GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 19 Oktober 2010

Aboh disengat Tebuan


* Gambar ini hiasan semata..bukan gambar Aboh kawan..

Semalam adalah hari yang sedikit saspen buat kawan..


'' Tan balik..amik Aboh..Aboh kena sengat Tebuan ..rasa sakit seluruh badan ni..balik cepat bawa Aboh ke Sepital ''..talipon Aboh kawan..

Arhh ..sudah..ni mesti nebas kebun getah..mentang mentang harga getah mahal..kawan bergegas balik kampong semalam..dalam hati kawan tiada lain..berdoa kepada Tuhan..semoga Aboh kawan selamat..

Sesampai dikampung..


'' Lor Tan dah sampai apa yak laju benor bawa kete ''..tanya Aboh kawan yang tersengih saja bila kawan sampai..


'' Kata tadi teruk ngat..moh cepat ke Sepital ''..kata kawan..


'' Pelan pelan lah..tangan Aboh sampai lagi nak nyuap kemulut ni ''..jawab Aboh kawan sambil laju je mengunyah roti dan minum air tea kegemaran beliau..

Memang Aboh kawan tak minat pergi ke Sepital Kerajaan..lantas kawan bawa ke Klinik Swasta..selepas kena satu jarum ..dia pun berborak lama dengan Doktor..rupanya Doktor tu pulak orang kampung lama beliau..kesian ramai pesakit lain yang sedang menunggu kat luar..

'' Moh kita mengetea Tan..'' Ajak Aboh kawan..


Sempat lagi nak ajak mengetea..di sebuah restoran kome sempat juga berborak..dari hal politik dan juga hal bajet..


Aboh kawan tidak dapat mempastikan Tebuan apa yang menyengat beliau..Tebuan tanah atau tebuan tebu..penyengat juga boleh jadi..

'' Nah Tan.. RM50 buat beli minyak karang dan buat aok belanja mengetea esok ''..kata Aboh kawan selepas menghantar beliau sampai kerumah..

Kawan pun sambut RM50 itu dengan hati terbuka..

*** Bertuah punya anak hehehe!

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP