GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 3 September 2010

Senyum dipagi hari jumaat ( Langsir )


Sesekali menjengah menghala rumah Kak Zakiah..ternampak lah Rozita kepada kain langsir baru yang telah di pasang ..berwarna ungu bijik kundang yang sangat menarik hati Rozita..

Sewaktu membeli lauk pauk dan sayuran dari penjaja bergerak..maka bertanya lah Rozita kepada Kak Zakiah tentang langsir baru tersebut..

'' Amboi yek Kak..lawa sangat langsir baru Akak tu..kaler ungu sesuai dengan kaler rumah Akak ''..kata Rozita

'' Mesti lah..Suami Akak beli kat Nilai '' jawab Kak Zakiah sambil kembang kincup hidung beliau..

'' Nampaknya kami guna langsir lama je kak untuk tahun ini..abang Lockman buat senyap je ..bila saya tanya tanya..bertuah Akak..'' kata Rozita..

'' Tu lah Zita..raya setahun sekali..tiap tahun kena ada perubahan..bukan langsir saja nak kena tukar..perabot barangan letrik dan segala macam lagi ''...kata Kak Zakiah..

'' Tidak ke itu mambazir namanya Kak..langsir kalu betul di jaga boleh tahan sampai 8 kali raya Kak ''..kata Rozita..

'' Ishk..jangan lah buat kedekut sangat ni Zita..takat kain langsir ni berapa lah sangat ''..kata Kak Zakiah..

'' Bukan gitu kak..saya baru je tuka Tv plasma 49 inci..mikromave kukus keliling..peti sejuk besar model terkini..set Sofa kayu jati ..kira punya kira hanya bajet langsir saja tidak mencukupi ''..jawab Rozita dengan senang hati..

*** Beraya sakan..

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP