GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 7 September 2011

Atkinson akui terlalu tua untuk berlakon Mr. Bean


* ROWAN ATKINSON berlakon dalam salah satu adegan filem Mr. Bean’s Holiday.


LONDON – Pelakon Rowan Atkinson yang melakonkan watak Mr. Bean kemungkinan tidak akan muncul lagi dalam filem, lapor sebuah akhbar semalam.

Atkinson yang kini berusia 56 tahun menyatakan dia percaya, dirinya sudah terlalu tua untuk melakonkan watak Mr. Bean.

Siri televisyen pertama Mr. Bean muncul selama lima tahun sejak 1990.

Lebih 18 juta orang menonton siri televisyen tersebut di Britain walaupun ia mendapat kritikan.Dia berlakon dalam filem Bean: The Ultimate Disaster Movie pada 1997 dan Mr. Bean’s Holiday empat tahun lalu selain Johnny English.

Dia kini sibuk mempromosikan filem Johnny English Reborn yang turut dibintanginya bersama Gillian Anderson dan Rosamund Pike.Namun, dia berkata:

“Saya berasakan semakin tua untuk melakonkannya (Mr. Bean). Saya suka Mr. Bean sebagai watak kartun yang umurnya tidak pernah meningkat.”Atkinson berkata, umurnya semakin meningkat.

“Semakin saya berumur, saya berasakan tidak layak untuk melakonkan watak Mr. Bean,” katanya. – Agensi

* Sumber Kosmo! Online



Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP