GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 1 November 2012

Laman Web Pengganas Dikendali Di Malaysia


PETALING JAYA: Laman web rasmi Al-Qaeda telah didaftarkan di Kuala Lumpur.
Tawhed.net- dikatakan merupakan laman web pengganas terbesar di dunia - telah ditutup pada pukul 4 petang Rabu selepas The Star melayari laman tersebut dikesan oleh mereka.
Namun ia bukan berakhir di situ: pakar keganasan memberitahu ia merupakan strategi al-Qaeda yang akan bertapak di sesebuah negara dan berpindah selepas pergerakan mereka dikesan.
Tawhed.net- dalam laporan Akademi Ketenteraan Amerika Syarikat adalah “perpustakaan utama talian al-Qaeda”-ia mengandungi mesej dari Ayman Al Zawahiri, pemimpin al-Qaeda selepas kematian Osama bin Laden dan memaparkan temu bual dengan suspek pengganas yang ditahan.
Ia menggalakkan pelayar untuk terus menghubungi pentadbir laman web yang menjanjikan setiap pertanyaan akan diberi perhatian.
Pembekal rangkaian tempatan, Piradius Sdn Bhd memberitahu The Star: “Selepas menerima amaran dari anda kami telah menyiasat laman web tersebut dan tutup kerana melanggar polisi rangkaian kami,”.
Tawhed bukan laman web al-Qaeda yang pertama yang dibuat di Malaysia.
Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata penyiasatan telah dilakukan.
“Kami akan terus memantau kehadiran laman web yang lain yang menjadikan Malaysia sebagai pangkalan web mereka,” katanya.
Pakar-pakar pencegah keganasan berkata Malaysia tidak asing bagi al-Qaeda untuk menjadikan sebagai lokasi web mereka. Mereka akan bertukar-tukar maklumat melalui dalam talian yang bertapak di negara ini.
Pakar memerangi keganasan, Dr Shantie Mariet D’Sauza berkata: “ Malaysia dipilih kerana sebab-sebab kemudahan seperti harga lebih rendah bagi pelayan, atau kelemahan dalam sistem yang boleh mereka sasarkan.
Ketua Pusat Antarabangsa Keganasan Politik dan Penyelidikan, Universiti Teknologi Nanyang, Singapura, Prof Rohan Gunaratna menyifatkan tawhed.net sebagai pengganas terbesar dan laman web pelampau terbesar di dunia.
Gunaratna berkata dalam dua laman web yang aktif mempengaruhi masyarakat ialahwww.ansar.info dan www.al-qimmah.net yang dikendalikan di luar negara telah mempengaruhi rakyat Malaysia yang didakwa di Lubnan itu.
Pengarah Serantau Persatuan Antarabangsa, Andrin Raj berkata lamanweb merupakan sebahagian forum militan yang aktif dalam talian.
Sementara itu pihak polis memberitahu mereka sedang memantau keadaan dengan teliti jika terdapat mana-mana laman web yang dihoskan di Malaysia yang dikaitkan dengan al-Qaeda.
* Sumber mStar Online

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP