Mimpi ngeri semalam ( naik beskal ajaib )
Ketika tersedar dari tidur setelah di kejutkan untuk bangun sahur maka terjagalah kawan..sebelum itu dalam ketiduran kawan sempat lagi bermimpi..
Mimpi ini lain macam sedikit..rasa ngeri..
Dalam mimpi tersebut kawan telah di bawa menaiki beskal roda 3 berkaler merah..ada banyak pula sinaran cahaya cahaya se akan kunang kunang di sana sini..siap dengan se orang lelaki tua berketayap putih dan juga berjanggut putih yang menjadi pemandu beskal ajaib itu..
Sampai di satu tempat orang tua itu mengambil lagi 2 orang penumpang..2 orang anak gadis yang lawa..seorang duduk sebelah kiri seorang lagi sebelah kanan..ni yang tak boleh tahan berhimpit himpit ni..
Kami di bawa ke angkasa..kawan sempat juga menjengok meski pun gayat..nampak Jembatan Pulau Pinang..menara condong..menara berkembar petronas..dan juga melalui 1 kawasan negara lain barangkali..ada banyak lampu lampu..
Anak gadis yang duduk di kiri dan kanan kawan itu selalu sahaja mencondongkan badan mereka mengikut pergerakan beskal ajaib itu..rasa seronok juga bila di himpit begitu..kawan nampak lelaki tua pemandu beskal ajaib itu menjeling jeling kawan..jeles barangkali..
Seterusnya perjalanan kami nampak orang ramai sedang sibuk mengacau dodol dan berlari lari kesana kemari..untuk membuat persiapan raya yang bakal tiba..semasa lelaki tua itu hendak mencari parking yang sesuai kawan sempat lagi mengambil no.hendphone kedua anak gadis tersebut..
Sambil melambai lambai kan tangan kearah mereka..tiba tiba tangan kawan di sentap..
'' Arghh..adusss..ngape ni? ''..tanya kawan..
'' Tangan aok tu melambai ke benda weh..moh bangun cepat orang nak sahur dah ni..tinggal 15 minit lagi...ter lambai lambai tangan te ''..kata Akak..
Kawan mula terasa ngeri dengan mimpi kawan ini..dan mula mencari hendphone kawan yang terjatuh ke bawah katil.. '' huh selamat selamat sambil memadamkan semua mesej mesej malam tadi ''..
*** Kini masih ngeri lagi..



