GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 30 November 2010

Bomba tetap masa 10 minit untuk tiba di lokasi


KUALA TERENGGANU 29 Nov. - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menetapkan masa 10 minit untuk tiba di lokasi kejadian yang berdekatan dan kurang 20 minit bagi tempat yang agak jauh.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, penetapan itu sebagai usaha memperbaiki imej jabatan yang tercalar sebelum ini berikutan dakwaan lambat tiba bagi membantu kes-kes kebakaran dan sebagainya.

Jabatan itu akan memastikan maklum balas bagi sesuatu panggilan kecemasan dipercepat dan disegerakan bagi meningkatkan imejnya dan menetapkan tempoh maklum balas itu merupakan Petunjuk Prestasi utama (KPI) jabatan.

“Kelewatan sampai di tempat kejadian akan merugikan apabila kebakaran merebak yang sukar dikawal dan diselamat,” katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan kerja pertama ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu di sini hari ini. Turut hadir Pengarah Negeri Md Salleh Sarbini. - Bernama

*** Macam mana pula jika pekan pekan kecil yang masih belum mempunyai balai Bomba..jarak dengan Bandar besar jauh..ada yang sampai ratusan kilometer..

Ketik ( siNi ) ada kisah Bomba dan penyelamat..

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP