GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 29 Ogos 2010

Projek malam minggu ( Moreh khas )

* Sedapnya nasi beriyani sehingga boleh menjilat pinggan ( bagi pengemar )

Ini kenangan sewaktu dulu dulu.. pada setiap malam di bulan puasa mesti ada Moreh..untuk jamuan kepada jemaah yang bersolat terawih..

Ada ketika Moreh istimewa yang di anjurkan oleh badan badan tertentu..bila istimewa sudah tentunya makanan yang sedap...dan pada malam itu ada Moreh yang di anjurkan oleh persatuan peniaga peniaga India Muslim ..sudah tentu Moreh adalah nasi Beriyani..

Ini yang membuat 4 rodong yang bernama Kapok..Bok..Aduk dan Stapo mengatur startegi untuk mendapat lebih lauk ayam nasi beriyani tu..ketika jemaah lain sedang bersolat terawih 4 rodong ini sudah ada plan tertentu..setelah rancangan tersusun rapi..masing masing ada punya tugasan..

Tugasan : -

Kapok : - Tukang tengok jemaah yang sedang bersolat agar tiada yang nampak operasi ini..jika nampak itu tanda jemaah tidak khusyuk..

Bok : - Tukang cedok lauk ayam dan nasi dari dalam periuk..

Aduk : - Tukang tadah bekas plastik ( jabir ) untuk lauk ayam dan nasi tersebut..

Stapo : - Berkawal dari pekarangan Surau..

Setelah semua clear mereka pun cabut ke satu tempat dan makan sepuas puas hati..

'' Pelik juga kali ni yer..persatuan yang anjur Moreh ini bagi nasi lebih pulak sedangkan ayam nya tidak cukup untuk jemaah ''..kata Bilal Mat Kassim..

'' A'aa..tak tau lah ngapa..kot dia suruh 1 ketul ayam bagi 2 dak ? ''..jawab Tok Imam nombor 2 Surau itu..

Dan misteri kehilangan lauk lauk ayam nasi beriyani itu tidak dapat terungkai..hanya 4 orang rodong tadi sahaja yang boleh memberi jawapan..

*** Bila ada moreh nasi beriyani maka adalah teringat akan peristiwa misteri ini..

11 Merujuk kepada perkara diatas :

zulkbo 29 Ogos 2010 pada 2:32 PG  

Salam bertandang lagi..
moga sihat selalu orang
di sini..jangan lupa
zakat fitrah tahun ini?

Sharinginfoz 29 Ogos 2010 pada 5:25 PG  

memang sedap kan, by the way, segmen kenali blogger @relevan sokmo kul 10 pagi kat sharinginfoz

a.z.r.i.n.a.03.07 29 Ogos 2010 pada 8:07 PG  

heheehe..

sapa lah punya keje tu yea..

ikan emas 29 Ogos 2010 pada 9:20 PG  

cerita betoi ke ?
tak baik tipu bulan puasa ni.

Moga tuhan ampunkan kekhilafan mereka..

Aku Anak Pahang 29 Ogos 2010 pada 9:55 PG  

Jahat geng nei hehehe makan tak ngat kerodong lalu :)

Relevan 29 Ogos 2010 pada 10:07 PG  

Erk..hehe! terima kasih Sharinginfoz..

al-mankaraqi 29 Ogos 2010 pada 10:31 PG  

misteri yang sungguh menyelerakan bang!

semoga dapat berbuka poser ngan awok malam nih......

eelobor 29 Ogos 2010 pada 10:36 PG  

kalu masa kecik2 dulu, mgkn aku pn termasuk dalam 4 watak td. yang jadi nama apa tak pasti lak. hehehehe

Tanpa Nama ,  29 Ogos 2010 pada 11:12 PG  

xmakan nasi beriani puasa taun nie..huhu..

Mindbreaking 29 Ogos 2010 pada 11:22 PG  

wei rindu nak make nasik beriani hok mok buat

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP