Senyum dipagi hari jumaat ( kaum setaman )
Setelah selesai berkunjung ke rumah Puan Swee Lin sempena Tahun baru Cina ini dikawasan kejiranan mereka.. maka aktiviti sembang menyembang pun berjalan seperti biasa..
'' Meriah sungguh kat rumah Swee Lin tadi ye kak..semua kaum keluarga mereka ada berkumpul ''..kata Rozita..
'' Itu yang seronok punyai keluarga besar ni..tengok lah cara dia orang menyambut kita datang tadi semua nya dengan penuh hormat..seronok ia kita tinggal sini dengan bermacam macam kaum ''.. kata kak Zakiah..
'' Itu lah..tapi ada yang tidak seronok..ada kaum yang rumah dihujung taman sana selalu jeling jeling saya..terutama bila saya joging ''..kata Rozita..
'' Kaum mana pula ni Zita ''..tanya kak Zakiah..
'' Alah..kaum Bangla yang kerja disebuah pasaraya dibandar kita ni..kat sebelah kiri rumah pula ada kaum yang jual karpet ..ishk' ishk'' kata Rozita..
'' Uihs..terlalu banyak kaum lah yer yang tinggal di kawasan perumahan kita ni yer ''..kata kak Zakiah..