GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 10 September 2011

Sembunyi bawah bas elak kena saman


* PIHAK polis cuba mencari seorang pemandu bas yang bersembunyi di bawah bas di bandar Zhongshan, China baru-baru ini.

BEIJING - Seorang pemandu sebuah bas bersembunyi di bawah badan bas untuk mengelak dikenakan notis saman di Zhongshan, China, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Dia melakukan perbuatan itu selepas memandu basnya dalam keadaan laju ketika ia melepasi sebatang tiang lampu isyarat yang menunjukkan warna merah.

Pemandu itu juga bertindak dengan menukar haluan bas berkenaan dalam keadaan berbahaya.

Dia bersembunyi di bawah badan bas selepas basnya berhenti semasa diarahkan polis dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini.

Tindakan pemandu bas itu menyebabkan kesesakan jalan raya yang teruk berlaku kerana kejadian tersebut berlaku dekat dengan bulatan.

Beberapa anggota polis juga gagal untuk memujuk dia keluar dari bawah badan bas menyebabkan trak penunda dipanggil untuk menunda kenderaan itu.

Namun, pemandu bas itu merangkak di bawah badan bas semasa kenderaan tersebut bergerak semasa ditunda.Anggota-anggota polis kemudian bertindak menarik tangan pemandu bas tersebut sekali gus menangkapnya. - Agensi

* Sumber Kosmo! Online



Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP