GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 1 Ogos 2012

Nora Danish Enggan Dilabel Tagih Cinta Lokasi


Nora menganggap gosip dirinya sedang bercinta dengan Shahiezy Sam adalah kelakar.
KUALA LUMPUR: Pelakon Nora Danish menganggap dakwaan terbaru yang mengatakan dia kini sedang menjalin hubungan cinta dengan aktor Shaheizy Sam adalah satu topik yang benar-benar kelakar.
Nora, 30, berkata, gosip berkenaan yang disiarkan menerusi sebuah ruangan pojok akhbar mingguan pada Ahad lalu adalah tidak benar sama sekali kerana hubungannya dengan aktor kacak itu adalah atas dasar profesional semata-mata.
"Saya tidak marah apabila gosip itu keluar kerana saya tahu ia hanyalah andaian penulis tersebut sahaja.
"Hubungan saya dengan Sam juga profesional dan kami hanya sekadar kawan biasa," ujarnya ketika ditemui mStar Online pada majlis pelancaran filem Mencari Cinta di sini pada Isnin lalu.
Laporan akhbar tersebut mendakwa cinta di antara Sam dan Nora mula berputik ketika mereka bergandingan dalam filem terbaru berjudul 2 Kalimah arahan Eyra Rahman, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Nora berkata, dia tidak mahu dilabelkan sebagai artis yang gemar menjalinkan hubungan cinta lokasi setiap kali terlibat dalam sebuah penggambaran.
Nora memberitahu perkara itu bukan kali pertama dia dikaitkan dengan pelakon lelaki gandingannya dalam filem kerana sebelum ini dia juga dituduh menjalinkan hubungan dengan Ady Putra yang menjadi hero dalam filem Aku Cuma Nikahinya.
"Jika asyik dikaitkan dengan pelakon lelaki yang berlakon dengan saya nanti dituduh pula sebagai artis yang gemar bermain cinta di lokasi walaupun ia tidak berlaku.
"Mungkin ia belum menjejaskan reputasi tetapi pada masa akan datang ia akan memberi kesan walaupun semua cerita itu tidak benar," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Nora memberitahu dia teruja dapat berlakon dalam filemMencari Cinta yang menggandingkanya dengan pelakon Rusdi Ramli yang disifatkan sangat berpengalaman.
Nora berkata, filem berkenaan sangat mencabar kredibilitinya sebagai pelakon kerana bukan mudah untuk membawa watak romantik dalam sesebuah filem.
"Mungkin orang ingat berlakon cerita cinta ia senang tetapi sebenarnya bukan semudah yang disangka. Bagaimanapun saya bertuah kerana dikelilingi oleh ramai pelakon dan krew berpengalaman bagi menjayakan watak tersebut," katanya.
Tambah Nora, dia berharap lakonannya bersama Rusdi dalam filem tersebut tidak disensasikan oleh pihak tidak bertanggungjawab selepas ini.
* Sumber mStar Online

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP