GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 30 Ogos 2010

Kalau Suami dan Jika Suami ( untuk para isteri )

*** Ini email kawan dapat dari encik BZO..kawan pun tepek je lah kat dalam sini..dia pun tak tau dapat dari mana sumber ini *..

KALAU SUAMI

Kalau suami mula berahsia..
Itu tandanya dia tak setia

Kalau suami meninggi suara
Itu tandanya dia dah ada mak we

Kalau suami mengaku bujang tua
Itu tandanya dia nak ngurat anak dara

Kalau suami selera tak ada
Itu tandanya dia nak pasang dua

Kalau suami lambat balik aje
Itu tandanya dia dah syok kat deparment dia



Kalau suami tidur di ruang tamu
Itu tandanya dia dah jemu

Kalau suami malam jumaat buat tak tahu
Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu

Kalau suami garang macam singa
Itu tandanya hati dia dah tak cinta

Kalau suami asyik komplen aje
Itu tandanya dia dah tak suka

Kalau suami mula sepak terajang ke muka
Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA..



JIKA SUAMI


Jika suami sayangkan isteri


Dapat gaji semua diberi



Jika suami sayangkan isteri


Kerja rumah rela dikongsi



Jika suami sayangkan isteri


Kereta diberi suami naik LRT



Jika suami sayangkan isteri


Duit poket diberi setiap hari



Jika suami sayangkan isteri


SMS dikirim tanda rindu dihati



Jika suami sayangkan isteri


Kongsi masalah nasihat dikasi



Jika suami sayangkan isteri


Diberi ciuman setiap pagi



Jika suami sayangkan isteri


I love U, I miss U katanya setiap hari



Jika suami sayangkan isteri


Isteri gemuk, dikatakan seksi



Jika suami sayangkan isteri


Sakit sikit selongkar laci ubat dicari



Jika suami sayangkan isteri


Kemana sahaja dibawa pergi



Jika suami sayangkan isteri


Sentiasa jujur perihal diri



Jika suami sayangkan isteri


Status berkahwin bangga sekali



Jika suami sayangkan isteri


Cintanya suci hingga ke mati



PESANAN KEPADA ISTERI2 :
Adakah suami2 kita tergolong dlm kategori JIKA SUAMI atau KALAU SUAMI ?

JIKA SUAMI .. lebih banyak dari KALAU SUAMI maka bersyukurlah kerana
rumahtangga anda umpama SYURGA.

TETAPI ....
KALAU SUAMI.... lebih banyak dari JIKA SUAMI... maka berhati-hatilah. ...
wahai kaum isteri jangan sampai rumahtangga mu umpama NERAKA.

PERINGATAN KEPADA SUAMI2 :
Bukankah lebih baik jadikan rumahtangga itu SYURGA dari menjadikan ia
NERAKA ?????

JANGAN ANDA MERASA MENYESAL KERANA MENCINTAI ISTERI..KERANA DIALAH
BIDADARIMU DI DUNIA INI..

DAN JANGANLAH ANDA SERONOK MENZALIMINYA KERANA DOA ORANG TERANIYA DITERIMA
OLEH TUHAN YG MAHA ESA....



*** Untuk renungan

7 Merujuk kepada perkara diatas :

aki net 29 Ogos 2010 pada 11:41 PTG  

Salam,
Selamat berposa,Teima kasih Syeikh mengingatkan koi.....

Relevan 30 Ogos 2010 pada 8:14 PG  

Wslm PM..kome tepek jer..hehe!

Admin 30 Ogos 2010 pada 9:05 PG  

saya syg suami sy,
hehehhe~

Nerzhul 30 Ogos 2010 pada 10:17 PG  

oh ni entri orang dah kawin. tak reti nak komen menda....hahaha

Relevan 30 Ogos 2010 pada 11:20 PG  

* Ingat Pak cik Kordi boleh komen ni untuk aok ye Nerzhul..

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP