelaki itu ditemui rakannya terbaring di lantai sambil mengadu mengesyaki ada serangga masuk ke dalam telinganya dan ia mungkin rama-rama.
Mikey juga memberitahu rakannya, dia dapat mendengar pergerakan serangga itu dalam telinganya terutama ketika kepaknya dikibas.

Menggambarkan saat serangga itu terbang ke dalam telinganya, Mikey berkata: "Saya dapat rasakan ia masuk, saya cuba menepis tetapi gagal."

Kejadian di Missouri, Amerika Syarikat ini menyebabkan rakannya terpaksa menggunakan lampu suluh dan penyepit untuk mengeluarkan rama-rama itu.

Tambah menyukarkan keadaan apabila telinga Mikey juga dipenuhi tahi telinga menyebabkan rakannya perlu membersihkannya dahulu, sebelum meneruskan usaha untuk mengeluarkan rama-rama yang bersembunyi jauh ke dalam lubang telinga lelaki malang itu.

Selepas beberapa kali cubaan gagal, akhirnya mereka berjaya menarik keluar rama-rama coklat sepanjang kira-kira tiga sentimeter dan ia masih hidup.

Sambil serangga itu mengibaskan kepaknya di lantai, Mikey yang ternyata lega berulang kali mengucapkan terima kasih kepada rakan yang membantunya.

Pada awal bulan ini, Mirror melaporkan bagaimana pengembara Britain terpaksa menahan rasa sakit dan tidak selesa apabila lintah melekat pada hidungnya.

Daniella Liverani ke Vietnam dan mengalami pendarahan hidung dan sebaik pulang ke Edinburgh dan mendapatkan rawatan, doktor mengesan adanya lintah pada hidungnya.

Selain itu, pada Ogos, Brit Rob Fielding dilaporkan menjalani pembedahan selama 90 minit untuk mengeluarkan rama-rama yang dikatakan berterbangan dalam kepalanya.
Sumber

Read more...

Selasa, 21 Oktober 2014

MAUT DIBUNUH KERANA KENCING ATAS TILAM

Polis wilayah Yunnan menangkap seorang lelaki kerana dipercayai membunuh anak lelakinya sebelum memotong kemaluan mangsa.

Berdasarkan laporan, tindakan tidak berperikemanusiaan berkenaan didorong rasa marah suspek terhadap anaknya yang suka kencing di atas tilam.

Jurucakap polis semalam berkata, Tang Minghua, 39, terpaksa bersendirian membesarkan anak lelakinya, Kao, 9, selepas ditinggalkan isteri.

“Pasangan berkenaan mengalami masalah rumah tangga.

“Tang ditinggalkan kerana isterinya menjalin hubungan dengan lelaki lain,” katanya.

Namun kesalahan mungkin bukan terletak pada isteri Tang semata-mata.

Berdasarkan kenyataan jiran, Tang tidak mempunyai pekerjaan sebaliknya sering menghabiskan masa mabuk di rumah.

Bosan dan kecewa dengan keadaan rumah tangga berantakan serta rindu kepada ibunya, Kao ‘memberontak’ dan mula kerap kencing di atas tilam.

Jurucakap polis berkata, Tang dipercayai hilang sabar kelmarin kerana Kao sekali lagi kencing di atas tilam walaupun sebelum itu disuruh ke tandas.

“Kao enggan ke tandas kerana mendakwa dia tidak berasa mahu kencing,” katanya.

Berdasarkan siasatan awal, Tang dipercayai mengheret Kao keluar dari rumah mereka di Zhenxiong dan memaksanya kencing.

Apabila budak itu berdegil, Tang mula mencekik anaknya sehingga mati.

Kemaluan Kao kemudian dipotong sebelum Tang kembali ke rumah untuk tidur.

Kejadian berkenaan hanya disedari selepas penduduk setempat ternampak mayat Kao terbaring di depan rumah.

Jurucakap polis berkata, Tang menyalahkan isterinya atas kejadian itu.

- Sumber



Read more...

Ahad, 19 Oktober 2014

SMS dari kubur

Sudah menjadi kebiasaan apabila seseorang yang dikasihi meninggal dunia, timbul persoalan mengenai apa yang hendak dibuat dengan nombor telefon bimbitnya.

Ada yang enggan memadamkan nombor telefon itu sementara ada yang berasa selesa menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) kepada orang yang pernah mereka sayang.

Bayangkan apa yang berlaku jika SMS yang dihantar itu dijawab.

Sheri Emerson menghantar mesej pesanan ringkas kepada mendiang neneknya, Lesley, yang dikebumikan bersama-sama telefon bimbitnya.

Tetapi sehari kemudian, dia menerima jawapan: "Saya memerhatikan anda. Jangan risau. Anda akan berjaya mengatasinya. Anda akan selamat."

Sheri yang terkejut menerima mesej itu, menelefon nombor berkenaan dan orang yang menjawabnya mengaku menghantar mesej berkenaan.

Sebenarnya, syarikat telekomunikasi 02 menjual nombor yang pernah digunakan nenek Sheri kepada pelanggan lain selepas ia tidak digunakan selama tiga tahun.

"Saya terkejut menerima jawapan itu. Saya menghantar mesej Rabu lalu, menceritakan mengenai keluarga kami dan keesokannya, saya mendapat jawapan. Saya tahu nenek tidak akan menjawab. Tetapi, tiba-tiba saya menerima jawapan daripada nombornya.

"Anda sendiri boleh bayangkan keadaan saya ketika itu," katanya.

Sementara itu, 02 mengesahkan ia menjual nombor Lesley kepada seorang pelanggan barunya.

-AFP


Read more...

Rabu, 15 Oktober 2014

Jururawat Disyaki Bunuh 38 Pesakit Kerana Sakit Hati

Daniella Poggiali kini ditahan untuk siasatan lanjut.
Seorang jururawat di sebuah hospital di sini disyaki membunuh 38 pesakit selepas dituduh menyuntik seorang daripadanya menggunakan kalium klorida hanya kerana sikap pesakit atau keluarga mereka menyakitkan hatinya.

Daniela Poggiali ditahan di Lugo, utara Itali selepas kematian mengejut pesakit berusia 78 tahun yang dimasukkan ke hospital kerana demam biasa.

Berikutan kejadian itu, polis Itali sedang menyiasat dan memperluaskan skop membabitkan kematian 38 pesakit kerana disyaki dibunuh jururawat itu.

Terdapat laporan yang menyebut dia dipercayai membunuh pesakitnya menggunakan kalium, manakala seorang rakan sekerjanya pula memberitahu, Daniela pernah memintanya merakam gambarnya bersebelahan seorang pesakit yang baru meninggal dunia.

Jururawat berusia 42 tahun itu juga pernah secara berseloroh mahu memberikan kalium klorida kepada seorang pesakit yang tenat.

Daniela juga didakwa pernah memberi ubat pelawas buang air besar kepada pesakit sebelum menamatkan syifnya kerana dengan sengaja mahu menyusahkan rakan sekerja pada syif seterusnya.

Wanita ini menjadi suspek berikutan siasatan kes kematian mengejut pesakit di bawah jagaannya, Rosa Calderoni, 78, April lalu.

Ujian menunjukkan saluran darah pesara itu mengandungi sejumlah besar kalium klorida di mana jika ia diberi dalam dos tinggi boleh menyebabkan serangan jantung.

Bahan itu digunakan ke atas banduan yang menjalani hukuman mati di Amerika Syarikat.

Ketua Pendakwa Raya Alessandro Mancini memberitahu sidang akhbar, pihaknya berdepan dengan kesukaran dalam siasatan ke atas Daniela.

mStar Online


Read more...

Jumaat, 10 Oktober 2014

BUNUH DAN NODA MAYAT EMAK

imej Carian
Texas: Sebuah mahkamah di sini semalam diberitahu bagaimana seorang remaja belasan tahun membunuh ibunya dengan tukul besi dan kemudian memperkosa mayat mangsa.
Kevin Davis, 18, mengaku membunuh ibunya, Kimberly Hill, 50, di kediaman mereka di Corpus Christi, Texas. 
Semalam, juri ditunjukkan dokumen soal siasat Davis dengan polis selepas dia ditangkap. 

Davis menceritakan kepada penyiasat bagaimana dia mula cuba membunuh ibunya dengan menjerut mangsa mengguna wayar elektrik.
Apabila ibunya tidak mati, Davis mengambil tukul besi dan mengetuk mangsa kira-kira 20 kali.
Disoal apa yang berlaku kemudian, Davis berkata: “Saya mengadakan seks dengan mayatnya. Itu pertama kali saya mengadakan seks dan ia dengan ibu saya.” 

Menurutnya, dia tidak keluar dari apartmen berkenaan kerana menunggu adiknya pulang dengan niat untuk membunuhnya juga. 

Tetapi kerana bosan menunggu, dia meninggalkan kediaman itu. 

Dalam soal siasat berkenaan, Davis juga memberitahu pegawai, dia sudah sekian lama mengimpikan untuk membunuh ibu dan adiknya dan akan melakukannya sekali lagi jika dibenarkan. 

Dia menceritakan bagaimana dia berangan melakukan pembunuhan itu - berpakaian suit, memenggal mangsa, memakainya dengan pakaian cantik sebelum mengadakan seks dengan mayat itu. 

Apabila ditanya alasan dia membunuh ibunya, Davis berkata, dia bosan dengan hidupnya dan tidak suka bergaul. 

“Saya tidak gila. Saya waras. Saya tahu apa yang saya lakukan,” katanya. 
Davis hanya tersenyum sepanjang perbicaraan semalam. 

Juri mengambil masa kurang sejam untuk mendapatinya bersalah dan menghukumnya penjara seumur hidup. 
- Agensi

Read more...

Rabu, 8 Oktober 2014

WANITA YANG DIBUNUH DIKERAT KEKASIH ADALAH SEORANG PELACUR KOMERSIAL BERTARAF ANTARABANGSA

MAYANG bersama Volke.

Brisbane: Wanita Indonesia yang dibunuh dan dipotong mayatnya kelmarin didakwa pelacur komersial bertaraf antarabangsa.

Media Australia Couriermail.com.au melaporkan, Mayang Prasetyo mengenakan bayaran sehingga lebih RM1,300 sejam. 

“Mangsa kemudian dipotong dan ditanak suaminya di sebuah apartmen adalah pelacur kelas tinggi,” lapor laman sesawang itu.

Memetik sumber, media itu mendakwa mayang turut memasarkan dirinya dan mencari pelanggan secara dalam talian.


Semakan di Internet menunjukkan Mayang - seorang pondan - menulis promosi di sebuah laman sesawang: “Rebut saya sekarang sebelum terlambat.”

Ibu Mayang, Nining Sukarni, berkata anaknya itu adalah orang yang banyak membantu keperluan kewangan mereka seharian.

“Mayang sering menghantar wang terutama untuk dua adiknya yang baru berusia 15 dan 18 tahun,” katanya.

Polis Australia menemui mayat busuk Mayang di apartmen didiaminya bersama Marcus Volke, 28, kelmarin selepas penduduk setempat mengadu terhidu bau busuk di situ. 


- Agensi


Read more...

Selasa, 7 Oktober 2014

Video, Cengkerik Bersarang Dalam Telinga

SEORANG lelaki yang tidak selesa dengan kegatalan pada telinga terkejut apabila mengetahui seekor cengkerik berada di dalam rongga telinganya.
Cengkerik itu ditemui selepas lelaki yang dipercayai dari India itu menemui doktor untuk melakukan pemeriksaan terhadap telinganya.
Hasil pemeriksaan, doktor menemui cengkerik yang masih hidup berada kira-kira tujuh sentimeter di dalam telinga mangsa.
Cengkerik itu juga dikesan masih mengeluarkan bunyi ketika berada di dalam rongga teling mangsa.
Doktor kemudian berjaya mengeluarkan cengkerik itu tanpa sebarang luka pada rongga telinga.


Sumber


Read more...

PELAKON PORNO MARIA OZAWA ( MIYABI ) KINI MENCARI SUAMI

Maria Ozawa (28) terkenal dengan julukan Miyabi. 

Pelakon Maria Ozawa yang turut terkenal dengan nama julukan Miyabi mengaku sedang mencari pasangan hidup selepas kian bosan membujang.
Pengakuan itu dibuat Maria ketika dia memang dikenali sebagai aktres yang sentiasa mempunyai ‘pasangan’ berdasarkan statusnya sebagai pelakon filem lucah.
Maria, 28, berkata, dia tidak kisah bakal pasangan hidup itu datang dari negara mana kerana yang penting lelaki itu seorang yang memahami kerjayanya.
“Saya tidak peduli siapa orangnya dan warga negara apa, sama ada dari Jepun mahupun Indonesia.
“Paling penting bakal kekasih saya itu dapat menerima saya seadanya, termasuk keperluan pekerjaan saya,” katanya kepada Tribunnews semalam.
Maria adalah seorang daripada pelakon filem lucah paling terkenal di dunia dan pada Mei 2010 muncul dalam filem komedi dewasa Indonesia, Menculik Miyabi.
Filem itu diarah oleh Findo Purwono HW.
Pada November tahun sama Maria sekali lagi mewarnai layar perak Indonesia melalui filem seram Hantu Tanah Kusir.
Menurut Maria, tanpa mempedulikan tanggapan orang lain, dia amat menyukai pekerjaannya sebagai pelakon.
Justeru, dia yakin akan dapat membina rumah tangga bahagia pada masa depan jika kekasihnya dapat menerima dia seadanya.
Bercakap mengenai pengalamannya ke Indonesia, Maria berkata dia pernah ke negara itu sebanyak empat kali antara 2009 hingga 2010.
Tiga daripada empat lawatan itu adalah ke Bali untuk mempromosi filemnya.
Sementara itu, mengulas mengenai kemunculan akaun palsu di Twitter dan Youtube menggunakan namanya, Maria berasa amat kesal dengan tindakan pihak tertentu yang mengambil kesempatan.
“Ia buat saya bingung.

Sumber


Read more...

Sabtu, 27 September 2014

KEJAM ! Cincang mayat anak,campak dalam Lubang Tandas Awam

Tempat kejadian Sutain dibunuh dan dicincang bapanya. Gambar kecil, Sutain.
Seorang lelaki mencekik anaknya hingga mati sebelum mencincang mayat mangsa dan membuangnya ke dalam lubang tandas awam.
Zhang Li, 46, bertindak demikian kerana mendakwa anaknya, Sutain, 12, memalukan keluarga mereka selepas tidak mencapai keputusan baik di sekolah.
Dia membuang mayat anaknya yang sudah dicincang itu di tandas awam tidak jauh dari rumah mereka di Bandar Wengzhou, wilayah Zhejiang, timur China.
Seorang jurucakap polis berkata, Zhang, membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya selepas didesak oleh isterinya.
“Bagaimanapun, kami ragu-ragu dengan laporan itu. Dia tidak kelihatan kecewa atau bimbang,” kata jurucakap itu.
Menurutnya, jiran Zhang yang disoal polis berkata, lelaki itu tidak berusaha untuk mencari Sutain. Sebaliknya, dia dilihat gembira dengan ketiadaan anaknya itu. 

Tiga hari selepas laporan itu dibuat, polis menemui mayat mangsa setelah seorang pekerja penyelenggaraan membuat laporan menemui tangan manusia ketika membersihkan tandas berkenaan.

Zhang disyaki kerana tingkah lakunya tidak sama seperti kebanyakan ibu bapa yang kehilangan anak.

“Selepas disoal siasat, dia mengaku membunuh Sutain kerana kecewa mangsa gagal menjadi anak yang baik dan memalukan keluarga,” kata jurucakap itu.

Zhang kini berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup.
- AFP

Read more...

Khamis, 25 September 2014

PENANGAN PUTUS CINTA

MANGSA tidak sedarkan diri selepas dipercayai minum racun dirawat di Hospital Tampin.
Tampin: Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga ditemui tidak sedarkan diri di belakang sekolahnya dipercayai selepas meminum sejenis racun rumpai, semalam.
Difahamkan, dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa berusia 15 tahun dipercayai meminum racun rumpai di belakang sekolah berkenaan sebelum rebah. 
Menurut sumber, pelajar itu yang dipercayai baru putus cinta dikatakan gagal mengawal perasaan dan meminum racun yang dibawa ke sekolah secara diam-diam. 

“Selepas minum pagi di sebuah warung berdekatan, mangsa terus menuju ke belakang bangunan sekolah dan mengeluarkan botol racun daripada beg lalu meminumnya sebelum dia rebah dalam keadaan mulut berbuih.
“Pelajar itu bagaimanapun bernasib baik kerana ditemui rakan yang terus memaklumkan kepada pihak sekolah sebelum dia dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Sumber myMetro

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

Google+ Followers

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP