Pemilik Bugatti isi minyak RM932
Di sebuah warung kopi belakang pejabat Pos..di situ kelihatan encik Topik dan Rosli Ghani sedang minum tea sementara menunggu waktu masuk kerja..sambil membaca suratkhabar dan mengupas isu isu semasa..suratkhabar yang di sediakan oleh pemilik warung itu..dapatlah mereka membaca dengan percuma..
'' Pemilik kereta mewah di London sekali isi minyak RM932 ''...kata encik Topik sambil menarik asap rokoknya dalam dalam..
'' Kereta jenama apa ''..tanya Rosli Ghani
'' Buggati.. 1 liter untuk 3.2 KM ''..kata encik Topik..
'' Bak minjam RM2 ''..kata Rosli Ghani...
'' Nak buat benda? ''..tanya encik Topik...
'' Nak bubuh minyak untuk Bugatti koi pula ''..jawab Rosli Ghani sambil menunjukkan motor Yamaha Y80 kesayangan nya..
Jauh di sudut hati encik Topik mula berkata ..ini yang payah nya jika pandai pandai membuka isu tentang kenderaan dan juga pengisian minyak...
* SEORANG pemilik kereta Bugatti Veyron mengisi minyak di stesen minyak Texaco, Chelsea baru-baru ini.
LONDON - Seorang pemandu kenderaan mewah jenama Bugatti Veyron mengisi minyak sebanyak £192 (RM932) di sebuah stesen minyak termahal di Britain, Texaco, lapor sebuah akhbar semalam.
Stesen itu mengenakan bayaran 159.9 pence (RM7.74) untuk setiap satu liter minyak.
Dia kelihatan mengisi minyak kereta buatan Perancis itu di Chelsea.
Kereta itu memerlukan sebanyak satu liter minyak untuknya bergerak sejauh 3.2 kilometer.
Harga minyak di Britain semakin meningkat kerana ia mengikut pasaran semasa. - Agensi
* Sumber koSmo..
* Nak tau apa cerita dengan Milo ni ketik ( siNi )