GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 7 Jun 2010

Kampung Lama kawan ( kampung Musir Chenor Maran Pahang )

Ahad 06hb June 2010..kawan sekeluarga dan Aboh kawan telah balik Kampung halaman tanah tumpah darah ku kerana satu undangan Mejelis Kenduri kahwin di Kawasan Penempatan Banjir Bukit Kening..Kawan cuma tinggal di Kampung Musir ini setakat umur 6 tahun sahaja..selepas itu rumah Atok Uwan kawan dihanyut Banjir ( Bah ) besar tahun 1971..banyak rumah yang dihanyutkan banjir ketika itu..

.
Singgah Solat Zohor di Mesjid ini


/
Di Kampung Sekara ini ada projek tanaman padi..kome semua turun..untuk bagitau anak
anak ini adalah sawah padi..jika tidak anak anak akan kenal beras sahaja..( sawah beras? )



Kawan cuba mengimbau kembali segala Nostalgia silam apabila lalu di Kampung Lama yang telah lama kawan tinggalkan itu.. masih ingat lagi bagai mana kawan telah mencekik seekor anak ayam yang baru menetas didalam sangkak lantas mencampakkan ke dalam Sungai Pahang yang berhampiran rumah Atok Uwan kawan..sebagai upah kawan mendapat pukulan daripada batang Sungkai oleh Aboh kawan..



Sesampai dihadapan kuburan lama Kampung Kening kawan teringat lagi disitu ada pohon Bidara ( Mata Kucing ) yang selalu dikatakan ada Penunggu di kawasan itu..terutama bila musim buah nya menjadi..



Kawan sangat terharu apabila melihat banyak rumah rumah Tradisional yang ditingalkan begitu saja..kerana penduduk di situ telah berpindah ke penempatan Banjir..

Abah kawan bagi tau..rupa rupanya ada lagi tanah peninggalan Arwah Atok kawan yang telah diserahkan kepada Aboh kawan..



''..Kalu aok boleh jayakan dengan sempurna tanoh ni..Aboh seroh ke aok Tan ''..kata Aboh kawan kepada kawan..



Kawan terus memandu pulang dengan semangat yang berkobar kobar..



*** Kehidupan yang sempurna akan menjamin kebahagiaan...Jangan lupa pula kepada Landasan kita..

22 Merujuk kepada perkara diatas :

Dyna Yvonne 7 Jun 2010 pada 5:20 PTG  

tiba2 rse rindu nk balek g jugak~
ngee~

Relevan 7 Jun 2010 pada 5:32 PTG  

* Jom Dyna..balik kampung..

zamtavac 7 Jun 2010 pada 5:46 PTG  

salam relevan :kalu aok perasan ade rumah kat markas pas bukit kening kawe duk situ dari tahun 1985 - 1990 kat situ... he he he

Relevan 7 Jun 2010 pada 6:09 PTG  

* Yep! Zamtavac ..Kawan perasan sangat..hehe!

Aku Anak Pahang 7 Jun 2010 pada 6:17 PTG  

Kawan bila mengenang kampung tmpt tumpoh daroh kawan, kawan ttp bersedih kerana sekarang tmpt itu dah balik ke asal menjadi hutan belentara.. jika disuatu ketika dulu jin dah tak bertendang disitu sekarang telah kembali aktif...huhuhu...

Sharinginfoz 7 Jun 2010 pada 6:38 PTG  

ramai org kahwin kan waktu cuti ni

Relevan 7 Jun 2010 pada 6:41 PTG  

* Sabor en Yassin..nanti kot ander rezeki..bila dah pencen esok esok..kita pakat balik ke Kampung..tebas dan tanam benda yang patut..masa tu tak kisoh dah sebab Jalur Lebar dah ada dimana mana..

* Yer..SharingInfoz..memang musim kenduri kawin sekarang..awak bila lagi..hehe!

hans 7 Jun 2010 pada 6:44 PTG  

hohoho
tingat memori lama memang best

a.z.r.i.n.a.03.07 7 Jun 2010 pada 8:52 PTG  

nak usahakan projek apa ya di tanah tu..

saharul 7 Jun 2010 pada 9:08 PTG  

la....awok kg sekara yak....org cenor rupenye...

endiem 7 Jun 2010 pada 9:10 PTG  

asal nama kg. Musir diambil dari bahagian daging lembu yang bernama daging musir atau juga dipanggil daging batang pinang.

zulkbo 7 Jun 2010 pada 9:17 PTG  

salam syed..
moleklah tu bawak
anak2 tempat asal usul
aok..tidaklah nanti deme
langsung tak tahu bila orang tanya
abah aok dari mana?

CITY® 7 Jun 2010 pada 10:30 PTG  

salam aok,

org chenor ropernya...
tak nah sampai g, heheeheh
koi ada member org paloh hinai
skendel masa study dolo2
hahahhaha...

afzainizam 8 Jun 2010 pada 12:27 PG  

┌─┐ ─┐
│▒│ /▒/
│▒│/▒/
│▒ /▒/─┬─┐
│▒│▒|▒│▒│
┌┴─┴─┐-┘─┘
│▒┌──┘▒▒▒│
└┐▒▒▒▒▒▒
└┐▒▒▒▒┌
Peace no war...
Sama2 la bagi sokongan atas usaha bersama ini..
Kami mengecam kezaliman ISRAEL terhadap saudara Gaza http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Sorry aku lambat balas... agak sibuk kebelakangan ni

tu pean aboh... kena gok usahakan ... pesan orang tua usahakan bagi berjaya sikit...jadi kaye skit usaha tanah tu... berbudi pada tanah..
tak pernah sampai sana tapi pernah sampai Maran aje...

sahromnasrudin 8 Jun 2010 pada 8:24 PG  

tak pernah sampai tempat nie..insyaAllah akan sampai nanti

Nerzhul 8 Jun 2010 pada 8:37 PG  

baalik kampong. woohoohoo balik kampong. hati girang...

Relevan 8 Jun 2010 pada 12:25 PTG  

* Lupa nak bagi tau..hati hati bila melalui jalan Kampung ini..banyak lembu kerbau yang akan melintas jalan..

Cik SHiNJU 10 Jun 2010 pada 10:41 PTG  

salam...

dah goner aok tan?
ade idea ke nk majukan tanoh te?
hehe...

wirajiwa 25 Oktober 2010 pada 6:59 PG  

haikk.. jumper org kampung kawan di sinih weh..hadoii.. anok saper gamoknyer ni yerk?

Unknown 13 September 2013 pada 4:29 PTG  

kawan pun orang kening tapi bukan rumoh banjir kening tapi atas bukit kening dari kecik dudok situ sampae loh kawan nikoh pas tu kluar dari kampung tapi balek tiap2bulan sebab mok kawan ade lagi...salam orang kampung

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP