GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 8 Jun 2012

Warden wanita jalin hubungan seks dengan empat banduan dipenjara 12 bulan


LONDON: Seorang pegawai penjara wanita yang mengakui bertukar surat erotik dan panggilan telefon dengan empat banduan yang menjalani hukuman, dipenjarakan selama 12 bulan, semalam.

Zanib Khan, 27, membuat lebih 10 jam panggilan berahi kepada pengedar dadah dan perompak.

Seorang banduan berkata, dia tidak dapat melupakan “berjalan melalui pintu sel dan melihat wanitaku yang cantik”. Seorang lagi merujuk kepada mengucup “bibir dan tubuhnya yang cantik” serta bercakap betapa dia ingin sekali melihat “kaki mongel saiz 2” warden penjara itu ketika mereka berasmara.

Surat itu yang diseludup keluar dari tempat kerjanya di penjara Brixton, kemudian ditemui dalam bilik tidurnya di kediaman ibu bapanya. Selepas penahanan itu, timbul isu bahawa Zanib sebelum ini menerima hukuman disiplin kerana gagal mendedahkan bapanya sedang menjalani hukuman empat tahun penjara kerana kesalahan imigresen dan teman lelakinya juga dijel kerana rompakan.

Walaupun Zanib hanya mengakui salah laku dengan empat banduan, polis mengesyaki dia menjalin hubungan dengan tiga lagi banduan lain.

Peguamnya bagaimanapun menegaskan walaupun surat itu mengandungi “perkara seksual” ia hanya fantasi.

Pendakawa raya Robin Du Preez berkata, antara Mac dan November tahun lalu: “Zanib menjalin hubungan intim yang tidak wajar dengan banduan di penjara Brixton.”

* Sumber

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP