GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 15 November 2010

Dialog Kerbau Kewek


Telah sebulan kewek tidak lalu makan ini yang membuat ayam mula risau..kambing juga risau angsa juga risau begitu juga dengan biri biri..

Maka mereka semua sepakat untuk bertanya hal kepada kewek..

'' Kenapa awak tidak lalu makan semenjak dua menjak ni wahai kewek ''..kata Angsa memulakan bicara..

'' A'ah la..kome nengok aok macam bermuram durja je ''..kata pula biri biri..

'' Lor..aok tak tau ka ..lusa sudah hari raya Korban..sudah tentu tuan kita nak korban kan koi ''..kata kewek..

Maka secepat kilat semua rodong rodong kewek tadi bertempiaran lari..ada yang masuk hutan..ada yang sembunyi dalam paya dan ada yang menaiki bas hilang entah kemana..

'' Kewek kome nak korbankan aok ni..esok pagi pagi kome nak semelih aok ''..kata tuan kewek..

'' Korban kan lah kome ni boss..koi pun dah tak lalu sangat nak hidup di dunia ini yang penuh dengan pancaroba..lagi pun koi tak berdaya nak berlari kehulu hilir dah macam kawan kawan koi te..mereka semua mementingkan diri..kos sara hidup semakin meningkat..rumah sewa mahal..minyak lagi ..tol free musim perayaan saja..dan macam macam lagi lah boss''..kata keluh kewek..

Termangu seketika tuan kewek..parang berkilat sudah diasah..tukang semelih pun sudah bersedia.. korban tetap korban..

Sebulan kemudian..

'' Eh..itu macam kewek..kenapa tuan kita tak korbankan dia pada hari raya korban dulu?''..kata biri biri sambil membetulkan spek hijaunya..

'' A'ah lah ''..kata Angsa yang berjalan seksi..

'' Koi tak jadi dikorbankan sebab boss dapat kerbau yang lain..kerbau yang selalu mengganas dulu...yang suka meredah sawah padi orang..kerbau yang suka tidur atas jalan raya dulu...memang degil sangat kerbau tu..tak mboh mendengar kata..tak macam koi ni yang suka berendam..tu yang membuat boss makin sayang kat koi..sebab koi kerbau yang sangat berdisiplin ''..kata kewek sambil tersenyum kambing..

Kawan kawan kewek berpandangan sesama sendiri..

*** Kerbau yang berdisiplin?..

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP