Semua kenderaan wajib dipasang beg udara tahun depan
Terkini Utusan Online
RANTAU PANJANG, 21 Jan. - Mulai tahun depan, semua kenderaan kecuali kenderaan pacuan empat roda diwajibkan memasang beg udara, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.
Beliau berkata, langkah itu bagi mengelak risiko lebih tinggi termasuk kematian terhadap pemandu atau penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Katanya, kerajaan memandang serius kadar kemalangan jalan raya sekarang terutama yang membabitkan kemalangan maut akibat tiada peralatan keselamatan yang cukup pada kenderaan awam.
“Mulai tahun depan, kerajaan akan mewajibkan semua kenderaan dipasang beg udara bagi keselamatan pemandu dan penumpang kenderaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baru Cina 2011, di sini, hari ini. - Bernama
1. Berapa pula harga nya beg udara ni yer..
2. Kereta yang berumur 25 tahun ke atas kena pasang juga lah beg udara ni yer..
3. Tentu tak ada diskaun bagi mereka mereka yang berpendapatan rendah untuk memasang beg udara ni yer..
4. Sungguh untung Syarikat yang mengeluarkan beg udara ni yer..
5. Dan..polis serta JPJ akan menyediakan satu lagi jenis saman..iaitu saman tiada pemasangan beg udara..