Pelajar rakam aksi seks
Tweet
Remaja lelaki itu meminta mengadakan hubungan seks oral beberapa kali dan merekod satu sesi tanpa pengetahuan remaja perempuan itu dan menyimpan klip itu dalam fail bertanda “B****”.
Remaja itu kemudian memuat naik klip itu di internet dengan tajuk “Singapore teen b****”. Dia turut mendedahkan nama dan nombor telefon pelajar perempuan itu pada klip video itu.
Pada Julai 2010, dia mengugut memuat naik video di internet sekiranya pelajar perempuan itu enggan melakukan seks oral terhadapnya. Tanpa mengetahui yang video itu telah dimuat naik, pelajar perempuan itu bersetuju melakukan seks oral.
Keadaan bertambah buruk apabila remaja perempuan itu mula menerima panggilan telefon meminta dia melakukan seks oral daripada orang tidak dikenali.
Pelajar perempuan itu bersemuka dengan teman lelakinya tetapi dia menafikan memuat naik video itu. Mereka memutuskan hubungan tetapi bertemu kembali pada Disember 2010 di mana pelajar lelaki itu memujuknya melakukan hubungan seks sekali lagi.
Mangsa kemudian memberitahu gurunya dan laporan polis dibuat.
Remaja lelaki itu mengaku bersalah atas 21 tuduhan kerana mengadakan hubungan seks dengan gadis di bawah umur, menghina kehormatannya, mengugut dan menyimpan klip video serta mencuri tiga buah basikal. - Straits Times
Read more...
SINGAPURA: Seorang pelajar berusia 15 tahun dihadapkan ke mahkamah kerana merakam dirinya sendiri mengadakan hubungan seks dengan rakan sekolah berusia 13 tahun dan memuat naik klip itu di internet.
Remaja dan pasangannya tidak dinamakan.
Mahkamah diberitahu, remaja itu, kini berusia 17 tahun, bertemu pelajar perempuan itu ketika aktiviti sofbal pada Januari 2009.
Mereka kemudian mengadakan hubungan seks tiga bulan selepas itu dan pada Februari 2010, dia memujuk remaja perempuan itu mengadakan hubungan seks oral.

* Sumber