Salam Merdeka ( Aina dan bapa beliau )
Oleh kerana bapa Aina tidak memasang Jalur Gemilang di kereta pada sambutan hari kemerdekaan tahun ini..Aina mula merasa pelik..
'' Aboh..kenapa tidak pasang bendera untuk kereta Aboh pada tahun ini ..tidak macam tahun lepas ada 8 bendera yang Aboh pasang ''..tanya Aina..
'' Tahun ini aboh tidak dapat bendera percuma..pasal tiada bajet dari Kompeni tempat Aboh kerja tu ''..jawab Bapa Aina..
'' Oh..macam tu..Aboh ni tiada semangat patriotik langsung..kenapa tidak beli di kedai ada banyak jual bendera ''..kata Aina lagi..
'' Bendera yang jual di kedai tu tidak berkualiti..mudah tercabut ''..kata Bapa Aina..
'' Aboh ni ..tapi kenapa Aina tengok kereta cikgu Hanim tu elok saja di pasang bendera ''..kata Aina..
'' Mungkin cikgu tu beli bendera kat Supermarket ''..jawab Aboh Aina..
'' Kalu macam tu jom lah Aboh kita beli bendera kat Supermarket ''..ajak Aina..
Dalam perjalanan ke Supermarket Aina sempat lagi berbual tentang Jalur Gemilang dengan Bapa beliau..
'' Aboh..cikgu kata kita kena hormat bendera..tidak boleh di pijak pijak ...betul ke Aboh ''..tanya Aina ..
'' Betul sangat kata cik gu Aina tu ''..jawab Aboh Aina..
'' Habis tu Aboh kenapa orang Seberang sana suka sangat pijak bendera dan bakar bendera..langsung tidak hormat bendera ''..kata Aina..
Aboh Aina senyum sahaja tanpa menjawab apa apa dengan keletahan anaknya itu..harapan Aboh Aina semoga generasi semuda Aina ini yang harus di pupuk dari awal lagi untuk mengekalkan kemerdekaan ini..biar pun baru bersembang hanya tentang bendera..
*** Salam Merdeka daripada pihak pengurusan relevan Sokmo..