Senyum dipagi hari Jumaat ( Piala Dunia )
Tweet
Malam ini bermulanya piala Dunia.. satu satunya pertandingan Bolasepak anjuran FIFA yang terbesar diatas planet kita ini.. semua peminat peminat Bola telah bersiap sedia untuk menonton dan menyokong pasukan serta pemain pemain Negara yang disukai dan diminati..termasuklah Kak Zakiah dan Rozita juga..
.
Lokasi semasa membeli Sayur sayuran dan lauk pauk daripada seorang Apek dengan Lori beliau..
.
Kak Zakiah : ''..Malam ni detik bermula piala dunia antara Afrika Selatan dan Mexico..Zita sokong pasukan mana..
.
Rozita : '' Oh Akak..Zita mesti sokong negara Mexico..suka tengok aksi pemain pemain negara Latin sana ''..
.
Kak Zakiah : '' Macam tu..apa pula pasukan peberet Zita ?..Macam Akak suka dengan negara Belanda.. situ ada Cristino Ronaldo ''..
.
Rozita : ''.. Eh Akak silap..Cristino Ronaldo pemain negara Portugal lah Kak '''..
.
Kak Zakiah : '' Dak eh..? Cristino Ronaldo pemain Belanda lah Zita..mari kita tanya Apek ni..''
.
Apek : '' Itu ..Clistino Lonado bukan negara Belanda lah..tapi itu dia main untuk negara Netherlands ''...
.
Keadaan menjadi bertambah keliru..dan yang pasti selama sebulan ini tentunya para peminat Bola akan demam..
.
*** Jangan bertaruh taruh yer..
Read more...