Mimpi sekali lagi ( Panglima Kapak )

Keganasan Man Karai dan kuncu kuncunya tidak dapat dibendung lagi..sehingga muncul seorang pahlawan bernama Panglima Kapak untuk melerai keadaan..
Panglima Kapak adalah salah seorang Pahlawan yang akan bersama kumpulan pendekar Sakti..
'' Kini masanya dah tiba..tuan hamba akan dihapuskan wahai Man Karai '' ..kata Panglima Kapak..
'' Maaf hamba tidak mungkin dapat ditewaskan..kecuali oleh Arjuna sahaja ''..jawab Man Karai..
'' Aerhh..tidak..mari kita menghunus pedang..mari kita bertikam..''..kata Panglima Kapak..
'' Sejahtera keatas tuan hamba '' kata Man Karai sambil menghunus kan pedang beliau..
Klang! klang! kling! klang! klung! .. ( bunyi pedang berlaga )..
" Bangun bangun Solat Subuh..kejap lagi dah nak kerja "..jerit Akak dari ruang dapur..
Kawan ternganga dan terkebil sambil mengosok mata..apa punya mimpi kali ini masuk dalam slot Arjuna pula..
*** Bunyi Klang! klang! kling! klang! klung! tu tadi rupanya bunyi Akak sedang mengoreng mee goreng..



