GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 2 Ogos 2012

Empat dipecat kerana berpuasa



Paris: Badan Islam Utama Perancis kelmarin mengecam satu keputusan sebuah majlis bandar memecat empat kakitangan kem musim panas kerana berpuasa ketika Ramadan sebagai “sewenang-wenangnya dan diskriminasi.”

Empat pekerja itu, yang diambil sementara oleh bandar Genevilliers di pinggir ibu kota ini untuk mengendalikan satu kem sukan di barat daya Perancis, dipecat 20 Julai lalu, hari pertama Ramadan, selepas dimaklumkan mereka membahayakan keselamatan kanak-kanak dengan tidak makan atau minum antara awal pagi dan matahari terbenam. 

Mereka kini merancang untuk mempertikaikan                           pemecatan itu menerusi mahkamah buruh Perancis dan Majlis Fahaman Islam Perancis (CFCM) berkata kelmarin ia mempertimbangkan menyaman majlis bandar Genevilliers kerana diskriminasi. 

Kelmarin 4 pekerja itu mempertimbangkan menyaman majlis bandar Genevilliers kerana diskriminasi”. - Majlis Fahaman Islam Perancis (CFCM)
Pertahankan keputusan

Dalam satu kenyataan, datuk bandar Komunis Genevilliers mempertahankan keputusan memecat kakitangan itu atas alasan kesihatan dan keselamatan selepas seorang pegawai yang melawat kem menyedari mereka tidak makan atau minum pada tengah hari.

“Mereka tidak menghormati syarat kontrak dengan cara mungkin membahayakan keselamatan fizikal kanak-kanak yang dipertanggungjawabkan kepada mereka,” kata kenyataan. - AFP


* Sumber

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP