GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 7 Oktober 2012

Yahudi, Kristian New York 'lawan' iklan kecam Muslim


Kumpulan Yahudi dan Kristian beli ruang iklan untuk melawan iklan “Defeat Jihad” di New York. – Foto ihsan CNN
NEW YORK – Tiga kumpulan Yahudi dan Kristian memulakan kempen iklan yang berasingan untuk melawan mesej berbaur kebencian yang dikeluarkan terhadap masyarakat Islam menerusi iklan yang dipaparkan di stesen-stesen kereta api bawah tanah di sini.
Iklan-iklan baru itu bertujuan menggalakkan toleransi agama dan menawarkan sokongan kepada komuniti Muslim.
"Bantu menghentikan kesempitan fikiran terhadap jiran Muslim kita," kata satu iklan.
"Sokong keamanan dalam kata-kata dan juga amalan," sebut satu lagi iklan.
Kempen itu dikeluarkan sebagai respons kepada iklan, yang antara lain berbunyi "Defeat Jihad" ("Tewaskan Jihad"). Ia dipaparkan di 10 stesen. New York ada 400 stesen bawah tanah.
Iklan itu berbunyi: "In any war between the civilized man and the savage, support the civilized man. Support Israel. Defeat Jihad" (Dalam mana-mana perang antara mereka yang bertamadun dan kejam, sokong mereka yang bertamadun. Sokong Israel. Kalahkan Jihad."
Pihak Metropolitan Transportation Authority New York pada awalnya menolak iklan itu, yang dikeluarkan oleh American Freedom Defense Initiative.
Bagaimanapun keputusan itu diketepikan oleh hakim mahkamah persekutuan atas alasan ia dlindungi oleh perlembagaan negara itu.
Iklan mempertahankan Muslim disokong oleh Rabbis for Human Rights, Sojourners dan United Methodist Women.
Laporan CNN menyebut bahawa 20 lagi iklan "Defeat Jihad" akan dipasang Isnin ini.
Timothy King dari Sojourners berkata, pihaknya akan membeli ruang untuk meletakkan 10 iklan, juga pada Isnin ini, berhampiran dengan iklan "Defeat Jihad".
"Kami akan bekerja keras untuk memastikan Muslim dilayan dengan baik di sini dan kami berhrap masyarakat Kristian juga akan dilayan dengan baik di luar negara," kata King.
* Sumber Sinar Harian

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP