GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 5 Februari 2011

Kemana hari semalam ( makan angin dekat dekat )

Semalam kerja..hari ini juga kerja ..cuma dulu semalam saja bercuti.. sempat juga berjalan jalan ( makan angin dekat dekat )..

Masuk satu bandar tempat awal kawan memulakan kerja dulu..bandar Mentakab..bandar Mentakab dalam negeri Pahang..



* Di belakang pohon Jati ini lah dulu tempat pejabat kawan ..pejabat Operasi..sekarang tinggal semak samun..di atas akar pohon Jati ini lah dulu kawan sering lepak lepak sambil menunggu tamat waktu kerja untuk punch kad..kini semua tinggal kenangan..



* Kawan masuk jengah kedalam semak samun itu.. lalu terjumpa pula bunga ini..lawa..bau harum..rasa pelik juga?.. kawasan tinggal macam ni ada bunga yang harum mewangi..




* Ini sebelah hadapan bekas pejabat Operasi kawan dulu..iaitu sebuah panggung wayang REX ..panggung wayang ini hanya tinggal Sejarah tersendiri..kalu dibuat tempat sarang burung walet kan ke bagus juga..di sini lah juga kawan selalu menonton tayangan tengahmalam..kawasan parking nya akan penuh melimpah ruah dengan kenderaan terutama pada malam minggu..

*** Seronok juga sesekali mengimbau memori silam begini ..dan Akak pula bertanya '' Dulu dulu pernah tak tonton wayang sama awek awek lain? ''..kawan jawab dengan lurus.. '' mana ada ''..sambil dalam hati berkata ..'' kemana Nor Azimah sekarang ini yer? ''...



Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP