GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 29 Ogos 2010

Projek malam minggu ( Moreh khas )

* Sedapnya nasi beriyani sehingga boleh menjilat pinggan ( bagi pengemar )

Ini kenangan sewaktu dulu dulu.. pada setiap malam di bulan puasa mesti ada Moreh..untuk jamuan kepada jemaah yang bersolat terawih..

Ada ketika Moreh istimewa yang di anjurkan oleh badan badan tertentu..bila istimewa sudah tentunya makanan yang sedap...dan pada malam itu ada Moreh yang di anjurkan oleh persatuan peniaga peniaga India Muslim ..sudah tentu Moreh adalah nasi Beriyani..

Ini yang membuat 4 rodong yang bernama Kapok..Bok..Aduk dan Stapo mengatur startegi untuk mendapat lebih lauk ayam nasi beriyani tu..ketika jemaah lain sedang bersolat terawih 4 rodong ini sudah ada plan tertentu..setelah rancangan tersusun rapi..masing masing ada punya tugasan..

Tugasan : -

Kapok : - Tukang tengok jemaah yang sedang bersolat agar tiada yang nampak operasi ini..jika nampak itu tanda jemaah tidak khusyuk..

Bok : - Tukang cedok lauk ayam dan nasi dari dalam periuk..

Aduk : - Tukang tadah bekas plastik ( jabir ) untuk lauk ayam dan nasi tersebut..

Stapo : - Berkawal dari pekarangan Surau..

Setelah semua clear mereka pun cabut ke satu tempat dan makan sepuas puas hati..

'' Pelik juga kali ni yer..persatuan yang anjur Moreh ini bagi nasi lebih pulak sedangkan ayam nya tidak cukup untuk jemaah ''..kata Bilal Mat Kassim..

'' A'aa..tak tau lah ngapa..kot dia suruh 1 ketul ayam bagi 2 dak ? ''..jawab Tok Imam nombor 2 Surau itu..

Dan misteri kehilangan lauk lauk ayam nasi beriyani itu tidak dapat terungkai..hanya 4 orang rodong tadi sahaja yang boleh memberi jawapan..

*** Bila ada moreh nasi beriyani maka adalah teringat akan peristiwa misteri ini..

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP