Joe Frazier mati selepas bertarung kanser
Tweet
PHILADELPHIA - Legenda tinju heavyweight dunia, Joe Frazier yang sentiasa dikenang kerana kejayaan memberi kekalahan pertama kepada Muhammad Ali, meninggal dunia pada usia 67 tahun semalam selepas bertarung dengan kanser hati.
Kematian Frazier, atau lebih dikenali sebagai 'Smokin' Joe disahkan oleh ahli keluarganya dalam satu kenyataan.Frazier yang pernah bertarung sebanyak tiga kali dengan Ali pada 1970-an, termasuk dalam pertarungan epik yang digelar Thrilla in Manilla, diletakkan dalam jagaan rapi selepas dikesan mengidap barah, beberapa minggu lalu.
Mendiang sering menundukkan pencabarnya menerusi tumbukan ceduk tangan kiri, malah tumbukan ceduk itu jugalah yang telah menumpaskan Ali pada pusingan ke-15 di Madison Square Garden pada 1971, sebelum dia tumpas kepada musuh tradisinya itu dalam dua pertarungan seterusnya.
Ikon tinju Amerika Syarikat itu memiliki karier yang hebat sepanjang 20 tahun.Selain trilogi pertarungan dengan Ali yang sering menjadi sebutan di kalangan peminat tinju dunia, dia juga dikenang sebagai pemilik dua kejuaraan utama heavyweight.
Bukan saja pernah menumpaskan Ali, malah Frazier juga pernah menundukkan petinju hebat seperti George Foreman, Jerry Quarry, Joe Bugner, Oscar Bonavena dan George Chuvalo dalam kariernya.
Sebelum terjun ke dunia tinju profesional, Frazier pernah menghadiahkan pingat emas buat Amerika Syarikat dalam saingan heavyweight Sukan Olimpik 1964.
Dia juga adalah pemilik gelaran tinju kelas heavyweight profesional dunia pada 1970 dan 1973.Dia menamatkan perjalanan panjang kariernya dengan melakar 32 kemenangan (27 knockout), empat kekalahan dan satu seri.
Dua daripada kekalahannya adalah di tangan Ali, dan dua lagi di tangan Foreman.Kematian Frazier itu turut diratapi jaguh tinju Filipina, Manny Pacquiao sebaik menerima berita tersebut ketika tiba di Las Vegas kelmarin untuk menghadapi pertarungan dengan Juan Manuel Marquez, Sabtu ini.
Tinju kehilangan seorang juara yang hebat, sukan ini hilang duta yang hebat. Saya mendoakan mendiang dan seluruh keluarganya,'' kata Pacquiao. - AFP
* Sumber
Read more...
* Gambar fail bertarikh 8 Mac 1971 ini menunjukkan Joe Frazier (dua dari kiri) diarahkan oleh pengadil, Arthur Marcante selepas berjaya menumbangkan lawannya, Muhammad Ali dalam pusingan kelima pertarungan di Madison Square Garden, New York. Frazier dinobatkan sebagai juara menerusi keputusan pengadil.