GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 7 Februari 2011

Harga getah naik: Penoreh peroleh RM60,000 sebulan

BESUT, 7 Feb. - Kenaikan harga getah di pasaran dunia memberikan tuah kepada pemilik kebun dan penoreh getah di Hulu Besut sehingga ada yang memperoleh pendapatan sehingga RM60,000 sebulan hasil jualan susu getah.

Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Hulu Besut, Nawi Mohamad berkata, kebanyakan daripada mereka memiliki kebun antara tiga dan enam hektar seorang.

"Seorang penoreh yang mempunyai 3 hektar kebun getah memperoleh RM2,000 dalam masa tiga hari dengan menoreh di kebunnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, dengan harga pasaran antara RM8 dan RM10 sekilogram pada masa ini, ada antara penoreh yang memperoleh pendapatan RM60,000 dalam masa sebulan. - Bernama

* Terkini Utusan Online

'' Bila rod tex kereta aok mati ''..tanya Aboh kawan..

'' 26hb Febuari 2011 ni ..'' jawab kawan..

'' Ada duit nak ngidupnya tak? ''..tanya Aboh kawan..

'' Ni yang masalohnya Aboh ..duit banyak ngalir arah lain je ''..kata kawan..

'' Amik cuti 3 atau 4 hari..balik kampung tolong aboh noreh.. setengah hari aok noreh aboh gerenti dapat duit untuk ngidup rod tex kereta aok te ''..kata Aboh kawan lagi macam sedikit angkuh..

'' Kalu koi tak payah nolong noreh ok ke Aboh..Aboh bagi je duit untuk ngidup rod tex ''..tanya kawan..

'' Banyak cantik aok''... jawab Aboh kawan

Itu antara petikan perbualan antara Aboh kawan dengan kawan dalam telipon baru baru ini..



* Ini Getah Sekerap / beku / Lantun



* Ini tangan encik Amirul yang satu ketika dahulu cukup aktif menoreh..

* Ketik ( siNi )

*** Rasa nak..rasa nak..rasa nak..turun menoreh semula..



Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP