GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 30 November 2010

Bomba tetap masa 10 minit untuk tiba di lokasi


KUALA TERENGGANU 29 Nov. - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menetapkan masa 10 minit untuk tiba di lokasi kejadian yang berdekatan dan kurang 20 minit bagi tempat yang agak jauh.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, penetapan itu sebagai usaha memperbaiki imej jabatan yang tercalar sebelum ini berikutan dakwaan lambat tiba bagi membantu kes-kes kebakaran dan sebagainya.

Jabatan itu akan memastikan maklum balas bagi sesuatu panggilan kecemasan dipercepat dan disegerakan bagi meningkatkan imejnya dan menetapkan tempoh maklum balas itu merupakan Petunjuk Prestasi utama (KPI) jabatan.

“Kelewatan sampai di tempat kejadian akan merugikan apabila kebakaran merebak yang sukar dikawal dan diselamat,” katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan kerja pertama ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu di sini hari ini. Turut hadir Pengarah Negeri Md Salleh Sarbini. - Bernama

*** Macam mana pula jika pekan pekan kecil yang masih belum mempunyai balai Bomba..jarak dengan Bandar besar jauh..ada yang sampai ratusan kilometer..

Ketik ( siNi ) ada kisah Bomba dan penyelamat..

10 Merujuk kepada perkara diatas :

Cik SHiNJU 29 November 2010 pada 9:42 PTG  

Kalau kg jauh2 ter,bomba kena guna heli la..sembur dr udara jek..ewahhh..mcm murah kos dia.. :p

Sharinginfoz 29 November 2010 pada 10:07 PTG  

memang bagus ada KPI macam ni, di harap ianya lebih baik di masa depan

shameel Iskandar 29 November 2010 pada 11:10 PTG  

kalo benaryg dikata alangkah bagusnya. Tapi, faktor jarak dan kesesakan jalan raya mungkin agak menganggu masa yg telah ditetapkan.

Yunus Badawi 30 November 2010 pada 12:27 PG  

Di kawasan bandar pula mungkin jarak tak jauh tapi bila jalan jam susah juga nak sampai dlm 10 minit.

Yunus Badawi 30 November 2010 pada 12:28 PG  

Minggu ni nak ajak bomba buat lawatan ke tapak projek kami yg baru siap utk dapat surat sokongan utk CCC hehehe

a.z.r.i.n.a.03.07 30 November 2010 pada 12:32 PG  

tapi kan..kalau di bandar pulak terlampau sesak.

rumah dah habis terbakar baru sampai...

Aku Anak Pahang 30 November 2010 pada 7:30 PG  

Harus2 kena mintok bantuan Superman gamoknya kalau hok jauh2 tu :)

Jom Singgah "Segalanya disini suka duka sebuah kehidupan - akuanakpahang"

sahromnasrudin 30 November 2010 pada 7:41 PG  

jom kiter mohon jadi Ahli Bomba huhuhuh

pB 30 November 2010 pada 9:45 PG  

harapnya sampai betul betul dlm masa yang ditetapkan

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP