GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 21 Februari 2011

Menjelang PRK N28 Kerdau


Semua Hotel telah habis di tempah

TEMERLOH 20 Feb. - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau pada 6 Mac ini telah mengubah landskap ekonomi di kawasan itu berikutan permintaan terhadap hotel terkenal dan hotel bajet serta rumah sewa mendapat permintaan luar biasa berbanding sebelumnya.

Bagi yang belum mempunyai penginapan untuk berkempen pada PRK DUN Kerdau, mereka pasti kecewa kerana kerana semua hotel yang ada di daerah ini telah pun ditempah sejak lima hari lalu.

Pengurus Hotel Seri Malaysia cawangan Temerloh, Rosli Yusoff berkata, semua 50 bilik yang ada di hotel tersebut sudah penuh sejak tiga hari lalu..berita penuh Klik ( siNi )

Kotakan janji

TEMERLOH 20 Feb. – Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan melaksanakan pembangunan dan prasarana di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau seperti yang janjikan oleh Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim kepada penduduk di kawasan berkenaan sebelum ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, bagaimanapun kerajaan akan meneliti dan memberikan keutamaan projek yang benar-benar memberikan manfaat kepada mereka.

Katanya, BN tidak membuat janji kosong dan akan mengotakan kesemua janji itu yang dibuat secara berperingkat.. berita penuh klik ( siNi )

PRK ini diadakan serentak DUN Kerdau dan DUN Merlimau

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari ini sebagai hari penamaan calon dan 6 Mac hari pengundian bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Pahang, sama tarikh dengan pilihan raya kecil DUN Merlimau.

Perkara itu diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam sidang media di Hotel Hilton, malam tadi.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan diadakan bersama pegawai SPR selama sejam bermula jam 9 malam tadi.

“Bagi tujuan menjalankan pilihan raya kecil N28 Kerdau, Pahang, SPR yang bermesyuarat pada hari ini (semalam) bersetuju melantik seorang pegawai pengurus pilihan raya dan tiga penolong pegawai pengurus bagi menjalankan pilihan raya kecil berkenaan.. berita penuh klik ( siNi )

*** Seronok juga mengundi ni..



Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP