Pucuk yang mati pucuk
Ketika turun ditepi sebuah sungai..sangat gembira hati encik Amirul kerana disitu banyak terdapat pucuk paku muda yang sedang elok untuk dibuat sayur goreng maupun kerabu..
'' Hati hati Amirul..nanti silap petik kaki tergelincir masuk dalam sungai..air nampak deras hujan lebat semalam ''..jerit Atuk encik Amirul yang sedang menebas semak samun didalam kebun getahnya..
'' Tau lah Atuk..ni banyak sayur paku ni..nak suh Uwan buat kerabu..sedap ''..jawab encik Amirul..
Begitu lah antara aktiviti yang dijalankan oleh encik Amirul sementara menunggu keputusan SPM beliau..menolong Atuk beliau di kebun sama ada menebas maupun mengangkat getah sekerap..
'' Kutip pucuk yang muda sahaja..jangan yang mati pucuk pun di ambil juga ''..jerit Atuk encik Amirul lagi..
'' Tau lah Atuk..ambil pucuk yang muda sahaja ni..pucuk tua siapa yang hendak..sudah kecut ''..kata encik Amirul..
'' Tau melucah dah cucu kome ni pulak..umur baru naik 18 ''..kata Atuk encik Amirul dalam hati..
'' Lor..Atuk kome ni dah tua tua cakap macam melucah je ''..kata pula encik Amirul dalam hati..
Ini lah kadangkala bagi percakapan serta pendengaran yang sering disalah tafsirkan..perkataan yang tidak lucah pun boleh jadi berbaur lucah..