GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 7 Jun 2010

Kampung Lama kawan ( kampung Musir Chenor Maran Pahang )

Ahad 06hb June 2010..kawan sekeluarga dan Aboh kawan telah balik Kampung halaman tanah tumpah darah ku kerana satu undangan Mejelis Kenduri kahwin di Kawasan Penempatan Banjir Bukit Kening..Kawan cuma tinggal di Kampung Musir ini setakat umur 6 tahun sahaja..selepas itu rumah Atok Uwan kawan dihanyut Banjir ( Bah ) besar tahun 1971..banyak rumah yang dihanyutkan banjir ketika itu..

.
Singgah Solat Zohor di Mesjid ini


/
Di Kampung Sekara ini ada projek tanaman padi..kome semua turun..untuk bagitau anak
anak ini adalah sawah padi..jika tidak anak anak akan kenal beras sahaja..( sawah beras? )



Kawan cuba mengimbau kembali segala Nostalgia silam apabila lalu di Kampung Lama yang telah lama kawan tinggalkan itu.. masih ingat lagi bagai mana kawan telah mencekik seekor anak ayam yang baru menetas didalam sangkak lantas mencampakkan ke dalam Sungai Pahang yang berhampiran rumah Atok Uwan kawan..sebagai upah kawan mendapat pukulan daripada batang Sungkai oleh Aboh kawan..



Sesampai dihadapan kuburan lama Kampung Kening kawan teringat lagi disitu ada pohon Bidara ( Mata Kucing ) yang selalu dikatakan ada Penunggu di kawasan itu..terutama bila musim buah nya menjadi..



Kawan sangat terharu apabila melihat banyak rumah rumah Tradisional yang ditingalkan begitu saja..kerana penduduk di situ telah berpindah ke penempatan Banjir..

Abah kawan bagi tau..rupa rupanya ada lagi tanah peninggalan Arwah Atok kawan yang telah diserahkan kepada Aboh kawan..



''..Kalu aok boleh jayakan dengan sempurna tanoh ni..Aboh seroh ke aok Tan ''..kata Aboh kawan kepada kawan..



Kawan terus memandu pulang dengan semangat yang berkobar kobar..



*** Kehidupan yang sempurna akan menjamin kebahagiaan...Jangan lupa pula kepada Landasan kita..

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP