GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 29 Ogos 2010

Ini yang buat kawan serik membeli kuih di Bazar Ramadan

Petang semalam entah macam mana kawan turun sorang sorang ke Bazar Ramadan tempat kawan ni..sambil berjalan jalan sambil pula mencuci cuci mata..

Oleh kerana nampak segala benda baik kata lauk maupun kuih muih akan menaikan semangat nafsu makan kawan untuk berbuka nanti..

Oleh itu kawan pun membeli lah 3 jenis makanan seperti di bawah ni..kawan bukan lah seorang yang cerewet tentang makanan..tapi ini mungkin juga kawan tersilap pilih gerai untuk membeli..sebab utama kawan jarang ke Bazar Ramadan ini.. 3 jenis makanan yang kawan beli adalah..

1. Sata

2. Pengat pisang

3. Kuih Sagu

Bukan kawan nak kondem akan rasa kualiti ketiga makanan yang kawan beli semalam ni.. Sata liat rasa pula macam kelapa di lumur garam.. Pengat pisang pula kuah cair macam air hujan dan kuih Sagu memang cantik tapi macam tak bubuh gula saja..( akibat gula naik agaknya )

Lepas berbuka semalam sedap je Akak sound kawan..

'' Aok kalu ndak makan Sata ..moh kita pergi ke Kemaman nanti..nak makan pengat aok beli pisang dan jika aok nak makan kuih sagu nanti beli lah sagu..koi buat nanti lagi sedap dari orang berniaga kat Bazar Ramadan te ''..kata Akak..

*** Dah tu Guana..ada sekali pulok te kawan ternampak tukang tebar Murtabak sedap je selak kaki seluar mengaru betis..lepas tu siap menebar semula..

20 Merujuk kepada perkara diatas :

Mimie.Candy Cane 29 Ogos 2010 pada 12:39 PTG  

hehehe...koi pun serik dh beli kt bazar.silap gerai kot..skang ni bantai wat kuih sendiri je..senang.tak sedap pun rasa puas hati jugak sbb sendiri bikin.hehehe

Relevan 29 Ogos 2010 pada 12:44 PTG  

* Nanti kome nak makan Sata ajok Mimie sekali tolong carikan tempat yang sedak sedak..

Tanpa Nama ,  29 Ogos 2010 pada 12:49 PTG  

mmg kadang2 nampak sedap tp rase hampeh....

eh gelinya garu betis then tebar muktabak..huhu..

ikan emas 29 Ogos 2010 pada 1:07 PTG  

kawal lah sikit nafsu tekak tuu..

cepat!!!!

p beli sago , beli pisang

mintak akak combine sekali kuih pisang sagu

Ateh Nour 29 Ogos 2010 pada 1:10 PTG  

Assalamualaikum,

Keh sokong kata akak tu,
buat sendiri makan puas hati,
ada lebih boleh makan lagi,
taklah sakit perut atau sakit hati..

Hanisham Ab Halim 29 Ogos 2010 pada 1:14 PTG  

Kawan selalu beli sata kat Simpang nak masuk Charuk Puting kat Temerloh. Sedap sata pokcik tu...

Sharinginfoz 29 Ogos 2010 pada 1:28 PTG  

nampak macam sedap aja kan, bila makan... hmmmmm

Aku Anak Pahang 29 Ogos 2010 pada 1:58 PTG  

Bender dekat BR itu indah khabar drp rupa aje....dahlah mahal kadang bapoklah tak sedaknya huhuhu...

~aSHa~ 29 Ogos 2010 pada 2:09 PTG  

byk kali terkena makanan di bazaar yg tidak memuaskan hati..tak sedap tu takpe la, sbb kita sendiri masak pun belum tentu org lain kata sedap kan.....tu lain cite...yang ini rasa mcm yg dipanaskan je....alahaiiiiiiiiiiii

Dyna Yvonne 29 Ogos 2010 pada 3:06 PTG  

nak buat sendiri tp xpandai...haishh...
xya la mkn...hehe...

>_<

eelobor 29 Ogos 2010 pada 3:41 PTG  

yang paling tak enak bila perut asyik mintak ulang alik ke tandas

zulkbo 29 Ogos 2010 pada 3:41 PTG  

salam..
gitu la gayanya
orang meniaga ler ni
ramai yang tak ikhlas pun
nak menipu je..

MOFASAD 29 Ogos 2010 pada 4:14 PTG  

sata aku beli ari tu sata semalam aku beli... bau dah nak busuk. celaka je

afzan 29 Ogos 2010 pada 5:39 PTG  

biasala.. org berniaga.. kalau boleh semuanya dia nak discount, dari gula sampaila tepung. tapi harga camtu gak

Hairun Azmi 29 Ogos 2010 pada 7:17 PTG  

Kena hati-hati bila bershopping di Bazaar Ramadhan...

saharul 29 Ogos 2010 pada 8:20 PTG  

mboh buat sendiri takpe...

Awangmaseru 30 Ogos 2010 pada 7:24 PG  

yelah tu . ramai peniaga bazar ramadan ni buat kueh setahun sebulan je mana nak sedak.

mama affan 30 Ogos 2010 pada 7:48 PG  

akak..abg ada niat lain p bazar 2..hehe..

Nerzhul 30 Ogos 2010 pada 10:20 PG  

mujur akak tak suruh tanam pisang. hahaa

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP