Lebih setengah juta pelajar duduki SPM, STPM
KUALA LUMPUR 23 Nov. — Lebih setengah juta pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) hari ini.
Bagi SPM yang akan berakhir 20 Dis, seramai 467,970 calon menduduki peperiksaan berkenaan di 3,594 pusat peperiksaan, kata seorang jurucakap Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Seramai 53,504 calon pula menduduki STPM di 760 pusat peperiksaan di seluruh negara. Peperiksaan itu berakhir 16 Dis.
Majlis Peperiksaan Malaysia telah membuka bilik gerakan yang boleh dihubungi di talian 03-61302666/61303606/61352035/61352390/61352316.
Bilik gerakan itu beroperasi dari 7.30 pagi hingga 5.30 petang dari Isnin hingga Jumaat. — Bernama
Ini termasuk juga encik Amirul yang sedang menghadapi peperiksaan SPM tahun ini..
*** '' Ngko buat yang terbaik untuk SPM ni..bila berjaya dan jadi orang berguna tentu ramai yang nak buat menantu ''.. demikian kata bapa encik Amirul.. Read more...