Senyum dipagi hari Jumaat ( Piala Dunia )
Tweet
Malam ini bermulanya piala Dunia.. satu satunya pertandingan Bolasepak anjuran FIFA yang terbesar diatas planet kita ini.. semua peminat peminat Bola telah bersiap sedia untuk menonton dan menyokong pasukan serta pemain pemain Negara yang disukai dan diminati..termasuklah Kak Zakiah dan Rozita juga..
.
Lokasi semasa membeli Sayur sayuran dan lauk pauk daripada seorang Apek dengan Lori beliau..
.
Kak Zakiah : ''..Malam ni detik bermula piala dunia antara Afrika Selatan dan Mexico..Zita sokong pasukan mana..
.
Rozita : '' Oh Akak..Zita mesti sokong negara Mexico..suka tengok aksi pemain pemain negara Latin sana ''..
.
Kak Zakiah : '' Macam tu..apa pula pasukan peberet Zita ?..Macam Akak suka dengan negara Belanda.. situ ada Cristino Ronaldo ''..
.
Rozita : ''.. Eh Akak silap..Cristino Ronaldo pemain negara Portugal lah Kak '''..
.
Kak Zakiah : '' Dak eh..? Cristino Ronaldo pemain Belanda lah Zita..mari kita tanya Apek ni..''
.
Apek : '' Itu ..Clistino Lonado bukan negara Belanda lah..tapi itu dia main untuk negara Netherlands ''...
.
Keadaan menjadi bertambah keliru..dan yang pasti selama sebulan ini tentunya para peminat Bola akan demam..
.
*** Jangan bertaruh taruh yer..
16 Merujuk kepada perkara diatas :
kena amik tahu nama negara orang kan..
kan ke belanda tu netherland ..hehe
pandai gak apek tu yea..
hmmmm malam ni kul 10..... tunggu
High 5 Town
Jangan bertaruh...Jangan main judi bola.. kami membantah judi bola.
dah mula ke??
alahai
x minat bola!
cayalah apek
brazil akan memenangi perlawanan piala dunia pada tahun ini.
Bermula la episod "qiamullai" dikalangan kita kan.
:D
part ni den tak suko sebab den akan ditinggalkan keseorangan,,...uhuhuhuh
* Makan bola tido pun bola..
Kawan nyokong Brazil....
belanda pasti kan juara huhuhuh..malaysia hantar wakil subkhiddin je la huhuhuhu
germany
hehe.. dlu sy x pernah tgk, masa terlntar atas katil dlu 2006.. tgk gak le.. dah mula rasa suka.. tp xde le fanatik..
germany !germany!!!!
koi rase korea utara juara tahun ni
ada kawan dpt p afrika tgk bola ...heeeee jeles betoi kiter !
...ada pemain nama nani kan ??? negara mana ??
Catat Ulasan